Wednesday, September 18, 2013

CARA PENJAJAH MELEMAHKAN ORANG MELAYU




Champa: Kerajaan Melayu yang hilang
Sejak jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511, Raja-raja Melayu dan para penyokong telah melancarkan serangan demi serangan terhadap penjajah. Orang-orang Melayu tidak pernah mengalah termasuk serangan ke atas kapal-kapal Belanda yang dilakukan oleh orang-orang Bugis. Dua “tentera Salib” yakni Portugis dan Belanda gagal mematikan semangat jihad perwira Melayu menentang penjajah kafir.  

British yang mengambil alih Tanah Melayu daripada Belanda telah mengkaji kekuatan dan kelemahan orang Melayu lalu mereka mendapati adalah tidak mudah bagi British untuk menguasai Alam Melayu secara bersendirian seperti gagalnya dua kuasa besar sebelum ini.
 
Syair Siti Zubaidah- Perang China hanya tinggal dalam kenangan
Agenda yang berkesan ialah dengan cara mengimport gerakan yang boleh melemahkan orang Melayu Islam. Nam Tien adalah gerakan yang boleh digunakan untuk memenuhi agenda ini. Kejayaan orang Cina Dai-Viet merampas dan menguasai tanah milik orang Melayu Champa sehingga hilang seluruh bumi Melayu Champa yang kini dikenali sebagai Vietnam oleh perampas tanah orang Melayu di sana menyebabkan British bertindak membawa masuk orang Cina ke Tanah Melayu. Mereka dibawa masuk melalui gerakan kongsi gelap. Rancangan jahat British dan orang Cina telah menyuburkan gerakan kongsi gelap bagi menguasai ekonomi dan seterusnya merampas tanah orang melayu secara kekerasan dan pembunuhan senyap.

British adalah dalang semua ini di sebalik pembunuhan dan rampasan tanah serta lombong bijih timah dan emas milik orang melayu. Gerakan komunis dan kongsi gelap berterusan sehingga sebelum merdeka, selepas merdeka dan pada zaman moden ini menerusi parti politik, NGO-NGO dan gangsterisme. Gerakan Komunis, NGO-NGO dan parti politik cina kiasu adalah sebahagian daripada gerakan Nam Tien (Menjajah ke Selatan) ini.
Keagungan Kerajaan Islam Fatani musnah akibat dasar pecah dan perintah British

Sejarah penjajahan bumi Champa oleh orang Dai-Viet, penjajahan bumi Patani oleh orang Cina Thai melalui kumpulan kongsi gelap yang bersekongkol dengan pihak British di Thailand untuk menjajah bumi Patani diteruskan di Tanah Melayu melalui PKM dan parti DAP.

Kita seharusnya melupakan semua ini sebaliknya bersatu padu untuk terus mengekalkan keamanan di negara kita nan tercinta. Biarlah sejarah menjadi pengajaran paling bermakna kepada kita semua.

1 comment:

  1. FIKIRLAH WAHAI PEMIMPIN MELAYU!

    Liberal? Buang Tongkat Yang Selama Ini Menolong Melayu? Pertamanya Liberal itu adalah idealogi sesat yang dicipta oleh musuh Islam untuk melemahkan orang islam supaya semakin longgar dari mengikuti amalan Islam yang bersifat sempurna. Liberal mengutamakan kehendak diri sendiri sehingga mengutamakan nafsu mengatasi Tuhan. Liberal berjaya menjauhkan orang barat dari gereja dan amalan Kristian. Liberalisme idealoginya terus menguasai politik Barat dan kini di Timur demi memastikan kesinambungan dan survival idealogi Liberal.

    Hari ini sasaran Liberal adalah Islam kerana selagi ada orang Islam yang mengamalkan Islam yang sempurna maka selagi itu Liberal tidak akan bertapak di negara Islam. Maka usaha memasukkan jarum hak asasi manusia yang melampau dan mengenepikan syariat diperjuangkan. Awas pemimpin Melayu yang mahu meliberalkan orang melayu terutama golongan pemuda.

    Tongkat kepada orang melayu? Sesiapa sahaja menamakan istilah tongkat, memang sah dia buta sejarah dan telah menjadi pencacai musuh orang melayu. Orang yang menggunakan istilah tongkat ini adalah agen yang dididik oleh penjajah kerana sejarah telah membuktikan bahawa cara untuk melemahkan orang melayu adalah dengan tidak menolong lagi orang melayu dan melenyapkan kesedaran kembali kepada sejarah yang sebenar. Sebab itu pemimpin wajib tahu sejarah sebenar!

    Sejak Tanah Melayu dijajah, British telah merancang untuk melemahkan kuasa orang melayu yang berpegang kepada agama Islam. British telah membawa orang cina dan India dengan tujuan untuk memajmukkan tanah melayu yang didominasi oleh orang melayu beragama Islam. British dengan licik telah mengaggihkan kekayaan yang diambil secara penipuan mahupun dipaksa dari orang-orang melayu pemilik tanah dan lombong emas dan bijih timah. British merampas dan diberikan kepada orang cina dan India sebagai operator kerana orang melayu tidak akan memberikan sesen pun hasil kepada British. Lombong emas dan tanah yang dulunya dimiliki oleh orang melayu dirampas dan dikongsi hasil mahsulnya dengan cina sebagai ganjaran menguruskannya. Cina menjadi operator dan British menjadi pemiliknya. Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu semua tanah dan lombong emas dan timah milik British yang dirampas itu tidak dikembalikan kepada orang melayu sebaliknya ditinggalkan kepada ketua kongsi gelap cina dan orang cina menjadi kaya sekelip mata.

    Begitu juga tanah milik bangsa melayu telah dirampas dan dijadikan ladang estate getah diberikan kepada orang India sebagai operatornya dan bila British meninggalkan tanah melayu ladang yang berjumlah beratus ribu ekar ditinggalkan kepada orang India. Orang India menjadi kaya sekelip mata.

    Maknanya semasa British menjajah dan meninggalkan tanah melayu setelah merdeka padang tidak sama rata antara orang melayu dan bangsa lain dari segi ekonomi, pengetahuan dan teknologi. British telah menzalimi bangsa melayu dan malangnya sejarah ini tidak disedari oleh pemimpin bangsa melayu sendiri kerana sejarah telah dipadam dan diputar belit untuk menutup kezaliman British. Maka orang melayu sendiri termakan tipu daya tuduhan pemimpin bangsa cina dan India bahawa mereka tidak mendapat keadilan dan dianak tirikan. Malah malang lagi apabila pemimpin melayu termakan dengan mainan kata pemimpin bangsa lain bahawa "selagi bangsa melayu ditolong selagi itu kita tidak akan maju". Itu adalah pembohongan! Ya mungkin ada penyelewengan sana sini yang wajar ditangani namun bukan bermakna orang melayu tidak lagi wajar ditolong dan dikembalikan hak hak mereka kerana kesilapan dan dosa segelintir orang melayu. FIKIRLAH WAHAI PEMIMPIN MELAYU!

    ReplyDelete