Sunday, March 18, 2012

LAHIR ZIONIS

Sultan Abd Hamid II Empayar Turki Uthmaniyyah
Sekarang ini timbul pula isu mengYahudikan sesama sendiri..maksudnya ialah kita saling kata mengata bahawa lawan kita lah pengikut dan kawan rapat Yahudi.

Maka nampak seakan timbul kekeliruan mengenai maksud Yahudi, Israel dan Zionis.

Orang Yahudi banyak berhadapan dengan penindasan daripada dunia termasuk orang Eropah. Hitler dan tentera Jerman membunuh sekitar 6 juta umat Yahudi semasa kekuasaannya. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi disebut “Holocaust” menjadikan bangsa Yahudi seolah-olah membalas dendam ke atas seluruh dunia dan menjadikan orang Palestin sebagai mangsa keganasan mereka.

Orang Yahudi banyak membuat pertubuhan bagi membela nasib mereka yang tertindas itu.

Satu pertubuhan yang akhirnya mendapat sokongan kuat seluruh Yahudi ialah World Zionist Organization.

Perkataan zionis berasal daripada perkataan zion yang merujuk kepada Baitul Maqdis sebagai tanah yang dijanjikan untuk keturunan Israel. Secara khusus ia merujuk kepada Bukit Zion yang terletak dalam kawasan Baitul Maqdis.

Konggres pertama pertubuhan Zionis ini yang berlangsung di Basel, Switzerland pada tahun 1897 menjadi titik tolak kepada sejarah penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi.

Mesyuarat zionis peringkat antarabangsa ialah membincangkan wujudnya sebuah negara untuk orang Yahudi. Mereka beranggapan bahawa perlu dikeluarkan orang Yahudi di negara-negara Eropah dan dipindahkan ke sebuah negara yang sepenuhnya didiami serta ditadbir oleh bangsa Yahudi sendiri.

Theodore Herzl, pengasas pertubuhan zionis memulakan langkah yang agressif bagi mendapatkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi.

Herzl melakukan gerakan diplomasi untuk mendapatkan tanah bagi menubuhgkan negara Yahudi. Dia pernah meminta Sultan Abd Hamid daripada Empayar Turki Uthmaniyyah memberikan Palestin kepada Yahudi. Baginda Sultan telah menolak permintaan Herzl tersebut. Kata Sultan Abd Hamid:

“Jika satu hari nanti negara Islam berpecah, kamu boleh mengambil Palestin dengan percuma, tetapi selagi saya masih hidup, saya lebih suka badan saya dipotong-potong daripada memisahkan Palestin daripada tanah orang Islam.”

No comments:

Post a Comment