Saturday, March 3, 2012

DOA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2012



 Ya Allah Ya Tuhan kami,                              

Kami berhimpun di sini mengangkat tangan merafak permohonan sudi apa lah kiranya Ya Allah Engkau ampunkan dosa kami, dosa ibubapa kami, guru-guru kami dan seluruh umat Muhammad s.a.w.

Kami bermohon agar selama kami berada dalam majlis ilmu ini, Engkau catatkan dalam suratan amalan kebajikan kami serta Engkau jadikan kami dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengetahuan kami dalam melaksanakan amanah profession perguruan kami.

Kami bermohon agar Engkau berikan bantuan dan sokongan Mu kepada kami dalam kami menambahbaik tugasan kami sebagai menyambung warisan Nabi Muhammad s.a.w. memartabatkan agama Mu di mukabumi ini.

Oleh itu jadikanlah kami Ya Allah, sebagai hamba Mu yang mempunyai iman sekental iman Abu Bakar al-Siddiq, keberanian seperti Umar al-Khattab, budi pekerti sesantun Uthman bin Affan, tubuh badan sekuat dan sesihat Ali bin Abi Talib, ilmu pengetahuan sealim Imam al-Syafie, pemikiran setinggi Imam al-Ghazali dan al-Farabi, kemahiran Ibnu Sina dan al-Khawarizmi serta semangat juang sekental Salahuddin al-Ayyubi.

Kami bermohon kepada Mu Engkau jadikan kami sebagai para guru yang mempunyai rasa cinta kepada agama dan negara serta mampu memberikan didikan ke arah melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jadikan kami para guru yang jika kami ada kami disayangi, jika kami tiada kami dicari, jika kami berkata kami didengari, jika kami berbuat kebajikan kami diteladani, jika kami berbuat kebaikan kami diganjari, jika kami berbuat kesalahan kami diampuni, jika kami pergi kami dirindui, jika kami hidup kami berbakti dan sekiranya kami mati kami dirahmati dan dikenangi.

          





No comments:

Post a Comment