Thursday, February 10, 2011

MESIR DAN iSRAEL

Komen PM Israel, Benjamin Netanyahu…



“Kami amat cemas memantau apa yang sedang terjadi di Mesir dan di wilayah kami,” kata Netanyahu sebelum pertemuan mingguan kabinetnya hari Ahad lepas.



“Israel dan Mesir telah berdamai selama lebih dari tiga dekad dan tujuan kami adalah untuk memastikan bahwa hubungan ini dipertahankan. Pada saat ini, kita harus menunjukkan tanggung jawab, menahan diri dan berhati-hati semaksimun yang boleh, “tambah Netanyahu.



Selama 30 tahun Hosni Mubarak memerintah Mesir maka selama itu lah hubungan baik dengan Israel dipertahankan. Kita menghantar pelajar Malaysia ke al-Azhar untuk menuntut ilmu Islam namun pemerintah Mesir menjalinkan hubungan kasih sayang dengan Israel. Kita mengutip derma untuk membantu saudara di Ghaza, pemerintah Mesir tidak membenarkan kutipan tersebut.



Israel Amat Takut kalau Mubarak Jatuh kerana:



1. Dasar luar Mesir terhadap Israel mungkin akan berubah
2. Hamas akan dapat menyeludup senjata melalui sempadan Rafah dan Gaza dengan mudah.
3. Ikhwan Muslimin di Mesir boleh menghulurkan bantuan kepada Hamas di Gaza.
4. Rakyat Mesir dan Palestin bebas berulang alik dari Mesir ke Palestin dan sebaliknya
5. Israel fobia akan sejarah hitam mereka kalah kepada tentera Mesir di Semenanjung Sinai pada tahun 1973. Peperangan selama 6 hari dalam bulan Ramadhan tersebut telah memalukan Israel kerana kubu yang mereka bina kononnya terhebat pada masa itu kecundanmg juga akhirnya..

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Pemerintahan diktator Presiden Zine el-Abidine Ben Ali telah ditumbangkan setelah 23 tahun memerintah secara kuku besi dan zalim. Antara perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan rakyat ialah:

1. Pemimpin sibuk mengumpul harta untuk diri sendiri. Projek dan limpahan kekayaan diagihkan kepada kroni-kroni presiden. Dianggarkan harta presiden di Perancis ialah GBP 3.5 billion hasil dari negara Tunisia yang telah di curi.
2. Sikap isterinya, Leila Ben Ali yang hidup bermewah-mewah dan boros kerana hobinya yang suka membeli belah di Dubai sehingga ia digelar Imelda Marcos negara arab.
3. Kadar pengganguran yang tinggi iaitu 14% hingga ramai para graduan tidak mendapat pekerjaan.
4. Tahap rasuah yang melampau.
5. Presiden telah mengharamkan semua parti Islam dan mengharamkan pemakaian tudung dan hijab di Tunisia.
6. Semua projek mesti melalui isteri presiden dan para pembodek dan pengampu kerajaan pasti akan mendapat kerja & projek pembangunan kerajaan.
7. Kawalan yang ketat ke atas penggunaan internet.
8. Kesatuan kerja dikawal dan ditutup suara mereka. Pelajar dan universiti dikawal oleh akta universiti.
9. Dilaporkan bahawa presiden sanggup membeli dan menerbangkan yogurt dari Perancis dengan menggunakan pesawat peribadi bagi tujuan sebuah parti keraian.
10. Paling tidak berhati perut (sebagai seorang muslim) kerana tidak membenarkan rakyatnya membuat demontrasi anti-Israel dan melarang usaha rakyatnya untuk mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza.

Thursday, February 3, 2011

REVOLUSI DI MESIR?

Rusuhan di Mesir adalah kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang diketuai oleh Hosni Mubarak. Revolusi ini adalah inspirasi daripada Revolusi di Tunisia yang juga akibat tidak puashati rakyat terhadap pemerintah dan kegilaan mewah isteri pemimpin yang dikatakan memiliki lebih 50 buah kereta mewah. Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir dijangkakan oleh para pemerhati bahawa ianya juga akan merebak ke negara-negara Timur Tengah yang lain. Demonstrasi seperti ini tidak mustahil boleh berlaku di Asia Tengah memandangkan rakyat sudah tidak sabar dengan dominasi Amerika-Yahudi dalam kalangan negara umat Islam.

Dilaporkan bahawa Presiden Hosni Mubarak yang memerintah Mesir selama 3 dekad telah melakukan kekejaman, merampas harta rakyat, juga dikatakan sekutu Amerika Syarikat dan menyokong segala perbuatan negara haram Israel. Kita mungkin masih ingat Presiden Obama telah memlih Kaherah sebagai tempat bagi mengumumkan dasar dan sikap serta pendirian Amerika terhadap Islam dan negara-negara umat Islam sebaik sahaja memenangi kerusi Presiden Amrika Syarikat. Inikah agenda Obama dan rakan-rakannya dari kalangan umat Islam yang menjadi alat Yahudi perencana kekejaman dunia khususnya kezaliman ke atas umat Islam seantero dunia?
Rusuhan seperti ini adalah manifestasi masalah hubungan antara rakyat dengan pemerintah mereka. Namun apa yang menjadi kesan sampingan kepada “riot” seperti ini ialah kemusnahan harta benda, kecederaan, kekurangan makanan, mudahnya merebak penyakit dan yang ironis ialah ada penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada keadaan ini. Mereka yang merusuh mungkin berniat baik untuk “menumbangkan” kerajaan zalim dan pemerintah kurang ajar tetapi sedihnya ada yang mengambl ksesempatan dengan melakukan kerja mencuri, memecah rumah, merompak bahkan ada yang merasakan inilah kesempatan untuk merogol. Kadang-kadang yang menjadi mangsa ialah rakyat negara lain yang berada dalam negara perusuh tersebut. Apakah ini adil kepada orangluar yang hadir ke negara itu dengan niat untuk menuntut ilmu, untuk berdagang dan lain-lain urusan yang selama ini memberikan keuntungan kepada kemakmuran negara mereka? Perasaan marah perusuh dan pemberontak tidak sempat untuk memikirkan akan kebajikan orang lain.
Rusuhan berlaku hampir di semua tempat di Mesir. Ramai terkprban dalam pertempuran antara orang awam dan tentera. Orang awam yang tidak berdosa menjadi korban keadaan. Dan penyelesai kepada masalah ini bagi akyat yang merusuh ialah Hosni Mubarak mesti meletak jawatan.
Dalam keadaan huru-hara ini Kerajaan Mesir (apakah masih ada kerajaan) mengambil langkah memutuskan saluran komunikasi seperti internet, telefon bmbit termasuk blackberry yang canggih itu. Ini sudah pasti menggusarkan ibubapa pelajar Malaysia di sana yang terputus hubungan.
Seramai 5000 banduan terlepas dari penjara dan mereka mungkin akan bertindak ganas lantaran telah lama melalui hukuman penjara tersebut. Tindakan ganas banduan ini semakin menggusarkan kaum yang lemah seperti pelajar yang sudah terbiasa hidup dalam keadaan aman dan damai seperti di negara Malaysia yang tercinta ini.
Mereka di rantau orang, kita serhkan kepada kerajaan dan para petugas, mereka juga risaukan keselamatan anak-anak kita di Malaysia..berdoa lah..selepas ini mungkin kita fikirkan untuk membangunkan pusat pengajian yang lebih baik supaya anak-anak kita dapat belajar berdekatan dengan ibubapa mereka..hanya sekadar membayar tol di lebuhraya..jangan pula bertambah pusara di lebuhraya..

Wednesday, February 2, 2011

MESIR PASCA MODERN?

Sewaktu awal remaja saya mendengar seorang Ustaz berceramah, katanya di Kahirah terdapat Universiti al-Azhar namun di luar bangunan al-Azhar, tiada jauh bezanya dengan kota seperti Paris, London dan mungkin juga kalau nak disamakan seperti tempat kita di Kuala Lumpur.

Apa maksudnya mungkin kita dapat membuat telahan iaitu pemandangan yang dapat kita tonton ialah pesta pembukaan aurat dengan fesyen pakaian mengikut trend Barat, corak pergaulan yang tidak Islamik dan sebagainya. Tidak menjadi kesalahan kalau kita melihat kebanyakan kereta di sana ialah kereta Peugeot dari Perancis mungkin sebagai peninggalan Napoleon Bonaparte yang pernah menyerang Teluk Abukir dan kereta Fiat dari Itali sebagai lambang pemodenan Mesir yang telah jauh meninggalkan kehebatan Fir’aun di dalam arkib.

Sewaktu membantu melaksanakan program Biro Tatanegara kepada mahasiswa Malaysia di Mesir pada tahun 90an, kami menginap dan melaksanakan program di Cairotel. Seorang “cashier” (dengan izin) wanita bernama Nirmin begitu mesra melayani urusetia bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya iaitu Kedutaan Malaysia dan Pejabat MSD.

Pengarah MSD waktu itu secara bergurau menyuruh saya menanyakan samada Nirmin sudah berkahwin atau belum. Saya yang masih bujang kala itu pun bertanya berapa hantaran pada kebiasaannya bagi meminang seorang gadis Mesir. Beliau menyebutkan dengan suatu angka dan Pengarah MSD mengajar saya supaya menyebut”Ghal awi” maksudnya “Tinggi sangat harganya”.

Pengarah tersebut pun menyuruh saya bertanyakan agama gadis itu namun kemudiannya kami mengambil keputusan agar tidak bertanyakan soalan itu dikhuatiri akan menimbulkan sensitiviti. Lantas ustaz yang berasal dari Pahang itu memaklumkan kepada saya bahawa nama “Nirmin” dikongsi secara bersama oleh wanita Islam juga Kristian. Makna yang tersirat ialah nama sahaja belum tentu melambangkan agama seseorang di bumi yang hebat dengan kisah Fir’aun yang mengaku Tuhan akhirnya dibinasakan Allah lantaran keangkuhannya.

Ikatan batin antara rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dengan Dunia Arab telah melalui proses yang sangat lama. Selain mengaji di Masjidil Haram, puluhan ribu umat Melayu yang sudah diIslamkan termasuk oleh kalangan pedagang Arab menjadikan Kota Kaherah sebagai destinasi pencarian ilmu-ilmu Islam hingga sampai ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

Tokoh Universiti al-Azhar mengenali pemimpin Malaysia dan system pendidikan pengajian agama di Malaysia diiktiraf oleh mereka sebagai tempat persediaan untuk menimba ilmu agama yang sangat luas di bumi Nabi Yusuf itu.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kita selama ini diajar oleh ulama keluaran al-Azhar atau pun ustaz yang mendapat didikan dari pengajar yang dianugerahkan ijazah universiti pertama dalam Dunia Islam tersebut.

Mungkinkah apa yang berlaku sekarang di Kaherah bukan sekadar permulaan transformasi politik malah transformasi penghayatan Islam juga? Sama-sama lah kita menunggu dengan penuh keinsafan di samping mendoakan kesejahteraan serta keselamatan anak-anak kita di sana.

LATIHTUBI TASAWWUR ISLAM

SOALAN LATIHTUBI
TASAWWUR ISLAM
TINGKATAN LIMA

Lengkapkan pernyataan berikut:

1. _____________ ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber pendapatan berbentuk wang atau harta yang halal.
2. Hasil pertanian yang dimakan atau dicuri oleh manusia atau haiwan dianggap sebagai ______________.
3. _____________ tidak layak mengurus harta sehingga mencapai umur dewasa.
4. Golongan ____________ tidak mampu mengurus harta kerana tidak mampu menilai dengan sempurna.
5. Membayar cukai dan menyumbang ke arah pembangunan negara dikenali sebagai ____________ ke atas negara.
6. ______________ ialah bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan.

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul.
Tandakan (X) pada pernyataan yang salah.

1. Harta merupakan milik mutlak Allah s.w.t.


2. Pengurusan harta boleh dibuat mengikut cara sendiri



3. Memelihara dan memulihara sumber alam ialah satu cara pengurusan harta yang berkesan.


4. Memiliki harta merupakan fitrah manusia.












Tandakan (X) dan (Y) pada pernyataan yang sesuai.

X Sumber harta yang halal
Y Sumber harta yang haram


Pernyataan

Jawaban


1
Kegiatan pertanian dan penternakan khinzir


2
Perkhidmatan membersihkan tangki najis


3
Bekerja di kilang atau kedai arak


4
Mengurangkan ukuran kain yang dibeli oleh pelanggan


5
Jualan hasil kraftangan batik dan songket


Lengkapkan carta di bawah:

Cara pemilikan harta oleh individu

X ialah ________
Y ialah ________

Hak milik dalam Islam

A ialah ___________
B ialah ___________
C ialah ___________

SOALAN ANIKA PILIHAN

1. Harta yang dibelanjakan secara Islam menyebabkan

A. Pungutan zakat berkurangan
B. Pembangunan negara terjejas
C. Pemiliknya dikenakan tindakan
D. Kadar kemiskinan berkurangan


Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan.


2. Ini merujuk kepada

A. Manipulasi
B. Monopoli
C. Rasuah
D. Sabotaj

3. Kesan kepada masyarakat sekiranya harta diperolehi secara haram ialah

A. Pelabur tidak akan melabur
B. Harta tidak diberkati Allah s.w.t.
C. Masyarakat tidak bersatu padu
D. Ekonomi negara merudum






4. Harta terbahagi kepada dua jenis iaitu

A. Harta boleh alih dan harta tidak boleh alih
B. Harta orang kaya dan harta orang miskin
C. Harta kekal dan harta sementara
D. Harta dunia dan harta akhirat

5. Hak yang wajib ditunaikan ke atas orang lain ialah

A. Derma
B. Cukai
C. Zakat
D. Keperluan keluarga