Filem Tuah memaparkan pertikaman antara Tuah (P Ramlee) dan Jebat (Ahmad Mahmood). Tuah bersedih atas kematian sahabatnya Jebat tetapi apatah dayaku demikian kehendak baginda Sultan Melaka. Kesetiaan aku kepada baginda adalah segala-galanya kata Tuah. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah kata Jebat.
Akhir cerita, Tuah termenung lantas berkata,"Siapakah yang benar? Akukah yang benar atau Jebatkah yang benar?"
Sehingga hari ini, polemik orang Melayu tentang siapakah yang benar tidak berkesudahan.
Kita diajar dari sekolah hingga ke universiti sesuatu pegangan mesti berlandas fakta bukan pendapat. Mesti rasional bukan emosional. Mesti guna kepala yang dingin bukan kepala yang panas. Fakta mesti tepat. Kata-kata orang dahulu seperti: kalau mati mana kuburnya? kalau tak percaya ambil kapak belahlah dada. Takkan tempua bersarang rendah. Mungkin hari ini mati dalam kemalangan kapalterbang tiada kuburnya....tidak perlu belah dada kerana ada teknologi canggih, manusia hari ini tidak sempat memerhati burung kerana asyik dengan ICT.
Kalau Tuah bertanya siapakah yang benar, anak cucu Tuah bertanya kamu tidak sedarkah aku lah yang benar. Watak Tuah dan Jebat ada di sepanjang zaman. Maksudnya ada pertentangan, perlawanan, perebutan yang semestinya mahukan kemenangan. Akan diajak supaya musuh leka, kadangkala mengaku saudara, Tuah menghikayat kisah lama sewaktu bersama, dalam leka Jebat dijerat lantas keris Taming Sari menamat riwayat. Apakah perlawanan bermaksud kematian sebelah lawan. Mulanya fitnah orang perantauan akibatnya dua saudara bertikaman. Tuah setia kerana pegangan, Jebat melawan akibat perasaan. Siapakah yang benar?
Mungkinkah itu sudah suratan? Melayu sudah tidak keruan. Tidak berkesudahan....
assalamualaikum ustaz.. nmpknyer Ana org pertama menjadi follower and komentar di blog ustaz..Blog ustaz nmpk menarik dengan tema "Aku Lihat Hijau" ini..
ReplyDeleteAna dari SMK Dato' YS..mungkin ustaz x kenal saya,sebab ustaz tak mengajar di kelas Ana..
berbalik pada n3 ustaz yg terbaru ini dlm persoalan siapakah benar?..pada pendapat saya,saya lebih cenderung kepada Jebat yg sanggup memperjuangkan Tuah serta hak rakyat.. Ana terfikir juga tulisan ustaz "Melayu hari ini sudah tidak keruan"..saya sedih melihat bangsa Melayu pada hari ini...cuba ustaz taip perkataan 'Melayu' di carian google,yahoo atau mana2 carian..then you can see,"Melayu" pada hari ini..
jgn lupa layari blog Ana juga,dan berikan pandangan,ya ustaz...
sekian Assalamulaikum..