Tuesday, November 6, 2012

ISLAM DI LONDON

Pemandangan dalam salah sebuah masjid di London
Satu yang menakjubkan negara bekas penjajah iaitu Britain menyaksikan pertambahan rakyat British yang memeluk Islam secara puratanya ialah seramai 5000 orang setiap tahun. Angka ini dapat disaksikan melalui limpahan umat Islam yang mengerjakan Solat Jumaat sehingga melimpah ke jalanraya serta lorong-lorong di Kota London.

Jemaah yang melimpah ruah menunaikan solat
Datuk Bandar London Ken Livingstone dari Parti Buruh dalam kempen mempertahankan jawatannya telah berjanji akan menjadikan kota London sebagai sebuah bandar yang adil, harmoni dan sejahtera.
Beliau menarik perhatian umat Islam dengan menyatakan hasrat untuk mengikut model bandar Nabi Madinah iaitu dengan melahirkan masyarakat yang berakhlak, bersatupadu dan sejahtera melalui perjanjian baginda s.a.w.  dengan penduduk bukan Islam.

Keindahan Islam inilah yang disebut oleh Livingstone yang mungkin tidak dapat dilihat oleh orang Islam sendiri.


ISLAM DI AMERIKA SYARIKAT

Bas yang memaparkan imej Islam
Papantanda iklan Islam

Menurut ASARB (Association Of Statisticians of American Religious Bodies), bagi jangkamasa tahun 2001-2012, bilangan umat Islam di Amerika bertambah sebanyak 66.7 peratus menjadikan Islam sebagai agama yang paling pesat berkembang di negara tersebut. Agama Katholik menurun sebanyak 5 peratus dan Protestan menyusut sebanyak 12.85 peratus.

Strategi untuk menakutkan dunia mengenai keganasan umat Islam dalam peristiwa 11 September 2001telah memberi impak sebaliknya di mana orang Amerika mula mengkaji mengenai kemurnian ajaran Islam lantas menyebabkan Islam semakin diminati.

Masjid bertambah, buku mengenai Islam mendapat sambutan yang sangat tinggi, orangramai keluar menunaikan solat di tempat terbuka, papantanda yang memaparkan iklan Islam dan bas menayangkan mesej Islam kelihatan di sana-sini. Kebangkitan Islam seperti ini mungkin tidak terduga oleh sesiapa pun. Demikianlah perancangan Allah s.w.t.

ISLAM DI KUTUB UTARA

Masjid Inuvik

Masjid Inuvik terletak di wlayah barat laut Kanada dikenali sebagai” Masjid Cahaya Matahari Tengah Malam” kerana mengalami purata 56 hari sinar matahari terus menerus setiap musim panas dan selama hampir 30 hari gelap gelita setiap musim dingin. 

Sumber tidak rasmi menyatakan bahawa umat Islam bertambah di wialyah Northwest, Kanada mencapai 300 peratus setiap dekad. Masjid Inuvik ini menerima pembiayaan daripada umat Islam Kanada.

Benar lah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Urusan Islam akan sampai ke mana sahaja ada siang dan malam... (Riwayat al-Hakim)

SYAIR AYAH KEPADA ANAKNYA

Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah berkorban nyawa

Rasulullah s.a.w. menitiskan airmata baginda sewaktu mendengar seorang ayah bersyair seperti berikut. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud..

Ketika engkau lahir aku memberikanmu makan
Hingga engkau tumbuh dewasa
Aku selalu menjagamu
Engkau diberi minum daripada jerih payahku

Jika malam hari engkau ditimpa sakit
Maka, sepanjang malam aku tidak tidur
Berjaga memikirkan penyakitmu
Hingga tubuhku tidak bermaya kerana mengantuk

Seakan-akan aku yang sakit, bukan kau
Air mataku pun mengalir deras
Dan jiwaku bimbang kau akan mati
Padahal Dia tahu, bahawa ajal akan tiba sesuai masanya

Saat engkau mencapai usia dewasa
Saat di mana aku mengharapkan dirimu
Kau balas diriku dengan dengan kekejaman dan kekerasan

Seakan-akan engkau pemberi nikmat dan dermawan
Andai saja ketika tidak dapat kau penuhi hakku
Sebagai ayah
Kau perlakukan aku sebagai tetangga
Yang hidup berdampingan






Saturday, November 3, 2012

MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR

                                                         Dr Uthman el-Muhammady

1.     Islam ialah agama persekutuan.
2.   Raja-raja Melayu adalah ketua agama negeri masing-masing dan bagi negeri-negeri yang tidak beraja, ketua agama Islam ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
3.   Ada pemimpin yang menyebutkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Namun ianya bermaksud bahawa upacara agama Islam seperti sambutan hari kebesaran Islam dirayakan sebagai majlis rasmi kerajaan.
4.      Peruntukan dalam perlembagaan jelas mengatakan bahawa Malaysia bukan Negara sekular.
5.      Kesan penjajahan memberi impak seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular.
6.    Komponen Islam merangkumi aqidah, syariah, akhlak termasuklah juga aspek undang-undang dan peraturan. Konsep Negara Islam tidak boleh dilihat dalam aspek yang kecil sahaja lantaran Islam adalah al-Din yng syumul.
7.  Penjelasan mengenai Islam mesti diperhebatkan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan atau ideologi masing-masing.
8.  Kita mesti fikirkan bagaimana untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran sebagai satu cara mengelakkan manusia mencuri di samping tetap menghukum mereka yang bersalah.
9.  Begitu juga senario yang “merangsang seks” dalam masyarakat seperti siaran media cetak dan elektronik dihapuskan supaya masyarakat tidak terjebak ke dalam kancah perlakuan zina yang menjijikkan.
10. Malaysia merupakan tempat yang sesuai untuk berdakwah dan melaksanakan sistem hidup Islam samada ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
11. Umat Islam yang berpengetahuan serta berketrampilan tidak seharusnya saling menyalahkan antara satu sama lain sebaliknya mesti bekerjasama bagi memartabatkan Islam dalam negara.