Tuesday, September 27, 2011

AJARAN SESAT DI MALAYSIA



Kadang-kadang kita terfikir juga mengapa masih ada orang Melayu beragama Islam tertarik untuk mengikuti ajaran sesat yang jelas mengubah bentuk-bentuk ibadah dalam Islam?

Nafsu manusia tidak suka kepada perkara-perkara yang dianggap mengongkong kebebasan. Tidak payah beribadah. Cukup solat dengan niat sahaja. Boleh melakukan maksiat atas nama agama. Pasti menyeronokkan nafsu bejat lantaran maksiat dibolehkan. Dan yang paling menarik minat mereka ialah perbuatan maksiat ini di”halal”kan atas nama ajaran Islam.

Ajaran sesat bermaksud semua ajaran dan juga amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikat yang sebenarnya ialah bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah. Ianya merupakan satu penipuan atas nama agama Islam yang suci kerana membuat tafsiran yang menyeleweng daripada ajaran sebenar.

Mengelirukan juga apabila istilah-istilah seperti solat, niat, puasa, haji digunapakai namun kaedah melaksanakan ibadat tidak seperti yang diajarkan oleh Islam. Contohnya seperti puasa Cuma 19 hari, solat sudah cukup dengan niat sahaja, haji boleh ditunaikan di tempat selain Mekah dan yang paling menarik minat ialah mungkin dengan nikah cara batin tidak perlu melalui prosedur pejabat agama.

Apakah orang Melayu boleh menerima istilah Rasul Melayu seperti yang berlaku di Selangor sedikit masa lalu. Mungkinkah pengikutnya akan lari setelah rasul ini disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun termasuk tempoh 6 bulan tahanan di Pusat Pemurnian Aqidah serta denda RM16,500 bersama 6 sebatan? Ataupun pengikutnya masih menyembunyikan amalan mereka secara tanpa diketahui oleh pegawai pejabat agama? Di tempat-tempat yang terlepas dari serbuan pula.

Ajaran sesat muncul dalam tiga bentuk iaitu bentuk ajaran, tariqat dan kepercayaan.

Melalui bentuk ajaran, ajaran-ajaran ini selalunya direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan nama-nama tertentu.

Ajaran sesat dalam bentuk tariqat menggunakan nama-nama tariqat yang masyhur yang menjadi amalan ulama terdahulu seperti tariqat Ahmadiyyah, Naqsyabandiyyah, Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Mufarridiyyah dan lain-lain sedangkan ianya berlawanan dengan tariqat asal tersebut jika dilihat dari sudut amalan dan kepercayaan yang terpesong daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.

Ajaran sesat juga disebar melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung dengan amalan mistik dan kultus. Bentuk kepercayaan seperti ini telah menjadi perkara lumrah dalam kalangan orang Melayu di negara kita.

Antara kepercayaan seperti ini ialah:

• Pemujaan tempat-tempat yang dianggap keramat
• Pemujaan terhadap wali-wali yang dianggap mempunyai kelebihan
• Kepercasyaan kepada kuasa sakti melalui amalan seni mempertahankan diri
• Kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang mendakwa mereka mendapat ilmu dukun dalam mimpi dan orang halus melalui amalan menurun dan sebagainya.

Sehingga tahun 2008, pihak JAKIM telah mengenalpasti sebanyak 55 jenis ajaran sesat dan ajaran-ajaran tersebut telah diwartakan sebagai haram kerana boleh memesongkan aqidah umat Islam. Menurut maklumat masih terdapat 12 ajaran sesat yang masih aktif. Pihak berkuasa Berjaya mengawal ajaran sesat daripada terus berkembang dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan serta orangramai.

Ciri-ciri ajaran sesat

1. Mengingkari Rukun Iman dan Rukun Islam
2. Mengikut kepercayaan yang bertentangan dengan aqidah Islam
3. Meyakini turun wahyu selepas al-Qur’an
4. Mengingkari atau menafikan kebenaran al-Qur’an
5. Mentafsir ayat al-Qur’an tanpa merujuk kepada tafsiran yang muktabar
6. Menolak kedudukan hadis Nabi sebagai sumber ajaran Islam
7. Merendahkan martabat para Nabi dan Rasul
8. Mengingkari Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir
9. Mengubah asas dan bentuk ibadat yang ditetapkan syarak
10. Mengkafirkan sesama Muslim tanpa dalil yang syarie.

Kaedah mengatasi:

1. Memantapkan kefahaman Islam yang sebenar
2. Memberi maklumat mengenai kumpulan ajaran sesat kepada Pejabat Agama Islam
3. Mendidik anak dan pelajar dengan ilmu yang hak
4. Merujuk kepada Pejabat Agama agar guru yang bertauliah sahaja yang dibenarkan mengajar ilmu tariqat atau tasawwuf
5. Menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal dan membenteras ajaran sesat hingga ke akar umbinya.

1 comment:

  1. Untuk
    ABD MUN'EM DATO' HJ MAHMAD MUHTAR di Malaysia dan kaum muslem dimana saja berada

    Assalamualaikum


    Singkat saja,

    1. Prof DR Sheikh Abdul Halim Mahmud, REKTOR University AL AZHAR AL SYARIEF adalah salah satu pengamal serta turut serta membantu perkembangan Tariqah Mufarridiyyah hingga akhir hayatnya pada tahun 1978.
    2. Menurut pengakuan yang sejujurnya dan penuh keiklasan dari penulis Buku “Tariqat Mufarridiah” Encik Abdullah Fahim pada tanggal 19 Januari 1987, Beliau mengatakan bahwa ‘buku tersebut ditulis berdasarkan punca-punca source kedua’. Sementara Datuk sendiri maklum, cerita, percakapan dan berita berupa lisan atau tulisan yang BUKAN berasal dari source pertama/yang asal adalah termasuk dalam kategori FITNAH.
    3. Dari pengakuan Datuk DR Yusuf Noor (ketika itu Timbalan Menteri) pada tahun 1984 “ Amalan sebenarnya Thariqatul Mufarridiyyah (Seperti mana yang telah dijelaskan kepada nya) TIDAK ADA SALAHNYA’.

    Pertanyaannya:
    Apakah ABD MUN'EM DATO' HJ MAHMAD MUHTAR pernah mempelajari, mendengar keterangan-keretangan diatas?
    Maassalamah

    Siratal Mustaqim

    ReplyDelete