Tiga
komuniti etnik di Malaysia yang utama ialah kaum Melayu, Cina dan India.
Sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, jumlah rakyat Malaysia bagi
kelompok Bumiputera ialah 67.4% daripada keseluruhan rakyat diikuti kaum Cina
24.6% sementara kaum India sebanyak 7.3% dan lain-lain kaum 0.7%. Tidak ada
satupun daripada kumpulan ini bersifat homogen iaitu setiap kumpulan dibezakan
lagi oleh identiti subetnik mereka berdasarkan bahasa dan agama yang berbeza.
Majoriti orang Melayu beragama Islam manakala masyarakat Bumiputera di Sabah
dan Sarawak mengamalkan agama yang berbeza dan mempunyai bahasa kaum atau etnik
mereka sediri. Kebanyakan orang India beragama Hindu dan bertutur dalam Bahasa
Tamil. Latarbelakang agama dan bahasa kaum Cina berbeza. Perbezaa agama dan
bahasa di Malaysia berlaku dalam lingkungan etnik dan antara kumpulan etnik. (Mohamed
Mustafa Ishak, 2014)
Agama
membentuk fenomena penting dalam kehidupan manusia. Peranan agama bukan sahaja
membantu manusia mengenal Tuhan tetapi juga bagi menuju kesejahteraan hidup.
Dalam konteks Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identity kelompok yang
saling lengkap melengkapi sehinggakan sejak dahulu, kelompok etnik diidentikkan
dengan kelompok agama. Orang Melayu dikenali sebagai orang Islam, orang India
dikenali sebagai penganut Hindu, orang Cina dan Siam sebagai pengamal ajaran
Buddha. Masyarakat orang Asli dan suku
kaum Bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak hidup sebagai pengikut faham
Animisme. Dengan kerana itu, adalah menjadi kebiasaan pandangan bahawa mereka
yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. (Shamsul
Amri Baharudin, 2012)
Rukunegara
merupakan ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip hidup bermasyarakat,
nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan,
kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Berikutan rusuhan perkauman pada
13 Mei 1969, maka Rukunegara digubal bagi mengelakkan keamanan dan keutuhan
negara tergugat. (Anuar Rafie, 2007). Ia digubal sewaktu negara berada di bawah
pentadbiran MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya
ialah Majlis Perundingan Negara (MPN). Mula tercetusnya idea penggubalan
Rukunegara ialah dalam mesyuarat pertama MPN iaitu pada 27 Januari 1970.
Ideologi
negara ini dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama dengan digariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi
masyarakat. Lima prinsip Rukunegara ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan
kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan
dan Kesusilaan. Penulis akan memberi fokus kepada “Kepercayaan kepada Tuhan”
dalam penulisan ini.
Ciri
penting dalam kehidupan manusia ialah kehidupan beragama. Agama membentuk
keperibadian individu, bangsa dan negara. Semua kaum dalam negara kita dibentuk
dengan asas kepercayaan kepada Tuhan yang kukuh. Kaum-kaum di Malaysia yang
menganut pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Buddhisme, Taoisme, Sikhisme
dan sebagainya dapat menjadi satu bangsa Malaysia yang berdaulat melalui sistem
kepercayaan beragama. Kepercayaan kepada Tuhan mampu membimbing manusia untuk
berbuat baik dan menghindari kejahatan serta mengenali pahala dan dosa.
(Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin, 2014).
Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengingati Tuhan
dan kepada Hari Pembalasan dalam setiap tindakan mereka.
Perlembagaan
Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan mana-mana agama
lain boleh diamalkan dengan bebas secara aman dan harmoni dalam negara. Rakyat
Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama masing-masing dan patuh kepadanya dan
tindakan membeza-bezakan rakyat berdasarkan agama adalah dilarang. Ini bermakna
setiap warganegara mesti mempunyai kepercayaan beragama masing-masing.
Kepentingan hidup beragama menyebabkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan
diletakkan sebagai prinsip pertama dalam Rukunegara. (Ayu Nor Azilah,
2013).
2.1 Fakta-fakta menarik
mengenai agama Hindu
Ia berasal daripada Tamadun Vedic India.
Agama Hindu tidak mempunyai pengasas agama mahupun
Nabi. Sebaliknya ia merupakan warisan pengajaran, undang-undang spiritualdan
amanaln yang diturunkan oleh pendeta zaman berzaman.
Hindu merupakan gelaran yang diberi
oleh orang-orang Arab kepada masyarakat di Sungai Indus.
Hindu tidak diasaskan sebagai sebuah “agama” tetapi
merupakan satu cara hidup berdasarkan pengajaran kitab-kitab Hindu. Hindu tidak
mempunyai sistem yang seragam ataupun badan autoriti keagamaan kerana falsafah
ketuhanannya dan kehidupan yang dinamik.
Tuhan ini adalah roh segala alam yang bernama Brahman.
Brahman ialah satu realiti agung yang tidak berubah di dalam dan di luar dunia
ini dan tidak mampu untuk difahami sepenuhnya. Roh Brahman ini berada dalam semua benda.
Tuhan berada di mana-mana dan tidak mempunyai satu identiti
utama. Manusia tidak dapat memahami Tuhan sebagai satu bentuk sebenar maka
terdapat variasi berbeza dalam bentuk Tuhan. Kesemua ini merupakan penzahiran kepada
sifat-sifat Brahman yang berlainan. Pembezaan dewa-dewa ini membantu manusia
menumpukan doa mengikut keadaan yang sesuai.
Tiga dewa utama Hindu ialah Brahma (pencipta), Vishnu
(pemelihara) dan Siva (pemusnah)
Penganut Hindu mendakwa tidak menyembah patung berhala
tetapi menjadikannya sebagai wakil fizikal Tuhan. Ia dilakukan bagi memudahkan
mereka melakukan ibadat kepada Tuhan.
Berdasarkan fakta-fakta ini maka agama Hindu dipilih
oleh penulis untuk dijadikan bahan kajian.
2.2 Fakta unik mengenai
agama Sikh
Perkataan
“Sikh” berasal daripada perkataan Punjabi yang bermaksud pengikut atau pelajar.
Sikhism mula muncul pada abad ke enambelas semasa berlakunya konflik di antara
golongan Islam dan penganut Hindu. Pengasasnya Guru Nanak bergelut dengan
realiti kehidupan beragama itu sendiri, bagaimana kaum, agama dan status social
yang berbeza berjaya memisahkan masyarakat. Ianya dipengaruhi oleh pergerakan
reformasi agama Hindu dan pergerakan Sufi di India.
Pengasas
agama Sikhisme dilahirkan pada tahun 1469 di perkampungan Rai Bhoi di Talwandi sekarang dikenali sebagai Nankara
Sahib di Pakistan. Sepanjang kehidupan beliau, Guru Nanak telah melakukan empat
pengembaraan besar iaitu ke arah Timur menghala ke Bengal dan Assam, ke selatan
menghala ke Andhra dan Tamil Nadu, ke arah utara menghala ke Kashmir, Ladakh
dan Tibet serta ke Barat menghala ke Baghdad dan Mekah.
Pada
usianya tigapuluh tahun, Guru Nanak telah hilang dan dikatakan mati lemas
sewaktu mandi pagi di Sungai Kali Bein. Selepas tiga hari, beliau muncul an membuat pengisytiharan bahawa “Tiada Hindu
dan tiada Muslim, jadi jalan milik siapa yang harus aku ikuti? Aku bakal
mengikuti jalan Tuhan.
Konsep asas agama Sikh adalah berasaskan monotheisme.
Namun, konsep Tuhan agama Sikh berbeza dengan agama lain. Ia dikenali sebagai
“Ik Oknar” yang bermaksud “Satu Realiti Tertinggi.” Menurut Guru Nanak, proses
memahami Tuhan menjangkaui kebolehan manusia tetapi pada masa yang sama, Tuhan
dapat dikenali. Ada yang mengatakan seperti fahaman Sufisme, Tuhan wujud dan
dapat dikenali melalui kesemua benda yang wujud an dapat dilihat oleh manusia
yang telah mencapai kemuncak pencerahan. Guru Nanak mengajarkan bahawa
penebusan dosa tidak bermaksud memasuki syurga setelah penghakiman yang
terakhir etapi melalui persatuan dan penyerapan ke dalam Tuhan. Penganut Sikh
tidak percaya syurga atau neraka.
Konsep
“Langar” merupakan konsep makanan percuma yang terbuka kepada semua orang secara adil dan saksama,
menjangkaui batasan kaum, agama atau status sosial. Pada abad ke enambelas di
India, ia merupakan konsep yang revolusioner di mana masyarakat pada masa itu
masih bersendikan tahap kasta yang berbeza. Melalui aktiviti Langar, hanya
sayuran sahaja yang diberikan untuk memastikan bahawa kesemuanya dapat makan
secara adil an saksama.
Latarbelakang
kemunculan ajaran Sikh telah menarik minat penulis untuk membuat kajian
perbandingan mengenai konsep ketuhanan.
Para
pengkaji sejarah agama menyatakan bahawa kepercayaan beragama merupakan
keperluan kepada semua manusia. Hampir semua kelompok masyarakat mempunyai
agama. Samada masyarakat moden mahupun primitif, kepercayaan beragama
merupakan nilai sejagat yang dimiliki
oleh mereka. Pemikiran mengenai agama sudah lahir bersama dengan kewujudan
manusia itu sendiri. Penemuan arkeologi membuktikan bahawa kehidupan manusia
terawal dipengaruhi oleh kehidupan beragama. Selain dari faktor fitrah atau
naluri semulajadi manusia yang percaya wujud kuasa di sebalik kejadian alam
ini, manusia mengamalkan kehidupan beragama lantaran warisan kebudayaan, factor
keselamatan, kesejahteraan, pengukuhan ikatan persaudaraan serta mencari
jawapan kepada persoalan mengenai alam dan kehidupan yang sukar dijawab oleh
akal manusia. (Shamsul Amri Baharudin, 2012)
Antara
faktor menentukan agama seseorang manusia ialah warisan kebudayaan. Secara kebiasaannya, agama akan diwarisi oleh
keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada
generasi berikutnya. Sebagai contohnya, etnik Melayu di Malaysia mewarisi agama
Islam kerana nenek moyang mereka beragama Islam.
Faktor
lain penganutan agama ialah faktor keselamatan. Apabila memeluk sesuatu agama,
seseorang akan berasa selamat serta yakin bahawa kuasa agama yang dianutinya
akan menjaga keselamatannya, mendapatkan pertolongan dan memberinya
perlindungan. Faktor keselamatan ini bukan sahaja setakat di dunia malah juga
membawa kepada kesejahteraan di akhirat kerana kebanyakan agama menjanjikan
keselamatan hidup di alam yang lain yakni akhirat kepada penganut yang patuh
kepada ajaran.
Persoalan
mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan perkara-perkara ghaib yang sukar utnuk dijawab oleh akal manusia
yang terbatas menyebabkan manusia bergantung kepada agama bagi memecahkan
persoalan dalam kehidupan. Jelasnya,
agama mampu memberikan jawapan kbepada persoalan manusia. Minat kepada
kehidupan beragama dalam kalangan manusia juga disebabkan oleh elemen ikatan
persaudaraan. Persamaan dalam kepercayaan dan pengamalan sesebuah masyarakat
mengikat mereka dalam satu komuniti bermoral. (Shamsul Amri Baharudin, 2012)
Agama
Hindu yang dianuti oleh etnik India di Malaysia berasal dari India Selatan. 80%
daripada orang India di Malaysia menjalani kehidupan sebagai penganut Hindu.
Konsep Tuhan menurut ajaran Hindu berdasarkan kepada kitab-kitab suci mereka.
Berasaskan kepada dua mazhab utama agama Hindu iaitu Saivisme dan Vainavisme
maka kita akan mengetahui mengenai konsep Tuhan memandangkan kedua-dua mazhab
ini yang diamalkan secara berleluasa di negara kita. (Singaravelu
Sacithnantham, 2006)
Menurut
teks agama Hindu, Tuhan ialah satu kuasa yang abstrak. Tuhan tidak mempunyai
bentuk tertentu. Konsep ketuhanan ini ditandakan dengan istilah Brahman.
Perkataan Brahman ini boleh disamaertikan dengan istilah Tuhan dalam Bahasa
Melayu atau God dalam Bahasa Inggeris. Brahman dikenali sebagai Nirquna Brahman
bererti konsep ketuhanan yang abstrak yang juga disebut Nirkara Brahman. Konsep
ketuhanan abstrak ini adalah di luar persepsi manusia biasa. Konsep abstrak
ketuhanan Hindu ini perlu diperjelaskan agar dapat difahami oleh penganutnya.
Bagi mencapai tujuan tersebut, Tuhan diberi nama, rupa dan sifat. Dengan itu,
Tuhan yang abstrak dapat dipersepsikan oleh manusia. Dalam tahap ni, Brahman
dikenali sebagai Sakuna Brahman yang juga disebut Sakara Brahman. Sifat-sifat
unggul seperti Yang Maha Kuasa, Yang Maha Tahu, Yang Maha Besar, Yang Maha
Kasih dan sebagainya adalah antara sifat-sifat yang diberikan kepada Sakuna
Brahman. Terdapat banyak simbol yang menerangkan konsep ketuhanan dalam agama
Hindu. Antara simbol-simbol tersebut ialah patung suci, gambar, lakaran dewa
dewi, simbol binatang, tumbuhan, senjata, struktur kuil dan sebagainya.
(Sacithnantham, 2006)
Orang
Hindu percaya kepada banyak Tuhan. Mereka percaya bahawa setiap kekuatan alam
semulajadi samada mendatangkan faedah ataupun membahayakan manusia merupakan
Tuhan yang diharapkan pertolongannya.
Sewaktu dilanda kesusahan, orang Hindu akan menyeru nama-nama Tuhan
supaya merestui keturunan, harta benda dan menolong mereka menentang musuh. Penyembahan
kepada alam tabii ini secara berperingkat-peringkat. Pada mulanya bentuk-bentuk
alam yang indah dan menarik perhatian menimbulkan kesedaran beragama kepada
mereka. Kekaguman kepada bentuk-bentuk ini menyebabkan mereka bersyukur dan
memuji-muji dan menyangka bahawa bentuk-bentuk ini mempunyai roh. Roh-roh ini
kemudiaannya diangap mempunyai kekuatan yang tersembunyi di sebalik bentuk yang
kelihatan lalu mendekatinya melalui perbuatan ibadat. Mereka mempersembahkan
korban dan menganggapnya sebagai Tuhan yang diseru bagi mendapatkan sesuatu
hajat. Ini menyebabkan bilangan Tuhan semakin bertambah banyak dalam kalangan
mereka. Apabila mereka menyembah mana-mana Tuhan maka ibadat korban akan
dipersembahkan. (Sacithnantham, 2006)
Dalam
kalangan Tuhan Hindu yang banyak itu, ada di antara mereka yang menjadi ketua
dan ada yang diketuai. Maksudnya ada Tuhan yang memerintah dan ada yang
diperintah. Tuhan dan dewa yang menjadi ketua merupakan Tuhan segala Tuhan atau
dewa kepada segala dewa. Semua Tuhan dan dewa berada di bawah perintahnya. Mereka
menamakan Tuhan-tuhan ini sebagai Brahma, Vishnu dan Siva yang disebut tiga
dalam satu dan satu dalam tiga. Lima prinsip utama dalam agama Hindu ialah:
1. Kewujudan
Tuhan yang unggul
2. Manusia
itu suci
3. Perpaduan
melalui percintaan
4. Harmoni
agama dan pengetahuan tentang sungai yang suci
5. Kitab
yang suci dan mantera yang suci
Terdapat
juga sepuluh disiplin yang bersifat sejagat iaitu:
1. Kejujuran
(satya)
2. Kesederhanaan
(ahimsa)
3. Tidak
berzina (brahmacharya)
4. Tidak
merompak (shaucha)
5. Kepuasan
(shantosh)
6. Mengaji
kitab (swadhyaya)
7. Penjimatan
(tapas)
8. Doa
(pooja)
Sistem
kasta terbahagi kepada empat golongan manusia:
1. Brahman
2. Kshathriya
3. Vaisya
4. Shudra
Dalam
Peraturan Manu, tugas golongan di atas adalah seperti berikut:
1. Brahman
menjadi Ketua Agama.
2. Ksathriya
menjadi perajurit
3. Vaisya
golongan petani dan peniaga
4. Shudra
pemberi khidmat kepada ketuga-tiga golongan.
Seorang
Brahman mendapat penghormatan daripada semua Tuhan kerana keturunannya. Dia
berhak memiliki harta benda Shudra. Seseorang Brahman tidak berdosa sekalipun
dia membunuh ketiga-tiga golongan ini. Raja dilantik daripada golongan
Kshatriya. Raja mesti dihormati walaupun masih kanak-kanak kerana dipercayai
sifat ketuhanan mereseap masuk ke dalam tubuh raja yang menyerupai manusia.
Golongan Shudra tidak boleh mengumpul harta sehingga melebihi harta golongan
Brahman. (Osman Bakar et.al, 2015)
Bukti
kehadiran awal agama Hindu di Tanah Melayu ialah kesan pembinaan Hindu lama di
Lembah Bujang, Kedah. Pengaruh Hindu telah bertapak di Tanah Melayu sejak kurun
ketujuh lagi. Kesan pengaruh Hindu terhadap orang Melayu dapat dilihat dengan
jelas dalam adat resam masyarakat Melayu
seperti dalam upacara perkahwinan, adat bersanding, memakai inai dan
menepung tawar. Institusi agama dan pusat ibadat agama Hindu yang terkenal
ialah kuil Murugan di Batu Caves, Kuala Lumpur. Terdapat patung Tuhan Murugan
di hadapan pintu masuk ke kuil tersebut. Sami ialah ketua agama yang akan
mengetuai ritual keagamaan dalam semua upacara keagamaan. Tanda warna pada dahi
penganut Hindu disebut pottu. Pottu terdiri daripada pelbagai warna dan dipakai
secara berbeza oleh penganut lelaki dan wanita yang belum berkahwin serta
wanita yang sudah berkahwin. Antara simbol suci yang banyak digunakan dalam
upacara penyembahan dewa ialah susu dan bunga. Tidak menghairankan apabila kita
dapati terdapat penjual bunga di sekitar kawasan kuil yang digunakan untuk
penganut Hindu bersembahyang. Upacara mandi minyak dengan cara menyapukan
seluruh tubuh dengan sejenis minyak pada Hari Deepavali dinamakan Ganga Snanam.
Upacara mandi dipercayai dapat menghapuskan dosa penganutnya. Deretan pelita lampu yang dipasang pada Hari
Deepavali melambangkan kejahilan telah diterangi dengan cahaya kebenaran.
Thaipusam pula dirayakan oleh mereka dengan pelbagai nazar ditujukan kepada
Dewa Murugan. (Shamsul Amri Baharudin. 2012)
Agama
Buddha muncul sebagai reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh golongan
Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit menentang terutama daripada
golongan Kshatriya terdiri dari anak-anak raja dan perajurit. Pengasas ajaran
Buddha ialah Siddharta Gautama yang selalu berfikir mengenai sebab-sebab
penderitaan hidup dan kemelaratan. Seorang anak raja yang tidak berpuashati
dengan apa yang dilihatnya dan percaya bahawa ada rahsia di sebalik kehidupan
mewah beliau di dalam istana. Dalam usianya 29 tahun, Siddharta meninggalkan
istana dan hidup dalam keadaan zuhud bagi mencapai maksud mengetahui rahsia
alam. Kemewahan hidup ditinggalkan dan memakai pakaian yang koyak rabak, tidur
di tempat-tempat yang berduri dan berbatu serta tidak menjamah makanan yang
enak. Akhirnya setelah berteduh di bawah sebatang pokok, di hutan Urvella,
beliau mendapat pertunjuk yang dicarinya selama itu. Gelaran Buddha bermaksud
seorang arif yang bercahaya dan Gautama bererti pendeta diberikan kepadanya
oleh pengikutnya. (Ahmad Zaki Abd Latiff, 2012)
Ajaran
Buddha tidak mementingkan mengenai konsep ketuhanan dan metafizik kerana
berpendapat bahawa manusia bergantung kepada diri sendiri dan bukan Tuhan.
Buddha dikatakan tidak pernah mengajar pengikutnya mengenai keimanan kepada
Tuhan. Ada pengikut yang menyebutkan
bahawa Buddha bukannya manusia tetapi roh Tuhan telah meresap ke dalam
tubuhnya. Peribadi ketuhanan telah
meresap ke dalam peribadi kemanusiaannya sebab itu Buddha tidak bercakap
tentang Tuhan kerana dia sendiri adalah Tuhan. (Ahmad Zaki Abd Latiff, 2012)
Agama
Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika dalam kehidupan manusia dan tidak
mengajar mengenai konsep ketuhanan dan metafizik. Tahap pertama untuk
membebaskan diri daripada pusingan kelahiran ialah dengan mengamalkan sila atau
moral yang tinggi seperti mengawal nafsu, mengelakkan dosa besar dan
pengorbanan berdarah. Ini seharusnya diikuti dengan renungan (Samadhi), kesedaran
(prajna) mencapai sambodhi iaitu mengetahui kebenaran sepenuhnya dan akhirnya
mencapai nirvana iaitu terlepas daripada pusingan kelahiran. Ahimsa bererti
menolak penyiksaan (himsa) dan pembunuhan kerana semua makhluk tidak boleh
dibunuh. Konsep-konsep tersebut menjadi konsep yang penting dalam agama Hindu.
Penganut Buddha juga menggunakan istilah Tri-Ratna bagi merujuk kepada Buddha,
Buddha Dhamma dan Sangha. Dhamma merujuk kepada ajaran-ajaran dasar Buddha. Isi
kandungan penting ajaran Dhamma dirangkumkan ke dalam empat kebenaran iaitu
Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga. (Ahmad Zaki Abd Latiff, 2012)
Dukka
ialah penderitaan, kesengsaraan atau perasaan duka. Kehidupan ini adalah satu
penderitaan. Kelahiran, usia tua, mendapat penyakit kematian dan kelahiran
semula merupakan satu penderitaan. Samudaya pula merupakan punca atau penyebab
yang membawa kepada penderitaan. Contohnya, api keinginan cinta, nafsu, gila
kekayaan dan lain-lain lagi. Nirodha ialah penghapusan atau pemadaman nafsu.
Marga pula ialah jalan atau cara untuk memadamkan nafsu. Menurut Buddha, proses
mengawal nafsu boleh dilakukan dengan mengamalkan lapan prinsip seperti
berikut:
i.
Kepercayaan yang benar
ii.
Tujuan yang benar
iii.
Pertuturan yang benar
iv.
Perbuatan yang benar
v.
Hidup yang benar
vi.
Usaha yang benar
vii.
Fikiran yang benar
viii.
Renungan yang benar
Lapan
prinsip hidup ini boleh dirungkaikan kepada tiga bahagian. Pertama, kepercayaan
kepada Buddha Dharma untuk mencapai Nirvana. Kedua, berkelakuan seperti yang
telah dilakukan oleh Sangha. Ketiga, melakukan renungan yang baik mengikut
Dharma untuk mencapai Nirvana. Menurut Hukum Karma, perbuatan yang baik akan
membawa kesan baik manakala perbuatan jahat akan membawa padah. Ketenangan
rohani dan kasih sayang terhadap semua yang bernyawa itu yang diajarkan oleh Buddha.
Buddha menyeru kepada pembasmian kasta. Bukan semua etnik Cina di Malaysia
menganut Buddha kerana sebahagian lagi berpegang kepada ajaran Taoisme,
Konfusianisme, Kristian dan Islam. Terdapat juga dalam kalangan orang Cina yang
mengamalkan lebih dari dua ajaran seperti Buddha, Taoisme dan Konfusianisme
dalam masa yang sama. (Ahmad Zaki Abd Latiff, 2012)
Agama
Sikh membentuk kelompok minoriti agama di Malaysia. Penganutnya ialah
sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi. Mereka lebih mudah dikenali
dengan pemakaian serban dan berjanggut panjang bagi lelaki. Nama akhir lelaki
pada kebiasaannya menggunakan perkataan Singh yang membawa maksud singa
sementara kaum wanita menggunakan nama Kaur yang bermakna puteri. Guru Nanak
telah mengasaskan ajaran Sikh pada tahun 1469. Ajaran ini diteruskan oleh
Sembilan orang guru lain. Agama yang percaya kepada satu Tuhan ni mempunyai
kitab suci yang bernama Sri Guru Granth Sahib Ji. Kitab setebal 1430 mukasurat
ini ditulis dan disempurnakan oleh Guru Sikh serta terdapat di semua Gurdwara
iaitu pusat ibadat orang Sikh. Isi kandungan kitab ini ialah ajaran agama Sikh
dan mazmur termasuk nasihat untuk kehidupan. Granthi Sahib membaca kitab suci dan
menyanyikan kirtan (mazmur) serta menyampaikan katha (syarahan) mengenai ajaran
Sikh dalam Bahasa Punjabi. Upavara keagaman biasanya diakhiri dengan bacaan
ardas (doa) dengan cara penganut Sikh berdiri sambil merapatkan kedua-dua belah
tapak tangan bertujuan memanjatkan kesyukuran, meminta maaf atau meminta sesuatu
hajat daripada Waheguru dengan penuh keikhlasan. Guru ka langgar iaitu makanan
berupa sayuran dimasak oleh orang Sikh di gurdwara untuk disediakan kepada
pengunjung tanpa mengira agama. Symbol keimanan mereka ialah berambut panjang
disebut sebagai kesh. Penganut Sikh tidak dibenarkan memotong atau mencukur
rambut dan bulu di tubuh mereka. Keingkaran memotong rambut dan bulu dianggap
telah melanggar perintah Tuhan. Kangha atau sikat berkait dengan penjagaan
kebersihan rambut. Gelang besi yang dipakai di tangan kanan iaitu kara adalah
untuk mengingatkan agar tidak melakukan kejahatan dan melambangkan kepatuhan kepada agama.
Mereka memakai kirpan atau pedang kecil sebagai lambang teguh pegangan agama.
Seluar khas atau kacha sebagai simbol bersedia pada setiap masa dan ketangkasan
pergerakan. Tujuan semua perkara
tersebut ialah supaya penganut Sikh menjaga diri dan tidak melakukan perbuatan
yang tidak bermoral seperti berzina. (Shamsul Amri Baharudin, 2012)
Perayaan
terpenting orang Sikh ialah Vaisakhi. Perayaan yang disambut pada bulan April
setiap tahun ini, orang Sikh mengunjungi gurdwara bersama keluarga dan sanak
saudara. Mereka berkumpul di darbar sahib iaitu dewan sembahyang yang menyimpan
kitab. Aktiviti keagamaan yang utama ialah amrit sanskar iaitu upacara
pembaptisan. Penganut Sikh memohon amrit
iaitu air suci bagi mendekatkan diri kepada Waheguru. Penganut Sikh samada
lelaki mahupun wanita boleh menjalani upacara ini pada bila-bila masa tanpa
sekatan umur namun perlu kepada persiapan mintal dan fizikal bagi menjalaninya.
(Shamsul Amri Baharudin, 2012)
Pada
asalnya, ajaran Kristian merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang
menerima Jesus daripada Nazareth sebagai Messiah atau Kristus. Sebahagian pengikut
Kristian menggelarkanJesus sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang
dijanjikan dalam Perjanjian Lama. Pengikut Kristian samada Roman Katholik,
Ortodok Timur ataupun Gereja Protestan menerima Doktrin Triniti atau Tritunggal
sebagai ajaran utama agama Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa selepas
berakhirnya kehidupan Jesus Christ di dunia, wujud Tuhan kekal di dunia dalam
bentuk Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri daripada tiga makhluk iaitu Bapa,
Anak dan Roh Suci. Orang Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan Tuhan iaitu
Tuhan yang mengambil rupa manusia dan mempunyai sifat-sifat manusia. Bagi orang
Kristian, Jesus meninggal dunia demi menyelamatkan manusia daripada dosa.
Jelasnya, Jesus mati untuk menyelamatkan manusia daripada dosa warisan. Doktrin
Kristian mengajar pengikutnya bahawa Tuhan menurunkan anaknya, Jesus ke dunia
sebagai hamba pilihannya ang dinamakan al-Masih. Tujuannya ialah untuk membantu
manusia melakukan tugas keagamaan mereka.
Konsep
Tuhan dalam agama Hindu tidak pasti. Ada penganut Hindu yang percaya konsep
pantheisme, monotheisme, politheisme bahkan atheism. Ada penganut Hindu yang
menyebutkan nama Tuhan mereka sebagai Brahma, Visynu dan Siva. Konsep ini
dinamakan sebagai Trimurthi iaitu satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Konsep
ini menyamai konsep Triniti dalam agama Kristian.
Dalam
agama Buddha, Tuhan tidak bernama. Ajaran Buddha tidak pernah menyatakan nama
Tuhan dengan mana-mana sebutan tertentu tetapi percaya bahawa Tuhan adalah
tidak dilahirkan, tidak dijelmakan, Tuhan Yang Satu dan tidak dapat digambarkan
dengan sesuatu apa pun.
Ajaran
Kristian menamakan Tuhan dengan pelbagai nama mengikut penganut tempatan.
Sebagai contohnya di negara-negara Timur Tengah, mereka menyebutkan nama Tuhan
sebagai Allah. Istilah seperti Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Yang Suci namun
di negara-negara Barat mereka menyebut sebagai God.
Agama
Hindu percaya bahawa Tuhan itu satu tetapi terbahagi kepada tiga iaitu Tuhan
Brahma, Visynu dan Siva. Nama Tuhan tiga tetapi tetap satu. Ianya merujuk
kepada sifat-sifat Tuhan Hindu yang terdiri daripada sifat pencipta dan juga
pemusnah. Penganut Hindu percaya kepada banyak dewa yang mewakili kuasa-kuasa
alam yang tertentu. Kepercayaan kepada banyak Tuhan dan juga dewa merupakan
kepercayaan politheisme iaitu kepercayaan kepada banyak Tuhan.
Ajaran
Buddha percaya kepada Tuhan yang satu namun Tuhan tidak bernama dan mempunyai
sifat-sifat yang tidak sama dengan sifat-sifat makhluk. Kepercayaan penganut
Sikh juga kepada Tuhan yang satu namun konsepnya juga tidak jelas lebih-lebih
lagi dikatakan ajaran Sikh merupakan campuran antara ajaran Islam dan Hindu
sebagai jalan penyelesaian konflik yang berlaku di negara India pada zaman
berkenaan.
Agama
Kristian yang memanggil nama Tuhan mereka mengikut tempat-tempat tertentu
seperti Allah dan God mendakwa menyembah Tuhan yang satu terdiri daripada tiga
oknum. Konsep Tritunggal merupakan
ajaran asas dalam kepercayaan Kristian.
Persoalan
samada Tuhan menjelma dalam bentuk manusia atau tidak juga merupakan persoalan
yang menarik untuk dibincangkan. Sebagai contohnya, apakah wujud Tuhan dalam
agama Hindu. Ini adalah kerana penganut Hindu membuat bangunan-bangunan suci, membuat
arca atau patung yang melambangkan seolah-olah penganut Hindu menyembah
berhala.
Tuhan
dalam agama Hindu di dalam Kitab Veda yang
digambarkan sebagai Personal God dapat dibahagikan kepada tiga kategori:
1.
Penggambaran Antrophomorpic
Tuhan
digambarkan sebagai manusia dengan berbagai kelebihan seperti bermata seribu,
berkaki tiga, bertangan enpat dan sebagainya.
2.
Penggambaran Semianthrophomorphic
Tuhan
digambarkan sebagai setengah manusia dan setengah binatang. Hal ini lebih
menonjol dalam kitab Purana seperti Ganesha (manusia berkepala gajah), Hayagriwa
(manusia berkepala kuda) dan sebagainya.
3.
Penggambaran Unantrophomorpic
Tuhan
tidak digambarkan sebagai manusia bahkan binatang semata-mata seperti Garutman
(Garuda).
Dalam
ajaran Buddha, asal usul alam bukan dicipta oleh Tuhan tetapi kerana hukum
sebab dan akibat. Dalam ertikata lain, tidak ada kuasa sakti yang menjadi
pencipta segalanya. Gautama Buddha mengatakan bahawa pemikiran kita manusia
yang menjadikan dunia ini. Buddha menganggap buah fikiran sebagai pencipta.
Penganut
Kristian percaya bahawa Tuhan menghantar anaknya ke dunia untuk menebuskan dosa
manusia. Tuhan Jesus disalib dalam bentuk manusia yang dihukum dengan kaedah
hukuman orang Rom iaitu tangan dipaku pada salib dan dibakar. Kehendak Tuhan
ialah supaya semua manusia diselamatkan daripada konsep dosa warisan yang
menyebabkan manusia tercampak ke dunia melalui Nabi Adam akibat godaan Iblis
(serpeant) kerana memakan buah terlarang. Islam menjelaskan bahawa seseorang
manusia tidak akan menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain. Konsep
penjelmaan atau Tuhan mempunyai anak seperti manusia bukan sahaja dipercayai
oleh golongan politheisme tetapi juga
golongan monotheisme seperti Yahudi
dan Kristian. Dewa dan Dewi bercinta, merajuk dan berulang-alik ke kayangan
sebagai unsur manusiawi dalam konsep ketuhanan.
Agama Islam adalah mempunyai konsep kepercayaan kepada
Tuhan Yang Maha Esa. Ini berbeza dengan penganut agama Hindu yang percaya kepada
banyak Tuhan atau dewa-dewa, ajaran Kristian yang percaya dengan konsep Triniti
atau Tritunggal, ajaran Buddha yang tidak jelas bahkan dikatakan Siddharta
Gautama sendiri sendiri tidak pernah menyebutkan mengenai Tuhan walaupun Mazhab
Mahayana mengatakan bahawa Gautama tidak menyebut mengenai Tuhan kerana beliau sendiri
adalah Tuhan. Agama Sikh dikatakan percaya kepada satu Tuhan namun bukan Tuhan
sepertimana yang sepatutnya disembah.
Beriman kepada Allah merupakan intipati kepercayaan
dalam ajaran Islam. Keimanan kepada
Allah swt dari aspek Rububiyyah iaitu
Allah sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir alam ini. Aspek Rububiyyah ini
diakui oleh orang-orang Arab Jahiliyyah dan juga orang-orang agama samawi namun
konsep ketuhanan itu telah disyirikkan. Allah tidak beranak dan diperanakkan
sebagaimana pengikut Yahudi mengatakan bahawa Uzair adalah anak Allah dan
penganut Kristian menyebutkan Isa bin Maryam sebagai Tuhan Anak yang diturunkan
ke dunia bagi menyelamatkan dosa manusia. Allah tidak berkongsi dalam mentadbir
alam dan Allah Maha Esa yang tidak serupa dengan makhluk ciptaanNya. Amalan
masyarakat Jahiliyyah yang menyembah berhala sebagai perantaraan penyembahan
merupakan penyelewengan terhadap konsep ketuhanan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim
sebelumnya.
Keimanan kepada Allah swt melalui konsep Uluhiyyah berpaksikan kepada konsep dua
kalimah syahadah jelas menuntut umat Islam agar melakukan penyembahan kepada
Allah sahaja yang bukan sahaja dimanifestasikan dalam ibadat khusus semata-mata
tetapi juga dalam seluruh aspek kehidupan seperti dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan lain-lain urusan pemerintahan negara.
Keimanan kepada Allah swt melalui tauhid Asma’ wa Sifat merupakan tauhid yang
mengenali Allah melalui 99 nama-nama yang indah dan mulia serta sifat-sifat
Allah Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat kekurangan malahan Allah swt
Maha Sempurna yang tidak ada cacat cela dengan konsep “al-Kamal lillahi wahdah.”
Allah tiada awal dan kesudahan, tidak akan musnah bahkan kekal buat
selama-lamanya. Tidak dapat digambarkan dengan aqal manusia sebagaimana titah
perintah Allah agar tidak memikirkan akan zat Sllah tetapi manusia digalakkan
menggunalkan aqal mereka untuk memikirkan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah
melalui ciptaanNya di mukabumi ini.
5.1 Agama menyembah roh
nenek moyang orang Cina.
Selain
daripada melawat tokong, orang-orang Cina juga menyembah dewa-dewi dan roh
nenek moyang di rumah masing-masing.
Di
rumah orang Cina, mungkin terdapat gambar Dewi Guanyin di altar ruang tamu, gambar
Dewa Bumi di bawah altar dan satu lagi altar untuk nenek moyang di sebelah
kanan altar utama. Selain Dewa Utama, terdapat juga patung berhala yang lebih
kecil daripada pelbagai tradisi di atas altar utama. Di dapur pula, terdapat satu
altar untuk Dewa Dapur. Dalam upacara penyembahan seharian, penganut akan mula
menyembah Tiangong dengan berdiri di serambi sambil menghala ke arah langit,
menaikkan colok bernyala yang dipegang untuk beberapa kali sambil
bersembahyang. Satu atau tiga batang colok yang dipegang penganut kemudiannya
diletakkan di hadapan plak yang bertanda Tianguan Cifu yang lazimnya terletak di
bahagian kiri hadapan rumah. Colok-colok itu disembahkan kepada Dewa Syurga dan
pegawai-pegawai syurga.
Ternyata
bahawa agama tradisional orang Cina Malaysia secara keseluruhannya adalah
sinkretik. Ia adalah satu sistem yang bersatu sekalipun tidak dikawal dengan
rapimaka merupakan hasil campuran pelbagai agama berkurun-kurun lamanya. Pada
asasnya, agama ini merangkumi kultus orang asli Cina dengan kepercayaan dan
amalan agama Buddha. Kultus orang Cina merangkumi kedua-dua kepercayaan dan
adat agama Taoisme dan kultus lain yang popular.
Sifat
agama Cina sinkretik dapat dilihat dalam manifestasi material dan sosialnya.
Misalnya, tokong Cina pada umumnya mencerminkan agama Taoisme, Buddha dan
tradisi agama Cina yang lain. Oleh sebab agama Buddha di Cina berasal dari
India, kebanyakan dewa dan ritual Buddhisme tetap berbeza dengan komponen agama
Cina yang lain. Patung-patung Buddha yang terdapat di tokong Cina langsung
bukan tokong agama Buddha. Kebanyakan tokong Cina menjadi tempat penyembahan
dewa yang boleh disusur kembali pelbagai tradisi yang kini telah digabungkan ke
dalam agama Cina.
Dalam
Taoisme, sumber-sumber ketuhanan adalah Tao. Pada dasarnya, Tao diertikan
sebagai jalan sebagaimana dijelaskan dalam Tao Te Ching dan buku-buku filsafat
Cina. Dewa-dewa diertikan sebagai pentadbir yang dapat berbuat sesuatu
kehendak.
Dalam
Taoisme, Tao adalah yang menjadikan sesuatu yang tiada menjadi ada. Engadaan
ini tidak terlrepas kaitannya antara Tao dengan Te. Te adalah sesuatu yang
menyebabkan segala sesuatu yang berupa seperti itu (keadaan). Tao dan Te saling
bertalian, keduanya tidak dapat terpisah. Tao ada sebelum adanya langit dan
bumi. Tao merupakan sumber segala sesuatu tetapi Tao bukan objek seperti
objek-objek lainnya. Segala-galanya berasal darinya tetapi dirinya tidak
diasalkan. Tao berpedoman pada spontan (Tzu Jan) . Semua yang terjadi di alam ini,
terjadi dengan sendirinya tanpa ada campurtangan dari manapun. Terjadi sesuai
dengan kudratnya.