Wednesday, July 30, 2014

SAYYIDINA ALI YANG BIJAKSANA




Kisah ini berlaku di sebuah kampung di Tanah Arab. Seorang lelaki tua sedang sakit tenat dan merasakan bahawa ajalnya sudah hampir. Beliau sempat meninggalkan wasiat kepada anak-anaknya.

Isi kandungan wasiat adalah seperti berikut:

”Aku memiliki 17 ekor unta dan 3 orang anak lelaki. Bahagikanlah unta-untaku ini agar anakku yang sulong mendapat separuh daripadanya. Anakku yang kedua mendapat 1/3 daripada jumlah unta dan anakku yang bongsu mendapat 1/9 daripada jumlah unta-untaku.”

Anak-anak lelaki yang bertiga itu merupakan anak-anak yang baik. Mereka tidak mempedulikan isi wasiat tersebut sebaliknya menumpukan kepada bapa mereka yang sedang nazak itu.

Selesai urusan jenazah bapa mereka, wasiat pun dibaca. Tercengang dan keliru dengan wasiat tersebut, fikiran mereka menjad buntu kerana tidak tahu hendak membahagikan 17 ekor unta mengikut pecahan sepertimana di dalam surat wasiat tersebut.

Seorang saudara mereka mencadangkan supaya mereka berjumpa dengan Sayyidina Ali bin Abi Talib yang merupakan satu-satunya lelaki berbangsa Arab yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

Setelah mengadap Ali dan menyatakan masalah pembahagian wasiat, Ali pun berkata:

“Aku akan pinjamkan salah seekor untaku supaya jumlahnya menjadi 18 (17 + 1). Sekarang marilah kita mulakan pembahagian mengikut wasiat ini.”

Anak sulong akan mendapat ½ daripada 18 ekor unta = 9 ekor unta.
Anak kedua akan mendapat 1/3 daripada 18 ekor unta = 6 ekor unta.
Anak bongsu akan mendapat 1/9 daripada 18 ekor unta = 2 ekor unta.

Oleh itu, jumlah semua unta adalah 17 = (9 + 6 = 2).

Selesai acara pembahagian, Ali berkata:

“Sekarang aku akan mengambil semula untaku yang dipinjamkan tadi.”

Demikianlah bijaknya Sayyidina Ali bin Abi Talib termasuk dalam bidang matematik.




No comments:

Post a Comment