Thursday, July 31, 2014

LAMBAIAN KAABAH





Menara yang menunjukkan sempadan atau miqat makani
Pasar di luar Masjid Nabawi
 Pintu Masjidil Haram
Perkuburan Baqi' yang menyimpan jasad sahabat Nabi s.a.w. dan pejuang Islam
Pemandangan indah Masjid Nabawi
Manusia sanggup bersusah payah untuk mengenang perjuangan Nabi s.a.w.
Pemandangan sungguh mempesona
Ibadah Saie mengingatkan kita kepada peristiwa Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail
Air zam zam tersedia untuk jemaah
Keindahan menggamit kerinduan beribadah
Insan tetap datang walau apa yang menghalang
Mimbar masjid Nabawi
Sama-sama menikmati kelebihan air zam zam
Keindahan pada waktu malam
Kaabah di kala hujan membasahi bumi
Berbentuk payung yang indah menawan
Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi
Jutaan manusia sentiasa membanjiri
Hajar Aswad
Matlamat setiap Muslim
Kaabah di masa lampau
Siang dan malam tetap beribadah
Model Kaabah menghimbau kerinduan
Bangunan di sekeliling dibina indah
Baitullah pada satu sudut pandangan yang indah

Wednesday, July 30, 2014

MAHALNYA SATU MINIT



Demi masa. Sesungguhnya semua manusia berada dalam kerugian.kecuali mereka yang beriman, beramal saleh, mereka yang saling menasihati dengan kebenaran dan mereka yang saling menasihati dengan kesabaran.

Apakah yang boleh kita lakukan dalam jangkamasa satu minit?

Antara perkara yang boleh kita lakukan dalam jangkamasa satu minit ialah seperti berikut:

  • Dalam satu minit, kita boleh membaca Surah al-Fatihah sebanyak 3 kali dengan membacanya di dalam hati dengan kadar yang cepat 
  • Dalam satu minit, kita boleh membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 20 kali dengan membacanya di dalam hati dengan kadar yang cepat.
  • Dalam satu minit, kita boleh membaca satu muka surat kitab al-Qur’an.
  • Dalam satu minit, kita boleh menghafaz satu ayat pendek daripada kitab al-Qur’an
  • Dalam satu minit, kita boleh membaca Subhanallahi wa bi hamdihi sebanyak 100 kali.
  • Dalam satu minit, kita boleh mengucapkan kalimah La haula wa la quwwata illa billah lebih daripada 40 kali.
  • Dalam satu minit, kita boleh mengucapkan kalimah La ilaha illallah lebihkurang 50 kali.
  • Dalam satu minit, kita boleh mengucapkan “Astaghfirullah” lebih daripada 100 kali.
  • Dalam satu minit, kita boleh berselawat ke atas Nabi s.a.w. sebanyak 50 kali.
  • Dalam satu minit, kita boleh menadah tangan berdoa secatra ringkas kepada Allah s.w.t.
  • Dalam satu minit, kita boleh mengalihkan benda yang merbahaya di atas jalanraya.

Demikianlah nilai satu minit yang sungguh bermakna di sisi Allah s.w.t. sekiranya kita sama-sama memanfaatkannya.


SAYYIDINA ALI YANG BIJAKSANA




Kisah ini berlaku di sebuah kampung di Tanah Arab. Seorang lelaki tua sedang sakit tenat dan merasakan bahawa ajalnya sudah hampir. Beliau sempat meninggalkan wasiat kepada anak-anaknya.

Isi kandungan wasiat adalah seperti berikut:

”Aku memiliki 17 ekor unta dan 3 orang anak lelaki. Bahagikanlah unta-untaku ini agar anakku yang sulong mendapat separuh daripadanya. Anakku yang kedua mendapat 1/3 daripada jumlah unta dan anakku yang bongsu mendapat 1/9 daripada jumlah unta-untaku.”

Anak-anak lelaki yang bertiga itu merupakan anak-anak yang baik. Mereka tidak mempedulikan isi wasiat tersebut sebaliknya menumpukan kepada bapa mereka yang sedang nazak itu.

Selesai urusan jenazah bapa mereka, wasiat pun dibaca. Tercengang dan keliru dengan wasiat tersebut, fikiran mereka menjad buntu kerana tidak tahu hendak membahagikan 17 ekor unta mengikut pecahan sepertimana di dalam surat wasiat tersebut.

Seorang saudara mereka mencadangkan supaya mereka berjumpa dengan Sayyidina Ali bin Abi Talib yang merupakan satu-satunya lelaki berbangsa Arab yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

Setelah mengadap Ali dan menyatakan masalah pembahagian wasiat, Ali pun berkata:

“Aku akan pinjamkan salah seekor untaku supaya jumlahnya menjadi 18 (17 + 1). Sekarang marilah kita mulakan pembahagian mengikut wasiat ini.”

Anak sulong akan mendapat ½ daripada 18 ekor unta = 9 ekor unta.
Anak kedua akan mendapat 1/3 daripada 18 ekor unta = 6 ekor unta.
Anak bongsu akan mendapat 1/9 daripada 18 ekor unta = 2 ekor unta.

Oleh itu, jumlah semua unta adalah 17 = (9 + 6 = 2).

Selesai acara pembahagian, Ali berkata:

“Sekarang aku akan mengambil semula untaku yang dipinjamkan tadi.”

Demikianlah bijaknya Sayyidina Ali bin Abi Talib termasuk dalam bidang matematik.




ISTIQAMAH VS KARAMAH




Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun tanpa jemu. Namun ketekunan ulama tersebut tidak pun dihargai oleh sebahagian besar anak muridnya.

Seorang anak muridnya berkata: “Dah lama kita belajar dengannya. Tidak ada sedikit pun terserlah perkara yang luarbiasa.”

Tambah anak murid yang lain pula: “Kalau kita bandingkan guru kita dengan guru-guru yang lain, guru kita ini biasa-biasa saja. Aku ada dengar yang guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Kita ni dah tersalah guru agaknya....”

Sungutan dan rungutan anak murid akhirnya sampai juga ke pengetahuan guru mereka.

Guru bertekad untuk memberi pengajaran kepada anak-anak muridnya itu.

Pada satu hari, guru mengajar dan dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di papan hitam. 

Namun yang peliknya, kapur tidak jatuh sebaliknya terus menulis perkataan demi perkataan yang hendak ditulis oleh ulama berkenaan.

Semua anak muridnya berdiri dan melopong kehairanan. Mereka tidak sangka bahawa guru yang mereka pandang rendah sebenarnya memiliki karamah yang tidak terduga.

Guru terus menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata: “Kamu kagum melihat kapur ini menulis buat beberapa ketika. Bagaimana dengan aku yang telah menul,is selama 40 tahun di papan hitam ini?”

Istiqamah lebih hebat daripada Karamah. Ramai orang yang diberikan Karamah akhirnya tersesat lantaran iman yang tidak istiqamah.

SUAMI YANG WARAK




Seorang wanita cantik yang ingin berkahwin telah meletakkan tiga syarat untuk mencari seorang suami yang warak.

Suami warak yang dimaksudkan oleh wanita cantik itu mesti mempunyai tiga syarat yang mampu dilaksanakan.

Pertama.
Dia mahu bakal suami yang mampu beribadat sepanjang malam.

Kedua.
Bakal suaminya mestilah sanggup berpuasa sepanjang tahun.

Ketiga.
Lelaki tersebut juga mestilah dapat Khatam Qur’an pada setiap hari.

Ramai lelaki yang ingin memperisterikan wanita cantik tersebut namun terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana tidak sanggup memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Muncullah seorang lelaki yang menyanggupi syarat-syarat tersebut. Imam pun menikahkan mereka berdua.

Setelah beberapa minggu, si isteri mendapati bahawa si suami tidak beribadat sepanjang malam, tidak berpuasa sepanjang tahun dan tidak menamatkan pembacaan al-Qur’an pada setiap hari.

Wanita tersebut berhasrat untuk menuntut cerai daripada suaminya.

Tiba hari perbicaraan, Tuan Hakim bertanya kepada si suami:

“Apakah syarat-syarat yang diletakkan untuk perkahwinan ini?”

Jawab si suami:
“Syaratnya ialah aku mesti bermunajat kepada Allah setiap malam, berpuasa sepanjang tahun dan khatam al-Qur’an pada setiap hari.”

“Adakah kamu melaksanakan syarat-syarat itu?” Tanya hakim.

“Ya.” Jawab suami dengan tenang.

Tuan hakim membalas:

“Kamu bohong! Isteri kamu menyatakan bahawa kamu tidak melaksanakan kesemua syarat yang ditetapkan. Sebab itu beliau mohon cerai.”

Hakim bertanya:
“Adakah kamu khatam al-Qur’an pada setiap hari?”

Jawab suami:
“Aku membaca Surah al-Ikhlas tiga kali sehari. Menurut Nabi Muhammad s.a.w. membaca Surah Ikhlas 3 kali menyamai dengan membaca seluruh isi al-Qur’an.”

Hakim tertarik lalu bertanya lagi:
”Bagaimana kamu berpuasa sepanjang tahun?”

Jawab suami:
“Aku berpuasa sepanjang bulan Ramadan dan meneruskan berpuasa selama enam hari di bulan Syawal. Ia seumpama berpuasa sepanjang tahun.”

Tuan hakim terdiam dengan jawapan suami lalu bertanyakan soalan terakhir:
“Bagaimana pula kamu bermunajat sepanjang malam sedangkan isteri kamu mengadu kamu tidur sepanjang malam?”

Dengan tenang suami menjawab:
“Aku solat Isyak berjemaah dan pada keesokan paginya, aku solat subuh berjemaah. Rasulullah s.a.w. mengajar, sesiapa yang melakukan solat Isyak dan solat Subuh secara berjemaah, dia seumpama berjaga sepanjang malam untuk bermunajat kepada Allah.”

Hakim pun berkata kepada isteri:
“Kamu sungguh bertuah kerana bukan sahaja mendapat seorang suami yang warak tetapi juga yang mendalam ilmu agamanya. Pulanglah dan hidup dengan bahagia sepanjang hayat kamu.”