Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.
Sidek
berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku
melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.
“Ada
sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi
kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini
asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam
pakatan rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.
Sidek meninggalkan Anwar selepas lebih
30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat
atas tiga sebab – masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama
serta kredibiliti Anwar.
Beliau
berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan
untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan
bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan
Belia Islam Malaysia (Abim).
“Tun
(Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat
untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).
“Bila
saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16
hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya
terima,” katanya.
Sidek
berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan
menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat
solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.
“Ada
orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan
kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya
akan bertanggungjawab depan Allah nanti.
“Saya
tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa
kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya
bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia.
Berlaku adillah pada saya,” katanya.
Sidek
juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil
tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.
Beliau
melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan
pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas
penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan
daripadanya.
Kepada
pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek
mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.
Ditanya
kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: “Untuk apa?
Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?” Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu
meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai
selepas bersama dalam pakatan pembangkang.
Sambil
memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan
jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan
perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam
menguruskan kejayaan perubahan itu.
No comments:
Post a Comment