Saturday, March 9, 2013

APA SUDAH JADI..



Isu pencerobohan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah, adalah satu isu besar yang bukan sahaja menyebabkan kematian di kalangan lanun-lanun Sulu penceroboh itu, bahkan kepada dalangnya sama ada di Malaysia mahupun di Filipina. Beberapa usaha untuk mengalihkan isu tersebut, sebelum ini dilihat gagal sama sekali. Bahkan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari, si kepala lanun Sulu pula telah melakukan pelbagai kesilapan yang mendedahkan sebab sebenar pencerobohan tersebut termasuklah memanggil tentera-tentera Amerika Syarikat untuk menduduki Sabah. 

Menariknya, tindakan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari tersebut hampir menyamai sejarah lebih 100 tahun silam apabila Sultan Sulu terakhir dari jurai Kiram, menjemput tentera Amerika Syarikat dan membunuh lebih 4000 rakyat Sulu semata-mata untuk memenuhi nafsunya sendiri.

Secara jelas, terang dan nyata, Anwar Ibrahim sudah terlalu tersepit. Dia gagal menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya berhubung kaitannya dengan lanun-lanun Sulu itu sehinggakan dia sanggup menyatakan secara terang-terangan 'YOU ULANG, I SAMAN YOU' apabila ditanya tentang perkara tersebut. Anwar cuba menutup mulut semua orang dengan ancaman saman. 

Dan semua orang tahu, saman Anwar pastinya melibatkan RM100 juta atau lebih!

Namun, Anwar tidak boleh menutup mata, telinga, hati dan akal keseluruhan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia semakin dapat melihat tembelang dan temberang sebenar Anwar Ibrahim. Kemasukan seorang lagi pegawai tinggi tentera ke dalam PKR yang kemudian diusung ke sana sini oleh Anwar Ibrahim untuk berceramah, juga gagal memberikan impak yang diharapkan. Bahkan kehadiran orang ramai yang mahu mendengar temberang dan putar belitnya, amat mengecewakan Anwar sehinggakan pada satu peringkat, Anwar Ibrahim mulai mengeluh memandangkan PELABURAN BESARnya tidak memberikan hasil yang diharapkan. 
Anwar cuba lagi mengalihkan isu berkenaan dengan kekecohan yang berlaku di Bukit Katil apabila dia menuduh UMNO menghantar samseng untuk membaling batu dan cuba membunuhnya. Anwar cuba mendapatkan simpati daripada rakyat Malaysia. 

Tetapi sekali lagi, cubaannya itu gagal. Kalaupun benar sepertimana tuduhannya bahawa dia telah diserang, pastinya disebabkan oleh kemarahan yang meluap-luap penduduk Bukit Katil terhadapnya apabila mereka mulai sedar bahawa yang datang bertandang ke kampung mereka untuk berceramah, menghasut dan menfitnah itu adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa-apa sahaja, hatta membunuh rakyat Malaysia semuanya semata-mata untuk dia bergelar Perdana Menteri Malaysia. 

Gagal dengan Tian Chua, bekas pegawai tentera, dan menarik simpati di Bukit Katil, Melaka, Anwar mencuba pula dengan 'peluru' yang diharapkan dapat memberikan impak besar iaitu BAPA SAIFUL BUKHARI. Azlan Mohd Lazim dalam sidang media tertutup pagi tadi, meminta maaf kepada Anwar Ibrahim dan menyatakan bahawa kes liwat anaknya itu merupakan konspirasi tertinggi UMNO dan Barisan Nasional untuk memalukan Anwar Ibrahim. 
Sebaik-baik sahaja sidang media tersebut selesai, menderu-derulah para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim memenuhi laman Facebook dan TWITTER untuk menyebarkan berita tersebut. Namun sesuatu yang menarik ialah apabila Saiful Bukhari Azlan pula dalam satu kenyataan yang berasingan menyatakan 'BAPANYA TELAH DIPERGUNAKAN'. 
Sekaligus reaksi yang diberikan oleh Saiful Bukhari yang merupakan mangsa liwat Anwar Ibrahim, menjelaskan mengapa sidang media yang begitu penting itu tidak disertainya, sebaliknya hanya dibuat oleh bapanya yang tidak pernah rapat dengannya, hilang selama tiga minggu selepas membuat tuntutan kewangan dan mempunyai hubungan renggang dengan anak-anaknya. Dan lebih mencurigakan lagi ialah apabila sidang media berkenaan telah diatur oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, orang yang cuba menyamar sebagai P.Ramlee bagi membuktikan bahawa lelaki dalam klip video lucah membabitkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur China, adalah seorang pelakon semata-mata. 

Usaha Johari Abdul tidak sahaja gagal, bahkan dia ditempelak dan dimalukan dengan teruk sehingga dia perlu menutup mulut.

Dengan tempoh yang semakin mendekati tarikh PRU13, segala teori tentang penggunaan dana besar-besaran oleh Anwar Ibrahim bagi membeli alibi, semakin menjadi kenyataan. Perbelanjaan besar-besaran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, termasuklah membeli bapa Saiful Bukhari, dilihat sebagai tindakan terdesak setelah dia gagal menjawab berhubung kaitannya dengan lanun-lanun Sulu. 

No comments:

Post a Comment