Sunday, January 29, 2012
NILAI UTAMA GURU
Tujuh nilai utama yang menjadi fokus dalam Etika Kerja seseorang guru adalah seperti berikut:
Pertama: Amanah
Melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa serta kedudukan. Antara amalan bersifat amanah:
1. Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa cuai dan menyeleweng.
2. Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
3. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi
4. Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya
5. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa
Kedua: Benar
Benar pada niat dan perbuatan contohnya:
1. Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan
2. Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji
3. Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan
4. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama
Ketiga: Bijaksana
Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa dan keadaan. Contohnya:
1. Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah
2. Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti
3. Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi
4. Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan professionalisme
Keempat: Bersyukur
Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima. Antaranya:
1. Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak
2. Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah
3. Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak boleh putus asa
4. Berpuashati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan
Kelima: Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti contohnya:
1. Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan sertra bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah
2. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan
3. Tekun dan rajin dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti
4. Menjalankan tugas dengan dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut
5. Cergas dan pantas bekerja dan hasilan menepati kehendak organisasi
Keenam: Ikhlas
Berhati suci dalam melaksanakan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Antaranya:
1. Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab
2. Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain
3. Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih
4. Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka
5. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan
Ketujuh: Penyayang
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat seperti:
1. Bersikap pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri
2. Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk
3. Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas
4. Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan
5. Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas harian
Marilah kita bertekad untuk mempertingkatkan kualiti peribadi dan profession.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment