Saturday, January 28, 2012
ETIKA GURU MALAYSIA
Semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia.
Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profession.
Maksud etika kerja ialah panduan tingkahlaku yang menjadi pegangan setiap warga guru berlandaskan akhlak yang mulia.
Guru mesti mempunyai etika kerja bagi mencapai objektif:
1. Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja.
2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi
3. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.
Prinsip etika kerja seperti berikut perlu dilaksana serta dihayati bersungguh-sungguh oleh para guru:
Pertama: Niat yang betul
Sesungguhnya semua pekerjaan bergantung kepada niat yang betul. Bagi menanamkan niat yang betul, guru dikehendakki:
1. Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara, misi, matlamat dan objektif KPM
2. Ikhlas menjalankan tugas dengan sempurna
3. Berusaha untuk memberikan sumbangan yang bermutu
4. Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan
Kedua: Perlakuan yang baik
1. Warga pendidik bertanggungjawab untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Untuk itu, semua guru mesti:
2. Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa
3. Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan
4. Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi
Ketiga: Penggerak ke arah kebaikan
Bagi menjadi penggerak ke arah kebaikan, guru hendaklah:
1. Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan
2. Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat
3. Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
Keempat: Memperkotakan apa apa yang dikatakan
Bagi mencapai etika tersebut, guru hendaklah:
1. Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan samada terhadap diri sendiri atau orang lain
2. Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan
3. Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan
Kelima: Berdisiplin dan beradab
1. Sentiasa menjaga adab sopan seperti dalam ajaran agama
2. Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan
3. Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment