Monday, August 31, 2009

NIKMAT MERDEKA

Negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan bagi kali ke 52. Selalu disebutkan bahawa anak muda yang lahir selepas merdeka tidak tahu jerih payah pejuang terdahulu. Golongan ini dikatakan tidak tahu dari mana datangnya segala kenikmatan dan kemakmuran negara yang dikecapi sekarang. Apa yang ada pada hari ini adalah berlaku secara kebetulan maksudnya siapa sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan akan melakukan sedemikian. Tidak ada yang luarbiasa. Kalau bukan UMNO yang mendominasi perjuangan menuntut kemerdekaan, katakan golongan berhaluan kiri, kita akan tetap menjadi seperti apa yang ada pada hari ini. Jadi, apa yang nak dihebohkan sangat? Kalau sekadar melakukan pembangunan, membina bangunan yang tersergam gagah dan tinggi mengawan, negara lain lebih hebat lagi. Bangunan mereka lebih menggamit kunjungan warga pelancong dunia.

Sememangnya sudah menjadi bahan pengajaran sejarah bahawa wujud parti-parti yang juga berhajat untuk memerdekakan negara. Ada parti yang menyokong perjuangan Sukarno. Sukarno mahu merdeka dan mewujudkan satu gagasan besar iaitu Indonesia Raya. Ada pemimpin parti di Tanah Melayu ketika itu yang mahu masuk ke dalam gagasan besar tersebut. Allah s.w.t. telah mentakdirkan Persekutuan Tanah Melayu merdeka tanpa bergabung dalam Gagasan besar Indonesia Raya. Adakah keputusan pemimpin UMNO itu salah? Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya bergabung dengan Sabah dan Sarawak membentuk negara baru yang merdeka serta berdaulat dengan nama Malaysia. Bung Karno amat marah lantas melancarkan kempen 'Ganyang Malaysia'. Melihatkan kepada keadaan semasa, apakah kita bersyukur dengan keputusan Tunku Abd Rahman dan pemimpin-pemimpin lain menolak ajakan Bung Karno? Kalau kita merdeka di bawah Indonesia Raya, agaknya di mana kita sekarang? Keadaan sudah tentu tidak sama. Kita tidak akan ada Perdana Menteri yang kini sudah ada enam orang yang setiap zaman mereka pelbagai rancangan diatur dan disusun terutama bagi mempastikan nasib orang Melayu masih dalam keadaan selamat setakat ini. Kita akan menunggu peruntukan yang lama kerana kita termasuk dalam rakyat yang bilangannya melebihi 226 juta penduduk. Berapa pendapatan per kapita? Mampukan kerajaan yang ramai dan padat penduduknya mampu menyediakan kemudahan pelajaran hingga mewujudkan undang-undang yang boleh mendenda ibubapa yang tidak menghantar anak ke sekolah? Anak-anak yang masih dalam usia wajib persekolahan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat peluang pendemokrasian pendidikan. Kepulauan Riau yang satu ketika dahulu begitu hebat hari ini adakalanya menjadi bahan jenaka di kalangan sesetengah orang. Contohnya kalau ada orang ingin ke Tanjung Balai misalnya, maka akan ditanya mau cari apa di sana yaaa...? Bersyukur kita kerana tidak merdeka dalam gagasan Indonesia Raya. Betapa bijaksana pemimpin kita dahulu. Bukankah tu merupakan rahmat Allah s.w.t. kepada umat Melayu di sini? Bersyukurlah atas nikmat tersebut.

Rakyat Indonesia boleh melakukan demonstrasi pada bila-bila masa. Mereka boleh berbuat begitu mungkin kerana enggak ada kerja. Mungkin mereka yang di sini juga enggak ada kerja.


1 comment: