Wednesday, July 22, 2009

FITNAH MODEN

Fitnah bermaksud tuduhan yang tidak berasas. Zaman Rasulullah s.a.w. juga terdapat fitnah. Rasulullah sendiri menjadi mangsa fitnah. Baginda difitnahkan sebagai orang gila, mengalami atau menderita sakit epilepsy (gila babi) dan sebagainya. Seorang yang terkenal dari zaman kanak-kanak lagi tidak pernah bohong, sangat amanah, menjadi tempat rujukan sewaktu masyarakat Arab dari kalangan pemimpin, bukan rakyat biasa..tidak dapat menyelesaikan masalah Batu Hitam (Hajarul Aswad) juga menjadi mangsa fitnah. Rupanya fitnah tidak mengenal darjat, keturunan, apalagi kewibawaan. Orang tidak teragak-agak melempar fitnah. Jangan fikir fitnah itu logik atau tidak. Muhammad dalam zaman Arab jahiliah sekalipun tidak masuk akal baginda membuat sesuatu yang tidak betul. Peduli apa. Pasti ada yang menyokong fitnah tersebut kerana nak melepaskan diri, membalas dendam atau sekadar menyatakan kebencian.

Fitnah moden lebih mudah tersibar. Tidak payah menyingsing kain dan duduk di waqaf (tempat melepak bercampur dengan bergossip). Fitnah hari ini boleh diakses di mana-mana sekadar di hujung jari sahaja. Taipkan sahaja nama orang terkenal, dengan kuasa hebat jalurlebar, semuanya ada. Untuk apa diceritakan semua itu? Tanyalah orang yang menyebarnya. Apa motifnya. Nak dijadikan pengajaran? Tak payah tulis nama sebenar. Ada la tu.

Malangnya cerita-cerita sebeginilah yang sedap. Tak sedar jam sudah pukul 3 pagi tapi banyak lagi deretan gossip yang masih belum dibaca. Kalau berzikir hingga jam 3 pagi berapakah agaknya mahligai atau tanaman yang telah kita tempah di syurga nanti. MASYA ALLAH!

No comments:

Post a Comment