Thursday, July 30, 2009

SALAM PANTAI TIMUR

Rakyat Kelantan memang unik. Antara keunikan rakyat Kelantan ialah pengundi negeri berkenaan akan tetap mengundi PAS. Sewaktu UMNO dan BN menang besar dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004, PAS tetap diberi mandat untuk membentuk kerajaan. Apatah lagi pada tahun 2008, PAS semakin gagah melangkah atau gagah bersuara. Undi yang diperolehi oleh PAS menyebabkan parti tersebut boleh menghentam UMNO dan BN sebagai terkeluar daripada perjuangan Islam sebenar. Kuasa undi rakyat membolehkan mereka mengatakan UMNO sudah hilang roh perjuangan Melayu dan Islam. Sokongan rakyat negeri-negeri selain Kelantan menyebabkan mereka rasa tidak perlu bekerjasama dengan UMNO. Kata mereka UMNO ingin bekerjasama kerana UMNO sudak tidak relevan, tidak dapat meraih sokongan kaum Cina dan India,UMNO sudah tidak dipercayai oleh orang Melayu sendiri.

Saya pernah bertanya kepada seorang penceramah terkenal mengenai Nik Aziz. Beliau menjawab Nik Aziz sebenarnya ulamak but he is not a good politician. Beliau lebih suka kalau Nik Aziz menjadi tok guru agama sebenar dan bersara sahaja dari politik. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan? Memang betul. Islam tidak pernah menyuruh umatnya memaki hamun dan menyebut pergi jahanam...kalau loghat orang Kelantan...pegi jahane...

Semoga pintu perundingan masih terbuka untuk kepentingan ummah...

Sunday, July 26, 2009

BANGSAKU MELAYU

Rasanya semua rakyat Malaysia berbangsa Melayu patut membaca tulisan mantan PM Tun Dr Mahathir dalam blog beliau kaki dalam kasut dan juga tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sahabat lama saya di UKM dahulu. Saya ulangi patut membaca kerana ianya sudah tertulis dan tersiar dalam blog. Tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee juga telah tersiar dalam akhbar utama negara Utusan Malaysia. Apakah kata-kata saya 'patut membaca' (belum membuat apa-apa komen atau ulasan) sudah boleh dianggap rasis. Mungkin malah dibolehkan oleh orang-orang tertentu membaca toeri komunisme, Marxis atau Leninis atas alasan mental atau academic exercise dan untuk mempelajari cara berfikir kononnya pemikir dunia yang akhirnya boleh membentuk negara dan mengeksport ideologi ke seluruh dunia bagi menentang sesuatu golongan atau kelas dalam masyarakat. Oleh kerana tidak ada salahnya membaca maka bolehlah kita membahaskan apa yang dibaca.

Orang Melayu sudah terlalu lama dan banyak berkorban. Orang Melayu berkorban untuk apa dan siapa? Adakah orang Melayu berkorban kerana mereka sedar mereka tidak mampu memerintah negara sewaktu menjelang kemerdekaan? Adakah orang Melayu berkorban kerana mereka menyedari mereka lemah? Orang Melayu berkorban kerana inginkan kemerdekaan. Orang Cina tidak kisah kalau Tanah Melayu merdeka atau tidak kerana mereka sudah hidup mewah jauh jika dibandingkan dengan hidup nenek moyang mereka di Tanah Besar Cina suatu ketika. Negara Cina pernah menjadi kuasa besar yang disebut 'Middle Kingdom' termasuk pada zaman pemerintahan Dinasti Ming yang membela kedaulatan Melaka dari gangguan Siam. Mereka sanggup berhijrah untuk mencari penghidupan baharu di dunia yang baharu. Kalau sudah senang lenang di kampung halaman sendiri kenapa sanggup berhijrah? Sanggup meninggalkan kekasih agaknya di Tanah Besar Cina untuk mencari gunung emas di tempat orang.

Dan jangan kaum Cina lupakan. Bukan semua orang Melayu setuju saat menjelang kemerdekaan untuk berkongsi negara dengan kaum pendatang. Sekali lagi saya sebutkan 'kaum pendatang' yang hari ini disebut warganegara. Namun Allah menentukan parti yang yang bersetuju dengan perkongsian kuasa dan negara telah mendominasi perjuangan dan akhirnya kita merdeka dengan cara begitu. Kalau ada orang Cina mengatakan kami tidak bersetuju, itu persetujuan MCA, orang Melayu pun tidak semua setuju namun tetap menghormati keputusan majoriti kaum yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC. Kalau orang Melayu boleh terima walaupun hati bak disayat sembilu, kenapa hari ini kaum pendatang persoalkan keputusan yang telah dibuat semasa kita belum lahir lagi ke dunia ini?

Ulasan mengenai tuntutan kaum Cina dan India yang mengguris hati orang Melyu telah banyak diperkatakan. Apa yang ingin saya tuliskan di sini ialah kaum bukan Melayu telah banyak mencabar kesabaran orang Melayu. Ingatan, teguran malah nasihat serta ajakan lembut pun yang dibuat oleh orang Melayu tidak dihiraukan. Bahkan sebarang kesempatan yang boleh digunakan oleh mereka akan tetap dilaksanakan tanpa mengira apapun yang mendatang seperti insiden pemberian kepada orang Cina walau bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan di Perak. Rupanya peribahasa Melayu "Dengar cakap enggang, terjun masuk lubuk" diamalkan oleh mereka dan Melayu tetap dengan "Dagang Melayu ditanakkan, anak sendiri mati tak makan."

Persoalannya kini apa lagi yang wajar kita lakukan setelah nasihat, teguran, ingatan malah gagasan 1 Malaysia masih tidak dapat memberi sebarang makna.

ANTAN BERLAGA AYAM JUGA YANG KENYANG

Saya amat menyanjungi Tun Dr Mahathir dan syabas atas keberanian sahabat lama saya di UKM saudara Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Apa agaknya kata sahabat lama saya juga Hj Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat. Saya belum ucapkan tahniah atas perlantikan Idris sebagai Ketua Penerangan. Wassalam.

Wednesday, July 22, 2009

FITNAH MODEN

Fitnah bermaksud tuduhan yang tidak berasas. Zaman Rasulullah s.a.w. juga terdapat fitnah. Rasulullah sendiri menjadi mangsa fitnah. Baginda difitnahkan sebagai orang gila, mengalami atau menderita sakit epilepsy (gila babi) dan sebagainya. Seorang yang terkenal dari zaman kanak-kanak lagi tidak pernah bohong, sangat amanah, menjadi tempat rujukan sewaktu masyarakat Arab dari kalangan pemimpin, bukan rakyat biasa..tidak dapat menyelesaikan masalah Batu Hitam (Hajarul Aswad) juga menjadi mangsa fitnah. Rupanya fitnah tidak mengenal darjat, keturunan, apalagi kewibawaan. Orang tidak teragak-agak melempar fitnah. Jangan fikir fitnah itu logik atau tidak. Muhammad dalam zaman Arab jahiliah sekalipun tidak masuk akal baginda membuat sesuatu yang tidak betul. Peduli apa. Pasti ada yang menyokong fitnah tersebut kerana nak melepaskan diri, membalas dendam atau sekadar menyatakan kebencian.

Fitnah moden lebih mudah tersibar. Tidak payah menyingsing kain dan duduk di waqaf (tempat melepak bercampur dengan bergossip). Fitnah hari ini boleh diakses di mana-mana sekadar di hujung jari sahaja. Taipkan sahaja nama orang terkenal, dengan kuasa hebat jalurlebar, semuanya ada. Untuk apa diceritakan semua itu? Tanyalah orang yang menyebarnya. Apa motifnya. Nak dijadikan pengajaran? Tak payah tulis nama sebenar. Ada la tu.

Malangnya cerita-cerita sebeginilah yang sedap. Tak sedar jam sudah pukul 3 pagi tapi banyak lagi deretan gossip yang masih belum dibaca. Kalau berzikir hingga jam 3 pagi berapakah agaknya mahligai atau tanaman yang telah kita tempah di syurga nanti. MASYA ALLAH!

Sunday, July 19, 2009

APA DAH JADI

Menjawab segala teka-teki akhirnya mantan Menteri Kesihatan yang pernah membantu negara menangani isu JE masuk PKR. Maka tersenyumlah DSAI. Apa yang disenyumkan? Apa yang dketawakan? Apa yang dgembirakan? Ketawakan perpecahan rakyat Malaysia? Puashati kerana dapat mempermainkan 1 Malaysia? Gembira kerana teks talqin untuk UMNO dan BN yang dikarang khusus menunggu masa untuk diprint? Mungkin Saudara Mohd Sabu dapat membantu dengan gaya bahasa boria beliau yang memukau pendengar selepas sajak Altantuya dengan rohnya yang saudara katakan melayang-layang...boleh buat skrip untuk Kliwon...

Mahukah kita melihat negara dijajah serta diperlakukan semahu-mahunya oleh penjajah? Mahukah kita kehilangan negara? Selepas Melaka jatuh ke tangan penjajah pada tahun 1511, tidak ada tinggalan orang Melayu termasuk maqam dan masjid. Masjid yang pertama selepas kejatuhan Melaka hanya dibina pada tahun 1720M itupun dibina oleh orang Cina yang datang ke Tanah Melayu. Di mana mahu kita tegakkan syariat tanpa negara? Setelah umat Islam ada negara, Rasulullah s.a.w. mengutus surat kepada raja-raja besar menggunakan cop mohor cincin baginda menandakan umat Islam suah ada negara maka boleh menghantar surat....