Monday, August 8, 2016

DOA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS


Allahumma Ya Allah,

Engkau lah yang memiliki kuasa pemerintahan,
Dan Engkau lah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendakki,
Kami bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah,
Atas limpah kurnia Mu,
Kami dapat berhimpun pada malam ini,
Bagi menjayakan Majlis Makan Malam Amal
Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas
50 tahun penubuhan SMPN yang penuh bersejarah
Dengan suka duka perjuangan
Melalui liku-liku kepayahan
Mendaulatkan agenda pendidikan
Menjuarai kesabaran,
Meniti semangat perpaduan
Menepis segala tohmahan
Agar lahir pelajar berwawasan

Ya Allah Ya Mudabbiral Kaun wa Ya muhawwilal Ahwal
Kami menadah tangan memanjat doa
Memohon restu Mu
Agar segala khidmat bakti guru-guru kami yang telah lalu
Engkau berikan ganjaran berkekalan
Jasa mereka tetap dalam ingatan
Menabur bakti tanpa mengharapkan balasan.
Mendidik anak bangsa dengan pelbagai pesanan
Kepada yang telah menemui Tuhan
Moga roh mereka diangkat di sisi al-Rahman.

Kepada guru-guru yang masih berbakti
Kami mohon kepada Mu Ya Ilahi
Agar pertuturan kami,
Pertuturan yang disenangi,
Pendengaran kami,
Pendengaran yang digemari,
Penglihatan kami,
Penglihatan yang diberkati,
Amalan kami,
Amalan yang dirahmati,
Pengorbanan kami,
Pengorbanan yang disyukuri.

Jadikan kami para pendukung dan ibubapa sekolah amanah
Yang jika ada kami disayangi
Jika kami tiada kami dicari
Jika kami berkata kami didengari
Jika kami berbuat kebajikan kami diteladani
Jika kami berbuat kebaikan kami diganjari
Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni
Jika kami pergi kami dirindui
Jika kami hidup kami berbakti

Dan jika kami mati kami dirahmati dan dikenangsemua 

No comments:

Post a Comment