Tuesday, August 23, 2016

DOA SAMBUTAN KEMERDEKAAN


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan limpah rahmat dan kurnia Mu,
Kami mohon agar dijadikan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ini
Dipenuhi keberkatan dan keredaan Mu.

Ya Allah Ya Razzaq,

Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Mu
Atas nikmat kemerdekaan yang Engkau anugerahkan kepada kami,
Kurniakanlah kami semangat untuk terus mengisi kemerdekaan ini dengan perkara yang Engkau redai.

Lindungilah kami dari segala kesulitan dan keaiban serta lindunghilah kami dari segala kemaksiatan.

Ya Allah Ya Qawiyyu,

Suburkanlah dalam sanubari kami,
Rasa cinta dan sayang kepada bumi Malaysia,
Tanah bertuah dan berdaulat serta tempat tumpahnya darah kami.

Jadikanlah kami dalam kalangan umat yang tidak akan lupa kepada akar bangsa,
Umat yang mendahulukan agama, kepentingan tanahair dan negara Malaysia yang tercinta melebihi kepentingan sendiri.  Jadikanlah rasa cinta kepada negara ini sebagai pahala yang akan memberatkan timbangan amal kami pada hari akhirat nanti.

Ya Allah Ya Jabbar,

Kami mohon kepada Mu,
Engkau membimbing kami menjadi rakyat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Selamatkanlah dan lindungilah kami daripada segala fitnah perpecahan dan perbalahan, wabak penyakit dan apa jua yang menggugat keselamatan negeri dan negara kami.

Dengan inayah Mu,
Kami pohonkan kerahmatan dan kesejahteraan untuk semua pemimpin di segenap peringkat serta cucurilah rahmat dan keampunan ke atas roh mereka yang telah meninggal dunia. Tempatkanlah mereka bersama hamba-hamba Mu yang saleh dan penuh kemuliaan.









Tuesday, August 9, 2016

EMPAYAR BRITISH

Empayar British merupakan antara empayar  terbesar dalam sejarah dunia. Kesan  penjajahan British banyak mempengaruhi apa yang kita lihat pada hari ini. Wilayah penguasaan empayar tersebut meliputi hampir satu perempat dunia serta mengawal lebih daripada 400 juta manusia melebihi satu perempat daripada penduduk dunia keseluruhannya.

Selepas berakhirnya Perang Dunia ke 2, wilayah-wilayah utama milik British telah mencapai kemerdekaan. Ramai yang beranggapan bahawa penjajahan British hanya berakhir apabila Hong Kong dikembalikan kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997.

Dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti perdagangan, wang serta pengembaraan, penjajah British bermula dengan kumpulan Elizabethans melakukan penjajahan Amerika Utara. Pemerdagangan hamba menjadi asas kepada Empayar British di negara-negara Hindia Barat membuktikan bahawa kemakmuran yang dibawa ke Britain adalah atas kesengsaraan manusia lain. Namun, penjajahan di Amerika Utara berakhir apabila penduduk di sana enggan membayar cukai dan akhirnya mendapatkan kembali kemerdekaan mereka. Kehilangan 13 koloni pada tahun 1783 telah menjatuhkan keegoan empayar mereka.


Empayar British kemudiannya telah mengalihkan fokus mereka daripada wilayah-wilayah sekitar Amerika Utara kepada wilayah-wilayah di Pasifik, Asia dan Afrika. Kemenangan British mengalahkan penguasaan Napoleon Bonaparte dari Perancis pada tahun 1815 memberi peluang kepada Britain untuk menguasai wilayah-wilayah yang lebih besar di India dan Afrika lantaran tidak wujud lagi saingan kuasa besar pada ketika itu. Ini memberi peluang kepada Britain menjadi polis dunia serta memperkenalkan Pax Britannica kepada seluruh dunia.



Monday, August 8, 2016

DOA RECITAL


We humbly seek mercy from you the almighty Allah
for all good things, good life and a prosperous life.
Please bless us with your merciful blessing
We are gathered here today for this function to run smoothly.

We pray to you Allah
Everything goes well with your blessing
Almighty Allah make us
Strong, bold, brave
Bond our brotherhood to succeed in this programme.

Sow the seed of patience
Responsibility and dedication
In the students soul to succeed in todays’s task easily.

Dear almighty Allah please always be with us and protect us
To you we seek good and noble values
Please protect us from all evil and destructions.

To you we surrender
Strengthen our unity and solidarity, understanding and tolerance
To serve the nation in future.

Thank you Allah.




DOA LAWATAN SEKOLAH AMANAH


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah tangan merafakkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah
atas segala limpahan nikmat dan rahmat serta
segala limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan
pada hari yang berbahagia ini kami dapat berhimpun
bersempena Majlis Lawatan Kerja
Sebagai majlis yang mendapat taufiq dan hidayahMu
Keberkatan dan kerahmatan
Pertolongan dan bantuan serta berjalan dengan lancer, teratur, berjaya lagi sempurna.

Ya Allah Ya Zalfadhli wal ihsan

Kami berdoa memohon ke hadrat Mu
Satukan dan perteguhkan hati kami di bawah keredaan Mu
Lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang dan bermuafakat,
Tanamkanlah dalam jiwa kami para pelajar dan guru,
Sifat sabar dan tekun dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kami
Serta dipermudahkan segala urusan harian kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Hiasilah sanubari kami dengan sifat-sifat mahmudah yang mulia lagi terpuji,
Jauhilah kami dari sifat-sifat mazmumah yang hina lagi dikeji,
Kukuhkan perpaduan antara kami,
Kekalkan sifat saling mengerti,
Terimalah segala khidmat bakti,
Sebagai pemberat amalan kemudian hari








DOA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS


Allahumma Ya Allah,

Engkau lah yang memiliki kuasa pemerintahan,
Dan Engkau lah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendakki,
Kami bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah,
Atas limpah kurnia Mu,
Kami dapat berhimpun pada malam ini,
Bagi menjayakan Majlis Makan Malam Amal
Bersempena dengan Sambutan Jubli Emas
50 tahun penubuhan SMPN yang penuh bersejarah
Dengan suka duka perjuangan
Melalui liku-liku kepayahan
Mendaulatkan agenda pendidikan
Menjuarai kesabaran,
Meniti semangat perpaduan
Menepis segala tohmahan
Agar lahir pelajar berwawasan

Ya Allah Ya Mudabbiral Kaun wa Ya muhawwilal Ahwal
Kami menadah tangan memanjat doa
Memohon restu Mu
Agar segala khidmat bakti guru-guru kami yang telah lalu
Engkau berikan ganjaran berkekalan
Jasa mereka tetap dalam ingatan
Menabur bakti tanpa mengharapkan balasan.
Mendidik anak bangsa dengan pelbagai pesanan
Kepada yang telah menemui Tuhan
Moga roh mereka diangkat di sisi al-Rahman.

Kepada guru-guru yang masih berbakti
Kami mohon kepada Mu Ya Ilahi
Agar pertuturan kami,
Pertuturan yang disenangi,
Pendengaran kami,
Pendengaran yang digemari,
Penglihatan kami,
Penglihatan yang diberkati,
Amalan kami,
Amalan yang dirahmati,
Pengorbanan kami,
Pengorbanan yang disyukuri.

Jadikan kami para pendukung dan ibubapa sekolah amanah
Yang jika ada kami disayangi
Jika kami tiada kami dicari
Jika kami berkata kami didengari
Jika kami berbuat kebajikan kami diteladani
Jika kami berbuat kebaikan kami diganjari
Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni
Jika kami pergi kami dirindui
Jika kami hidup kami berbakti

Dan jika kami mati kami dirahmati dan dikenangsemua