Wednesday, December 23, 2015
Sunday, April 19, 2015
DOA PERASMIAN SEMINAR PERSURATAN MELAYU 2014
Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim,
Engkau
Maha Mengetahui, Kami berhimpun pada malam ini, bagi menyatakan rasa syukur
kami pada Mu, atas limpah kurnia Mu mengizinkan kami melaksanakan Seminar
Persuratan Melayu Johor bagi tahun 2014 dengan jaya. Tiada makna usaha kami
tanpa restu Mu.
Ya Allah Ya Aziz
Ya Jabbar,
Jadikanlah
sepanjang hari berlangsungnya Seminar Persuratan Melayu ini, permulaannya
rahmah, pertengahannya barakah, pengakhirannya maghfirah. Lantaran di bumi
bertuah Johor yang indah, terakam dalam memori sejarah, pejuang bahasa,
penggiat sastera, pencinta budaya, semakin resah, anak muda semakin tidak
endah, persuratan Melayu disangka peninggalan penjajah, di zaman ICT yang
menggugah, iman bisa semakin goyah..
Sedangkan
dulunya dengan bahasa Melayu Islam tersebar, ulama Nusantara memang tersohor,
Tun Jana Khatib berbahasa Melayu, Habib Noh wali Melayu.
Ya Allah Rabbiul
Izzati
Kami
mohon ke hadrat Mu Ilahi,
Engkau
jadikan seminar ini
Sebagai
wadah untuk kami bersatupadu,
Bekerjasama
dan bantu membantu,
Membangun
Negara dalam menghadapi alaf baru
Agar
Bahasa
Melayu dapat diangkat,
Persuratan
Melayu dimartabat,
Penulis
dan masyarakat semakin rapat,
Pejuang
terdahulu senantiasa diingat,
Rasa
cinta kepada bahasa kian erat
Di
bawah payung raja Melayu berdaulat
Ya
Allah Ya Hannan Ya Mannan,
Lorongkan
keimanan
Mantapkan
kecekalan
Permudahkan
urusan
Capaikan
wawasan
Pancarkan
kesungguhan
Demi
kami bekerja untuk watan
Penutur
Bahasa Melayu mendapat perlindungan
Dari
mereka yang ingin menjahanamkan
Tulisan
Jawi daripada penulisan
Kerana
ia penyambung warisan.
Akhirnya
Ya Allah,
Kami
mohon pada Mu Tuhan
Agar
Melayu tidak ketinggalan
Kuasa
tetap dalam pegangan
Anak
cucu dapat diselamatkan
Tuesday, January 13, 2015
DOA PERPISAHAN GURU BERPINDAH
Ya Allah Engkaulah Pengurnia kenikmatan dan kesejahteraan
Kami
rafakkan kesyukuran atas izin dan inayah Mu , dengan nikmat kesihatan dan
kesejahteraan Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman Mu, kami dapat
menghadiri Majlis sempena meraikan pertukaran Puan Zulaiha Paikon pada pagi
yang berbahagia ini.
Ya
Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan,
Sesungguhnya
kami amat menyedari dengan penuh keisafan bahawa kami hamba Mu tidak terlepas
dari sunnah alam kurniaan Mu, kegelapan malam disulami dengan siang terang
benderang, setiap pertemuan ada detik perpisahan, justeru dengan kudrat dan
iradah Mu serta kuasa kun fayakun Mu, jadikan majlis bersama insan yang
diraikan sebagai pertemuan yang penuh keberkatan dan kasih sayang, perpisahan
selepasnya, penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.
Ya
Allah Tuhan seru sekelian alam,
Sesungguhnya
Engkau amat menyayangi hamba Mu yang apabila melaksanakan tugasan dan amanah
dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap cemerlang, oleh itu
kurniakanlah kepada insan yangkami raikan, Puan Zulaiha Paikon, pejuang bahasa
pendidik bangsa, penggiat sastera pencinta budaya untuk terus menyumbang bakti
menabur jasa di tempat baru dengan penuh iltizam.
Ya
Allah Tuhan Yang Maha Penyayang,
Jadikan
tangisan perpisahan sebagai benteng kami daripada api neraka kerana titisan air
mata yang tumpah ke tanah lantaran eratnya ukhuwwah, kukuhnya mahabbah dalam
suasana kerja penuh mawaddah sesungguhnya hidup bersaudara tersangat indah.
Ya
Allah berilah bahagia kepadanya, hapuskan dukanya, berkatkan rezekinya,
sihatkan jasmaninya, ikhlaskan hatinya dalam melalui denai kehidupan semakin
mencabar, kerja guru menuntut sabar insya Allah ganjaran menanti daripada
al-Jabbar.
Semoga
hari-hari yang telah berlalu di SMK DMYS dengan segala kenangan suka duka,
susah senang, pahit manis melalui kesatuan hati dan emosi, keserasian minda
serta tindakan, mendapat ganjaan dari al-Rahman, kepada Allah kita berserah
moga amalan mendapat berkah.
Ampunkan
dosa kami, dosa ibubapa kami dan dosa sekelian Muslimin dan Muslimat walau di
mana berada..
Subscribe to:
Posts (Atom)