Bani Umayyah adalah sebuah kerajaan Islam yang memerintah selepas Khulafa al-Rasyidin. Walaupun banyak kezaliman dan pemerintahannya bercorak monarki dan dikatakan tidak mengikut sepenuhnya corak pemerintahan Khulafa yang mirip kepada cara Nabi Muhammad s.a.w. namun ianya telah banyak meninggalkan jasa dan iktibar kepada umat Islam sepanjang zaman. Perluasan kuasa Bani Umayyah telah meluaskan kuasa pemerintahan Islam sehingga ke Sepanyol dan pentadbiran kerajaan yang lebih kompleks lantaran wilayah-wilayah di bawah penguasaan Islam semakin meluas dengan aktiviti penaklukan. Kajian terhadap Bani Umayyah sangat penting bagi melihat kepada perwatakan umat Islam selepas zaman Rasulullah s.a.w. dan juga telah menyebarkan Islam sehingga ke Barat dan Timur.
Seramai 14 orang khalifah yang
memerintah selama 91 tahun telah mencatatkan sejarah sebagai sebuah kerajaan
yang maju serta bertamadun.
Rakyat Bani Umayyah berjumlah
49 juta orang dan luas wilayah penguasaan terbentang daripada Negeri China di
sebelah timurnya dan membawa ke sempadan Negeri Perancis di sebelah Barat.
Kerajaan yang berpusatkan Syam telah beransur-ansur menjadikan kemajuan dan
kegemilangan sebagai peninggalan yang tercatat sebagai sebuah kerajaan yang
telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam pelbagai bidang.
Bentuk Kerajaan
Bani Umayyah
Kerajaan Bani Umayyah tidak
mempunyai majlis khas atau badan yang menjalankan tugas pemerintahan. Secara
umumnya, seorang Khalifah merupakan Ketua Negara, pembuat undang-undang,
menjalankan undang-undang, menjadi hakim, panglima perang dan juga imam dalam
masjid.
Walaupun khalifah bertanggungjawab
ke atas kesemuanya namun adakalanya beliau melantik orang-orang tertentu untuk
menjalankan tanggungjawab tersebut dan melapor kepadanya. Penentuan pegawai
yang melaksanakan tugas ditentukan oleh khalifah sendiri dan pada kebiasaannya
mereka yang dilantik adalah dari kalangan keluarga khalifah sendiri bagi
mengelakkan berlakunya perebutan kuasa. Ini terbukti samada daripada keturunan
Sufyani (keluarga Muawiyah bin Abu Sufyan) mahupun keturunan Marwani ( keluarga Marwan
bin al-Hakam).
Jawatan Khalifah
Muawiyah bin bu ASufyan telah
menjadikan jawatan khalifah sebagai jawatan yang dipusakai secara
turun-temurun. Namun tidak semua khalifah mewarisi jawatan daripada bapa
masing-masing sebagai contohnya khalifah Sulaiman mengambil alih jawatan
khalifah daripada saudaranya al-Walid dan seterusnya berpindah pula kepada bapa
saudaranya Khalifah Umar bin Abd Aziz.
Istana dan masjid
Kerajaan Bani Umayyah tidak
mempunyai bangunan yang khusus untuk menjadi pejabat khalifah sebaliknya
khalifah menjalankan tugas di rumah masing-masing. Demikian juga dengfan para
gabenor yang dilantik mewakili khalifah di wilayah yang jauh dari pusat
pentadbiran di Syam.
Rumah khalifah menjadi tempat
membuat undang-undang dan masjid menjadi tempat menjalankan hukum ataupun
mahkamah.
No comments:
Post a Comment