Isu pencerobohan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah, adalah satu isu
besar yang bukan sahaja menyebabkan kematian di kalangan lanun-lanun Sulu
penceroboh itu, bahkan kepada dalangnya sama ada di Malaysia mahupun di
Filipina. Beberapa usaha untuk mengalihkan isu tersebut, sebelum ini dilihat
gagal sama sekali. Bahkan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari, si kepala lanun
Sulu pula telah melakukan pelbagai kesilapan yang mendedahkan sebab sebenar
pencerobohan tersebut termasuklah memanggil tentera-tentera Amerika Syarikat
untuk menduduki Sabah.
Menariknya, tindakan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari tersebut
hampir menyamai sejarah lebih 100 tahun silam apabila Sultan Sulu terakhir dari
jurai Kiram, menjemput tentera Amerika Syarikat dan membunuh lebih 4000 rakyat
Sulu semata-mata untuk memenuhi nafsunya sendiri.
Secara jelas, terang dan nyata, Anwar Ibrahim sudah terlalu
tersepit. Dia gagal menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya berhubung
kaitannya dengan lanun-lanun Sulu itu sehinggakan dia sanggup menyatakan secara
terang-terangan 'YOU ULANG, I SAMAN YOU' apabila ditanya tentang perkara
tersebut. Anwar cuba menutup mulut semua orang dengan ancaman saman.
Dan semua orang tahu, saman Anwar pastinya melibatkan RM100 juta
atau lebih!
Namun, Anwar tidak boleh menutup mata, telinga, hati dan akal
keseluruhan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia semakin dapat melihat tembelang
dan temberang sebenar Anwar Ibrahim. Kemasukan seorang lagi pegawai tinggi
tentera ke dalam PKR yang kemudian diusung ke sana sini oleh Anwar Ibrahim
untuk berceramah, juga gagal memberikan impak yang diharapkan. Bahkan kehadiran
orang ramai yang mahu mendengar temberang dan putar belitnya, amat mengecewakan
Anwar sehinggakan pada satu peringkat, Anwar Ibrahim mulai mengeluh
memandangkan PELABURAN BESARnya tidak memberikan hasil yang diharapkan.
Anwar cuba lagi mengalihkan isu berkenaan dengan kekecohan yang
berlaku di Bukit Katil apabila dia menuduh UMNO menghantar samseng untuk
membaling batu dan cuba membunuhnya. Anwar cuba mendapatkan simpati daripada
rakyat Malaysia.
Tetapi sekali lagi, cubaannya itu gagal. Kalaupun benar
sepertimana tuduhannya bahawa dia telah diserang, pastinya disebabkan oleh
kemarahan yang meluap-luap penduduk Bukit Katil terhadapnya apabila mereka
mulai sedar bahawa yang datang bertandang ke kampung mereka untuk berceramah,
menghasut dan menfitnah itu adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan
apa-apa sahaja, hatta membunuh rakyat Malaysia semuanya semata-mata untuk dia
bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Gagal dengan Tian Chua, bekas pegawai tentera, dan menarik
simpati di Bukit Katil, Melaka, Anwar mencuba pula dengan 'peluru' yang
diharapkan dapat memberikan impak besar iaitu BAPA SAIFUL BUKHARI. Azlan Mohd
Lazim dalam sidang media tertutup pagi tadi, meminta maaf kepada Anwar Ibrahim
dan menyatakan bahawa kes liwat anaknya itu merupakan konspirasi tertinggi UMNO
dan Barisan Nasional untuk memalukan Anwar Ibrahim.
Sebaik-baik sahaja sidang media tersebut selesai,
menderu-derulah para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim memenuhi laman
Facebook dan TWITTER untuk menyebarkan berita tersebut. Namun sesuatu yang
menarik ialah apabila Saiful Bukhari Azlan pula dalam satu kenyataan yang
berasingan menyatakan 'BAPANYA TELAH DIPERGUNAKAN'.
Sekaligus reaksi yang diberikan oleh Saiful Bukhari yang
merupakan mangsa liwat Anwar Ibrahim, menjelaskan mengapa sidang media yang
begitu penting itu tidak disertainya, sebaliknya hanya dibuat oleh bapanya yang
tidak pernah rapat dengannya, hilang selama tiga minggu selepas membuat
tuntutan kewangan dan mempunyai hubungan renggang dengan anak-anaknya. Dan
lebih mencurigakan lagi ialah apabila sidang media berkenaan telah diatur oleh
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, orang yang cuba menyamar sebagai
P.Ramlee bagi membuktikan bahawa lelaki dalam klip video lucah membabitkan
Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur China, adalah seorang pelakon
semata-mata.
Usaha Johari Abdul tidak sahaja gagal, bahkan dia ditempelak dan
dimalukan dengan teruk sehingga dia perlu menutup mulut.
Dengan tempoh yang semakin mendekati tarikh PRU13, segala teori
tentang penggunaan dana besar-besaran oleh Anwar Ibrahim bagi membeli alibi,
semakin menjadi kenyataan. Perbelanjaan besar-besaran yang dibuat oleh Anwar
Ibrahim, termasuklah membeli bapa Saiful Bukhari, dilihat sebagai tindakan
terdesak setelah dia gagal menjawab berhubung kaitannya dengan lanun-lanun
Sulu.