Pihak sekolah boleh mengambil
tindakan ke atas pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Rujukan kepada
tindakan ialah Ordinan Pelajaran 1957 dan peraturan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekiranya pelajar atau guru
melanggar undang-undang negara termasuk yang terlibat dengan Kanun Kesiksaan
maka pihak polis boleh merujuk kepada pendakwaraya samada untuk membuat
pendakwaan atau tidak.
Semua warga sekolah seharusnya
memahami Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 serta
pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menjaga kepentingan diri masing-masing melibatkan pentadbir, guru, pekerja dan
pelajar.mereka yang terlibat dengan instituis pendidikan seperti sekolah juga
merupakan warganegara Malaysia yang berada di sesebuah institusi milik
kerajaan.
Sekiranya guru mengambil
tindakan selain daripada tatacara sedia ada, guru juga boleh dihadapkan ke
mahkamah. Adakah murid tidak boleh dihadapkan ke mahkamah atas alas an masih
tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk kerana masih
dalam proses pembelajaran atau dikeranakan campurtangan pihak-pihak tertentu?
Peruntukan di bawah Kanun Keseksaan
Peruntukan di bawah Kanun
Kesiksaan seharusnya diketahui oleh semua warganegara termasuk kaum pendidik:
Seksyen 323: Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera
Barang siapa, kecuali dalam
hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau
dengan denda yang sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
Seksyen 324:Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan
senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.
Barang siapa, kecuali dalam
hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera
dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam atau memotong,
atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin
menyebabkan kematian, atay dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda
hangat, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur,
atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda letupan, atau dengan jalan
menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan
atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan,
hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun,
atau dengan denda, atau dengan sebat dengan jari ampai atau rotan, atau dengan mana-mana dua daripada
seksaan-seksaan itu.
Seksyen 325: Seksaan kerana
dengan sengaja menyebabkan cedera parah
Barang siapa, kecuali dalam
hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335,
dengan sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara
selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
Seksyen 326: Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya
Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam atau memotong, atau apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa--apa benda hangat, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda letupan, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat dengan jari ampai atau rotan.
Seksyen 320: Cedera parah
Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan sebagai 'parah'.
Pertama Hilang tenaga kelelakian
Kedua Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata
Ketiga Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga
Keempat Hilang sesuatu anggota atau sendi
Kelima Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi
Keenam Cacat selama-lamanya kepala atau muka
Ketujuh Patah atau retak tulang atau selisih sendi
Kelapan Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama dua puluh hari.

No comments:
Post a Comment