Showing posts with label MOTIVASI KENDIRI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI KENDIRI. Show all posts

Friday, September 30, 2016

PERLANGGARAN DISIPLIN SEKOLAH DAN KANUN KESEKSAAN


Pihak sekolah boleh mengambil tindakan ke atas pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Rujukan kepada tindakan ialah Ordinan Pelajaran 1957 dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekiranya pelajar atau guru melanggar undang-undang negara termasuk yang terlibat dengan Kanun Kesiksaan maka pihak polis boleh merujuk kepada pendakwaraya samada untuk membuat pendakwaan atau tidak.


Semua warga sekolah seharusnya memahami Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 serta pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjaga kepentingan diri masing-masing melibatkan pentadbir, guru, pekerja dan pelajar.mereka yang terlibat dengan instituis pendidikan seperti sekolah juga merupakan warganegara Malaysia yang berada di sesebuah institusi milik kerajaan.


Sekiranya guru mengambil tindakan selain daripada tatacara sedia ada, guru juga boleh dihadapkan ke mahkamah. Adakah murid tidak boleh dihadapkan ke mahkamah atas alas an masih tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk kerana masih dalam proses pembelajaran atau dikeranakan campurtangan pihak-pihak tertentu?


Peruntukan di bawah Kanun Keseksaan

Peruntukan di bawah Kanun Kesiksaan seharusnya diketahui oleh semua warganegara termasuk kaum pendidik:

Seksyen 323: Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 324:Dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 334, dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam atau memotong, atau apa-apa alat yang, jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atay dengan jalan menggunakan api atau apa-apa benda hangat, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda letupan, atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat  dengan jari ampai  atau rotan,  atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

Seksyen 325: Seksaan kerana dengan sengaja  menyebabkan cedera parah

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan  oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Seksyen 326: Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya

Barang siapa, kecuali dalam hal yang diperuntukkan oleh Seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan apa-apa alat untuk menembak, menikam atau memotong, atau apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang, mungkin menyebabkan kematian, atau dengan jalan menggunakan api atau apa--apa benda hangat, atau dengan jalan menggunakan apa-apa racun atau apa-apa benda melecur atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda letupan,  atau dengan jalan menggunakan apa-apa benda yang merbahaya  kepada tubuh manusia apabila dihisap, ditelan atau dimasukkan ke dalam darahnya, atau dengan jalan menggunakan apa-apa haiwan, hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan  denda atau sebat dengan jari ampai atau rotan.

Seksyen 320: Cedera parah

Hanya jenis-jenis cedera yang berikut sahaja dinamakan sebagai 'parah'.

Pertama          Hilang tenaga kelelakian

Kedua            Hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata

Ketiga            Hilang selama-lamanya pendengaran salah satu telinga

Keempat        Hilang sesuatu anggota atau sendi

Kelima           Binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota atau sendi

Keenam         Cacat selama-lamanya kepala atau muka

Ketujuh          Patah atau retak tulang atau selisih sendi

Kelapan        Apa-apa cedera yang membahayakan nyawa atau menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama dua puluh hari.




    





   

Tuesday, September 27, 2016

ATTENTION DEFICIT DISORDER


Attention Deficit Disorder (ADD) dikaitkan dengan daya tumpuan pelajar yang kurang di dalam kelas. Pelajar tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada sesi di dalam kelas sedangkan daya tumpuan terhadap pembelajaran sangat penting bagi memastikan keberkesanan sesi PdP.


Antara ciri-ciri ADD ialah:

  • Pelajar terganggu dengan perkara-perkara di luar kelas.
  • Pelajar sukar mematuhi arahan guru.
  • Sukar memberi tumpuan dalam kelas.
  • Sukar melaksanakan latihan.
  • Suka berangan-angan dalam kelas.
  • Tidak membawa alat tulis ke sekolah.
  • Tidak membawa buku ke sekolah mengikut jadual waktu.
  • Pelajar suka menyampuk semasa guru sedang mengajar.



 Antara kaedah yang boleh dilaksanakan:

1. Murid terlibat dalam proses pdp.

  1. Murid membaca petikan/bahan.
  2. Murid menulis idea atau jawapan di papan tulis.
  3. Menerima semua jawapan murid.
  4. Menggalakkan murid memberi jawapan samada betul atau salah.
  5. Merangsang murid dengan menggunakan clue atau petunjuk.


2. Murid menilai jawapan rakan.

  1. Murid mengenalpasti kata kunci.
  2. Murid menggunakan perkataan yang tepat.
  3. Murid memberi maksud perkataan dengan tepat.


3. Murid menambahbaik atau mengedit supaya menepati kehendak soalan.

  1. Menggantikan perkataan dengan yang lebih tepat.
  2. Menambahkan isi.
  3. Menggugurkan isi.


4. Murid menyalin jawapan yang menepati kehendak soalan 100%.buku Latihan menjadi rujukan jawapan mengikut kehendak soalan.

  1. Elak daripada memberikan ulasan negatif terhadap jawapan pelajar.
  2. Elak kaedah penerangan atau penceritaan.
  3. Pelajar yang sepatutnya mengemukakan jawapan bukannya guru.







Saturday, December 29, 2012

10 TIP MENULIS


1.   Menulislah pada setiap hari. Kita akan semakin semakin mahir dari sehari ke sehari.
2. Jangan bosan dengan penulisan kita. Kalau kita bosan dengan penulisan kita, orang lain akan lebih bosan membaca tulisan kita.
3.  Jadikan menulis sebagai rutin harian kita. Berdisiplin dalam meneruskan rutin.
4. Banyakkan membaca buku. Seorang penulis adalah penggemar buku.
5. Senaraikan perkataan, buku, nama tempat, barangan dan lain-lain yang menjadi kegemaran kita.
6.   Sentiasa bawa buku catatan dan pen ke mana sahaja kita pergi.
7.    Jadikan menulis samada cerita, idea, pandangan ataupun berita sebagai amalan harian.
8.   Cuba menulis dengan pelbagai gaya penulisan.
9 Latih diri menulis dengan menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan sebagai satu keseronokan.
10. Teruskan menulis dan menulis dan menulis.

Friday, November 16, 2012

TIP MAKANAN MENCERDASKAN OTAK

Otak merupakan anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Dengan akal manusia berbeza dengan haiwan. Kita mestilah menjaga nikmat otak dan akal yang diberikan kepada kita. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak menjaganya, ye tak?

Dalam ruangan ini, saya ingin fokus kepada makanan yang insya Allah akan dapat membantu kita untuk mendapatkan otak yang cerdas.


1.       Coklat.

Kajian saintifik mendapati coklat atau koko sangat berkhasiat untuk otak kita. Ini adalah kerana coklat mampu meningkatkan aliran darah ke otak dan ianya vboleh member kecerdasan kepada otak kita.bukankah coklat ini uga rasanya enak?

2.       Madu.

Madu digelar Raja Ubat kerana mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu juga mampu meningkatkan ingatan dan kecerdasan serta dapat menghindarkan kepenatan pada otak kita yang melakukan banyak kerja seharian.

3.       Susu segar.

3 elemen yang mampu membantu pertumbuhan badan dan otak kita ialah air, keju dan lemak. Selain membekalkan kalsium kepada tulang, susu juga boleh menguatkan ingatan, memberi tenaga fizikal dan mental juga ianya adalah penawar bagi menghindarkan masalah lupa.

4.       Kismis

Kismis terkenal dapat membekalkan zat besi untuk menambah darah bagi memastikan bekalan oksigen cukup untuk keperluan otak. Bila oksigen mencukupi maka masalah mengantuk, selalu lupa, lembab dan lemah dalam berfikir dapat diatasi dengan izin Allah.

5.       Telur.

Salah satu makanan yang menyumbang kepada kecerdasan otak ialah telur. Ia mengandungi pelbagai khasiat seperti protein, mineral, vitamin, kalsium dan zat besi. Kuning telur bukan sahaja mampu mengatasi kelemahan tenaga fizikal tetapi juga tenaga minda.

6.       Daun salad.

Mengambil daun salad dapat membantu menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan. Sistem pernafasan yang lancar akan menyebabkan kita berasa lebih tenang dan mudah membuat ulangkaji pelajaran.

7.       Teh

Catechins adalah sejenis bahan yang terkandung dalam teh. Fungsinya ialah untuk mengekalkan kesegaran minda kerana ia bertindak sebagai ejen yang mampu merehatkan otak dan melawan keletihan mental. Baik kita amalkan minum secawan teh pada setiap pagi.

8.        Tiram.

Makanan laut ini boleh menajamkan fikiran seRta meningkatkan kebolehan mengingat kembali maklumat yang diperolehi derngan mudah. Tiram mengandungi zink dan zat besi yang membantu daya ingatan kita.

9.       Mangga

Buah yang sedap ini mengandungi khasiat yang baik untuk otak. Asid glutamik yang mencukupi dalam buah mangga berguna untuk meningkatkan daya ingatan.

10.   Air

Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalirkan darah serta zat ke seluruh tubuh kita. Meminum air sebanyak 8 gelas sehari mampu membantu kecerdasan otak kita. Air juga dikaitkan sebagai bahan bagi mengelakkan penyakit.

Demikianlah Allah Taala memberi kita nikmat makanan dan minuman yang sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul insya Allah akan dapat mencerdaskan otak kita. Selamat mencuba dan bertawakal kepada Allah.




Tuesday, November 6, 2012

SYAIR AYAH KEPADA ANAKNYA

Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah berkorban nyawa

Rasulullah s.a.w. menitiskan airmata baginda sewaktu mendengar seorang ayah bersyair seperti berikut. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud..

Ketika engkau lahir aku memberikanmu makan
Hingga engkau tumbuh dewasa
Aku selalu menjagamu
Engkau diberi minum daripada jerih payahku

Jika malam hari engkau ditimpa sakit
Maka, sepanjang malam aku tidak tidur
Berjaga memikirkan penyakitmu
Hingga tubuhku tidak bermaya kerana mengantuk

Seakan-akan aku yang sakit, bukan kau
Air mataku pun mengalir deras
Dan jiwaku bimbang kau akan mati
Padahal Dia tahu, bahawa ajal akan tiba sesuai masanya

Saat engkau mencapai usia dewasa
Saat di mana aku mengharapkan dirimu
Kau balas diriku dengan dengan kekejaman dan kekerasan

Seakan-akan engkau pemberi nikmat dan dermawan
Andai saja ketika tidak dapat kau penuhi hakku
Sebagai ayah
Kau perlakukan aku sebagai tetangga
Yang hidup berdampingan