Konsep keselamatan negara
meliputi lima sektor:
- Ketenteraan
- Politik
- Ekonomi
- Persekitaran
- Masyarakat
Bukan mengungkit namun mengenag agar tidak berulang lagi |
Konsep keselamatan negara melalui
pendekatan Copenhagen School Of Security Studies seperti di atas membuktikan
bahawa negara yang mempunyai masyarakat majmuk lebih mencabar berbanding negara
hegemony seperti Jepun. Pasca Perang Dingin 1989 menyaksikan fokus kepada keselamatan
masyarakat berkait rapat dengan keselamatan bukan tradisional.
Dalam konteks Malaysia,
masyarakat berbilang kaum terus menerus berada dalam kancah konflik sehingga
membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969.
Masalah yang berterusan hingga ke hari ini |
Pilihanraya Umum pada 10 Mei
1969 tidak diteruskan dengan pembentukan cabinet sebaliknya Tunku Abd Rahman
dengan perkenan DYMM SPB YDPA telah membentuk cabinet darurat dan menubuhkan
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Fungsi MAGERAN ialah untuk
mengembalikan keamanan negara dengan cara menyelaraskan pihak pentadbiran
dengan pihak tentera. Tindakan pemulihan keamanan ini perlu dilakukan agar
rakyat percaya dengan kerajaan serta dapat menarik keyakinan pelabur.
Dalam Peristiwa 13 Mei 1969,
seramai 196 orang telah terbunuh, 25 Melayu, 143 orang Cina, 13 orang India dan
15 lain-lain.
Seramai 9143 orang telah
ditangkap, 2077 orang Melayu, 5126 orang ina, 1874 orang India dan 66 lain-lain
bangsa.
Terlupa Kontrak Sosial? |
Daripada seramai 9143 orang
yang ditangkap, 5561 daripadanya telah didakwa di mahkamah, 1133 orang Melayu,
2099 orang Cina, 1470 orang India dan 51 lain-lain.
40 orang Melayu dan 5 orang
India telah didakwa kerana membunuh dan membakar hartabenda awam.
Punca tercetusnya Peristiwa
Peristiwa 13 Mei 1969.
Ketiadaan perhubungan secara
berterusan antara generasi bagi membolehkan masyarakat majmuk tinggal bersama
dalam keadaan harmoni.
Tindakan provokatif parti
perkauman yang melampau dalam memberi tafsiran terhadap kandungan Perlembagaan
Persekutuan.
Provokasi oleh Parti Komunis
Malaya (PKM) melalui parti tertentu.
Masyarakat berbilang kaum mesti belajar untuk hidup bersama |
Syor daripada Laporan MAGERAN
Rakyat terutamanya bukan
Melayu wajib memahami kepentingan peruntukan mutlak dalam perlembagaan.
Kerajaan perlu menggubal
undang-undang bagi mencegah provokasi etnik.
Kedudukan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan perlu dimasukkan ke dalam peruntukan perlembagaan.
Sebelum sesuatu peruntukan dalam
perlembagaan dipinda atau dimansuhkan, Parlimen mesti mendapatkan persetujuan
daripada Majlis Raja-raja.
Pada tahun 1971, syor-syor
MAGERAN diluluskan oleh Parlimen sebagai undang-undang yang mengawal politik
pelbagai kaum di Malaysia.pasca 13 Mei 1969 merupakan titik tolak focus
kerajaan bagi menyatukan rakyat Malaysia melalui pengenalan Rukunegara dan
dasar-dasar kerajaan.
No comments:
Post a Comment