Bukan menjadi rahsia lagi
kepada veteran yang masih hidup bahawa pada zaman awal kemerdekaan negara
seorang tukang kebun sekolah boleh menukarkan Guru Besar sekolah lantaran
tukang kebun sekolah tersebut merupakan AJK Bahagian UMNO.
Sebuah parti politik
pejuang kemerdekaan dicalarkan maruahnya kerana perilaku ahli peringkat
cawangan sahaja. Fikir-fikirkanlah yang mendapat tempias lebih-lebih lagi kuyup
ialah Perdana Menteri yang tidak terlibat dengan perkara seperti ini. Siapakah
yang menjadi hantu sebenarnya? Pemuda cawangan yang mendapat tender tiga kantin
sekaligus punya perangai, daripada PM, TPM dan Menteri Pelajaran dipersalahkan
dan dicadangkan supaya ditukar dalam PRU. Inilah perangai sesetengah pemimpin
UMNO cawangan..padahnya UMNO dan BN yang bakal ditolak..
No comments:
Post a Comment