LATARBELAKANG ORANG CINA DI TANAH MELAYU
Orang Cina merupakan antara pedagang yang telah pun datang ke Melaka untuk berniaga termasuk pada zaman Dinasti Ming yang mempunyai hubungan diplomatic menyebabkan telah wujud kebudayaan dan petempatan di Tanah Melayu sejak dahulu . Isu perkauman tidak timbul pada ketika itu lantaran tumpuan mereka hanya untuk menjalankan perniagaan.
Pembangunan dan kepesatan
ekonomi Tanah Melayu pada abad ke 19 telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh
asing untuk bekerja dalam perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan
perladangan.kesatangan buruh secara besar-besaran dari wilayah selatan seperti
Kwangrung, Kwangsi dan Fukien.
Kedatangan buruh-buruh asing
melalui beberapa cara:
- Sistem tiket kredit. Kheh Tau (ketua) akan mengumpulkan orang Cina yang hendak datang ke Tanah Melayu.
- Sistem pengambilan rumah kongsi. Pegawai yang dilantik akan membiayai perbelanjaan kedatangan buruh hingga sampai ke rumah kongsi di Tanah Melayu.
- Sistem pengambilan kkakitangan. Pegawai bertanggungjawab ke atas buruh itu sehingga tiba di tempat majikan.
DASAR BRITISH TERHADAP ORANG CINA
British menggalakkan kehadiran
orang Cina dan dengan dasar imigresen yang longgar. Dasar istimewa penjajah
menyebabkan orang asing terlibat dalam perlombongan bijih timah dan getah.
Dasar pecah dan perintah telah
menguntungkan orang Cina. Mereka telah menguasai sektor perniagaan di kawasan bandar
utama Tanah Melayu. British juga menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina dan
wakil-wakil Cina mula dimasukkan ke dalam majlis mesyuarat kolonial British.
SISTEM KANGCU DI JOHOR
Sistem Kangcu telah bermula di
Sungai Sekudai pada tahun 1844. DYMM Sultan Sir Abu Bakar telah menjalankan aktiviti
pertanian komersial gambir dan lada hitam.kesannya ialah penguasaan sepenuhnya
orang Cina dalam ekonomi gambir dan lada hitam serta menjadikan Johor sebagai
pengeksport utama di Nusantara.
Sultan Sir Abu Bakar telah
menubuhkan Undang-undang Kangchu bagi mengawal kegiatan orang Cina dan
memastikan agar keamanan dapat dikekalkan. Nama-nama tempat di Johor mempunyai
pengaruh Cina. System Kangcu telah tamat pada tahun 1917.
PENGAJARAN DARIPADA KUALA LUMPUR
Dasar pecah dan perintah
British menyebabkan orang Cina menguasai ekonomi Kuala Lumpur. Penempatan orang
Cina di kawasan bandar memberi kesan negatif kepada orang Melayu di mana mereka
sudah berani mencabar Ketuanan Melayu. Mereka mengambil kesempatan dalam Perang
Klang di Selangor.
NASIONALISME CINA
Perkembangan Parti Kuomintang
di Negara Cina telah mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalisme orang Cina
di Tanah Melayu. Kesan daripada penubuhan Parti Komunis Cina membawa kepada
penubuhan parti Komunis Malaya pada tahun 1930.
Permulaan sikap dan pemikiran
politik orang Cina jelas terlihat dengan kata-kata “Tanah Melayu bukan milik
orang Melayu sahaja.” Mereka mahu perwakilan orang Cina dalam Majlis Mesyuarat
Kerajaan.
ORANG CINA PADA ZAMAN JEPUN
Penjajahan Jepun dengan dasar
Anti-Cina telah meninggalkan kesan terhadap orang Cina di Tanah Melayu. Orang
Cina di Tanah Melayu dianggap menyokong Negara Cina semasa Perang Cina-Jepun
pada tahun 1937. Gerakan Sook Ching adalah kemuncak kezaliman tentera Jepun
yang telah membunuh lebih 100,000 orang Cina atas dasar menghapuskan komunisme.
Orang Jepun juga meminta orang Cina membayar pampasan sebanyak 50 juta ringgit
sebagai bayaran hutang darah dan hukuman kerana menentang Jepun. Tan Cheng
Lock, pemimpin orang Cina melarikan diri ke India menambah ketidakstabilan
orang Cina di Tanah Melayu.
Orang Cina menyokong rancangan
Malayan Union kerana struktur perlembagaannya mampu melindungi kepentingan
serta kebajikan mereka. Orang Melayu pula menentang Malayan Union menyebabkan
British terpaksa menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Tan
Cheng Lock memimpin AMCJA menentang perlembagaan baru ini kerana mendakwa hanya
menguntungkan orang Melatu sahaja. Tan Cheng Lock menubuhkan MCA pada tahun
1949 dan mendapat sokongan British bagi mengelakkan orang Cina menyokong Parti
Komunis Malaya.
PEMBENTUKAN KAMPUNG BARU ORANG CINA
Pemberontakan Parti Komunis
Malaya mulai pada tahun 1948 telah mengubah landskap politik orang Cina. Mereka
lebih cenderung menyertai PKM. Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British
di Tanah Melayu telah melancarkan penubuhan kampong-kampung baru orang Cina di
Ulu Choh, Pekan Nanas, Kulai, Senai dan Masai. British telah memperkenalkan kad
pengenalan kepada penduduk Tanah Melayu termasuk kepada masyarakat Cina bagi
mengelakkan orang Cina terlibat dengan kumpulan Min Yuen yang menyokong PKM.
KEBEJATAN PKM DI JOHOR
Bintang Tiga telah melakukan
keganasan dan menakut-nakutkan orang Melayu di Batu Pahat selepas Perang Dunia
Kedua. Orang Melayu telah bertindakbalas dengan menubuhkan gerakan Selendang
Merah yang diketuai oleh Kiyai Salleh. Keganasan PKM telah memuncak dengan ternuhnya
Guan Ismail Dato’ Abdullah di Rengit. Sultan Ibrahim telah menitahkan agar
Dato’ Onn Jaafar dilantik sebagai Pegawai Daerah untuk mengamankan Batu Pahat.
PERISTIWA BATU PAHAT DAN BUKIT KEPONG
PKM telah membentuk pasukan
platun komunis Melayu diketuai oleh Mat Indera. Balai polis Bukit Kepong telah
diserang membuktikan bahawa ideologi komunis teleh menerobos masuk ke dalam
pemikiran sebahagian orang Melayu pada ketika itu. Antara kebejatan PKM di
Johor:
·
Membakar seorang budak Cina berusia 10 tahun di
Plentong di hadapan ibubapanya
·
Merosakkan infrastruktur termasuk jalan keretapi
·
Merosakkan kabel telekomunikasi
·
Membunih melalui serang hendap di Yong Peng
·
Merosakkan ekonomi tanaman hasil pertanian
rakyat
·
Mengugut rakyat yang tidak menyokong perjuangan
PKM
PENUBUHAN JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM
British telah menubuhkan CLC
yang disertai oleh semua pemimpin utama UMNO, MCA dan MIC. Penubuhan
jawatankuasa ini adalah untuk nenbincangkan penyelesaian bagi mencari
kesepakatan mengenai isu perpaduan di Tanah Melayu. Dato’ Onn Jaafar telah
meletak jawatan sebagai YDP UMNO kerana kepimpinan UMNO tidak bersetuju
keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu lantas menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP).
KERJASAMA UMNO-MCA 1952
Sir Mac Donald membuat gagasan
“perpaduan sebelum kemerdekaan.” Inilah permulaan kepada kerjasama antara kaum
di Tanah Melayu. Dato’ Yahaya Abd Razak telah berbincang dengan Tun HS Lee bagi
menjalin kerjasama dalam pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.
Keputusannya, persepakatan ini telah berjaya memenangi 9 daripada 2 kerusi.
Pada tahun 1954, MIC telah menyertai kerjasama ini.
PILIHANRAYA PERSEKUTUAN 1955
British telah mengadakan
Pilihanraya Persekutuan buat kali pertama pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan
telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Agihan kerusi
UMNO-MCA-MIC dengan nisbah 35:15:4. Tunku Abd Rahman telah dikecam hebat kerana
memberi laluan mudah kepada orang Cina mendapat agihan kerusi yang banyak.
Namun Tunku tetap mempertahankan keputusan beliau dan meminta orang Melayu
menyokong kepimpinan MCA.
PERPECAHAN MCA-GERAKAN
Kepimpinan MCA di bawah Lim
Chong Eu tidak berpuashati dengan isu-isu berkaitan orang Cina. MCA berpecah
kepada parti Gerakan yang menguasai Pulau Pinang. Dasar pembangunan pro orang
Cina di Pulau Pinang menyebabkan orang Cina masih menguasai Pulau Mutiara
sehingga kini serta menjejaskan kepentingan orang Melayu.
POLITIK LEE KUAN YEW DAN IMPLIKASINYA
Singapura menyertai
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. PAP menuntut hak sama rata di bawah
konsep Malaysian Malaysia. Mereka menuntut agar institusi Raja Melayu, kedudukan
Bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dikaji semula. Pemimpin
MCA juga dikritik kerana dikatakan tidak memperjuangkan kebajikan orang Cina.
Orang Cina membuat siri
tuntutan yang bercanggah dengan Kontrak Sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Datuk
Ali Hj Ahmad tokoh Pemuda UMNO telah mengkritik Singapura dengan kenyataan
beliau “Singapura jangan sekali-kali menjadi Israel di Asia Tenggara.” Peristiwa
Natrah jelas membuktikan sikap orang Cina.
PERANAN DAP DALAM PILIHANRAYA 1969
Tempoh berkempen selama
sebulan dalam PRU 1969 dipenuhi dengan isu perkauman oleh DAP sebagai lanjutan
suara PAP. PRU berakhir dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) ditubuhkan bagi mengawal keamanan negara.
PERJUANGAN PENDIDIKAN CINA DAN UNIVERSITI MERDEKA
Selepas Perang Dunia Kedua,
British mengumumkan Laporan Barnes sebagai dasar pendidikan Tanah Melayu. Sebagai
akibatnya, orang Cina mengemukakan Laporan Fenn Wu yang dengan tegas ingin
mengekalkan sekolah-sekolah Cina. Menerusi Lapiran Razak 1956, kerajaan
mengekalkan sekolah vernacular yang menggunakan kurikulum pendidikan yang sama.
Sekolah-sekolah swasta Cina juga dibenarkan untuk dijalankan oleh orang Cina. Beberapa
buah IPTA telah ditubuhkan pada tahun 1970an.
Cadangan untuk menubuhkan
Universiti Merdeka telah ditolak oleh kerajaan di bawah Abd Rahman Yaakob dan
Musa Hitam. Penubuhan universiti ini bertentangan dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
PERJUANGAN DONG JIAO ZONG
Dong Jiao Zong merupakan
Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina. Kegagalan penubuhan
Universiti Merdeka yang ditolak kerajaan pada tahun 1978 dan Mahkamah Tinggi
pada tahun 1981 tidak menyebabkan mereka berputus asa dalam memperjuangkan
pendidikan orang Cina.
Antara tuntutan Dong Jiao Zong
- Memastikan kewujudan SJKC buat selama-lamanya
- Menyokong perjuangan dan hasrat bersama pergerakan Hua Tuan terhadap dasar Membaca, Menulis dan Mengira (3M)
- Memperjuangkan supaya layanan kerajaan yang adil dan saksama kepada semua aliran sekolah peringkat menengah atau persendirian
- Membenarkan penubuhan universiti yang dikendalikan oleh rakyat umum
- Mewujudkan kepelbagaian kebudayaan dalam masyarakat berbilang kaum
- Memansuhkan atau meminda Akta 21(2) yang menyebutkan bahawa apabila Menteri Pelajaran berpuashati sesebuah SRJK sesuai diubah kepada sebuah SRK maka belaiu boleh mengarahkan supaya sekolah tersebut dijadikan sebuah SRK.
- Menghapuskan sistem kuota dalam kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa kerajaan.