Sunday, April 19, 2015
DOA PERASMIAN SEMINAR PERSURATAN MELAYU 2014
Ya Allah Ya Rahman
Ya Rahim,
Engkau
Maha Mengetahui, Kami berhimpun pada malam ini, bagi menyatakan rasa syukur
kami pada Mu, atas limpah kurnia Mu mengizinkan kami melaksanakan Seminar
Persuratan Melayu Johor bagi tahun 2014 dengan jaya. Tiada makna usaha kami
tanpa restu Mu.
Ya Allah Ya Aziz
Ya Jabbar,
Jadikanlah
sepanjang hari berlangsungnya Seminar Persuratan Melayu ini, permulaannya
rahmah, pertengahannya barakah, pengakhirannya maghfirah. Lantaran di bumi
bertuah Johor yang indah, terakam dalam memori sejarah, pejuang bahasa,
penggiat sastera, pencinta budaya, semakin resah, anak muda semakin tidak
endah, persuratan Melayu disangka peninggalan penjajah, di zaman ICT yang
menggugah, iman bisa semakin goyah..
Sedangkan
dulunya dengan bahasa Melayu Islam tersebar, ulama Nusantara memang tersohor,
Tun Jana Khatib berbahasa Melayu, Habib Noh wali Melayu.
Ya Allah Rabbiul
Izzati
Kami
mohon ke hadrat Mu Ilahi,
Engkau
jadikan seminar ini
Sebagai
wadah untuk kami bersatupadu,
Bekerjasama
dan bantu membantu,
Membangun
Negara dalam menghadapi alaf baru
Agar
Bahasa
Melayu dapat diangkat,
Persuratan
Melayu dimartabat,
Penulis
dan masyarakat semakin rapat,
Pejuang
terdahulu senantiasa diingat,
Rasa
cinta kepada bahasa kian erat
Di
bawah payung raja Melayu berdaulat
Ya
Allah Ya Hannan Ya Mannan,
Lorongkan
keimanan
Mantapkan
kecekalan
Permudahkan
urusan
Capaikan
wawasan
Pancarkan
kesungguhan
Demi
kami bekerja untuk watan
Penutur
Bahasa Melayu mendapat perlindungan
Dari
mereka yang ingin menjahanamkan
Tulisan
Jawi daripada penulisan
Kerana
ia penyambung warisan.
Akhirnya
Ya Allah,
Kami
mohon pada Mu Tuhan
Agar
Melayu tidak ketinggalan
Kuasa
tetap dalam pegangan
Anak
cucu dapat diselamatkan
Subscribe to:
Posts (Atom)