PELAN Pembangunan Pendidikan
Malaysia adalah merupakan sebuah dokumen yang komprehensif yang mengenalpasti
bidang-bidang keutamaan, menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang bakal
dilaksanakan bagi mengenalpasti bidang-bidang keutamaan, melakar pelan tindakan
yang jelas serta menetapkan jangkamasa untuk menetapkan sasaran.
Tempoh pelaksanaan PPPM dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu:
Gelombang Pertama (2013-2015)
Gelombang Kedua (2016-2020)
Gelombang Ketiga (2017-2015)
Intipati
PPPM terdiri daripada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan.
Gelombang
Pertama (2013-2015)
Usaha akan dilakukan bagi
meningkatkan kemahiran guru, meningkatkan kualiti pengajaran, menjana keupayaan
pegawai di peringlkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah akan
diberi keutamaan.
Gelombang
Kedua (2016-2020)
System pendidikan Negara akan
mengalami perubahan struktur. Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran
Malaysia akan distruktur semula bagi melahirkan pentadbiran yang cekap dan
mampu mengurus pendidikan Negara sebagai persiapan kea rah menjadi Negara maju.
Semakan kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilakukan bagi mempastikan
pendidikan mampu melahirkan generasi yang berilmu, berketrampilan dan mempunyai
sahsiah diri yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Gelombang
Ketiga (2021-2025)
Pengetua, Guru Besar dan
guru-guru disasarkan untuk menunjukkan prestasi yang melebihi standard minimum.
Kementerian Pelajran juga akan member tumpuan kepada usaha meningkatkan
keluwesan operasi, menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan
berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah brerdasarkan inovasi
dalam pengajaran.
5 aspirasi sIstem
AKSES
Semua kanak-kanak di Malaysia
mendapat peluang yang samarata bagi mendapatkan pendidikan. Akses bermaksud
tida ada kanak-kanak yang akan tertinggal atau tercicir malah berupaya akses
kepada pendidikan yang terbuka luas.
KUALITI
Semua kanak-kanak berpeluang
mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan Negara
yang bertaraf dunia.
EKUITI
Kerajaan menyediakan
pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama,
latarbelakang sosial dan ekonomi serta jantina dan kedudukan geografi.
PERPADUAN
Pentadbir
sekolah mesti berusaha untuk menyatupadukan antara pelbagai kaum sebagaimana
hasrat pucuk pimpinan negara.
KECEKAPAN
Peruntukan yang diberikan oleh
kerajaan kepada bidang pendidikan sangat besar namun kedengaran seolah-olah hasil
yang dipulangkan tidak setimpal dengan jumlah besar yang diberikan. Sekolah
mesti mempertingkatkan kecekapan pegawai perkhidmatan pelajaran.