Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada pasangan pengantin,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan kami dengan ridha Mu
Jadikanlah mereka suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan pernikahan sebagai ibadah kepada Mu
Dan bukti ketaatan kami semua kepada sunnah Rasul Mu
Amin Allahumma Amiin……
Saturday, March 12, 2011
DOA MAJLIS SAMBUTAN MAULID AL-RASUL 2011
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berhimpun di sini mengangkat tangan merafak permohonan sudi apa lah kiranya Ya Allah Engkau ampunkan dosa kami, dosa ibubapa kami, guru-guru kami dan seluruh ummat Muhammad s.a.w.
Kami bermohon agar selama kami berada dalam majlis memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. pada hari ini, Engkau catatkan dalam suratan amalan kebajikan kami serta Engkau jadikan kami dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengetahuan dalam menghayati perjuangan baginda..
Kami bermohon agar Engkau berikan bantuan kepada kami dalam kami mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w., menghayati sunnah baginda, mencontohi akhlah terpuji tiada tandingan, menyelusuri pengajaran penuh bermakna dari sirahnya dengan rahsia serta hikmah penuh pengertian bagi kami menambahbaik kualiti kami sebagai insan menyambung visi kesejahteraan dunia akhirat dan misi dakwah Nabi Muhammad s.a.w. memartabatkan agama Mu di mukabumi ini.
Oleh itu anugerahkanlah kami Ya Allah, kesetiaan sahabat sejati Abu Bakar al-Siddiq, ketegasan Umar al-Khattab, sifat dermawan Uthman bin Affan, semangat sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan Rasulullah milik Ali bin Abi Talib dan sifat tawadhu’ Imam Malik yang sanggup berjalan kaki di bumi Madinah lantaran kasihnya kepada Nabi s.a.w
Kami bermohon kepada Mu Engkau jauhkan kami dari dari segala perkara bid’ah dhalalah dan kemungkaran, dari syirik dan kesesatan, dari kufur dan keingkaran, dari maksiat dan penentangan terhadap pesanan dan peninggalan Nabi kami yang kami cintai iaitu al-Qur’an dan Sunnah bagi melahirkan generasi 1 Malaysia 1 Ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Subscribe to:
Posts (Atom)