Pada satu hari, Syeikh Abd Qadir
al-Jailani terlewat bangun daripada hari biasa kerana terlalu letih.
Syaitan telah menyamar sebagai seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki syeikh.
Sheikh Abd Qadir terjaga dari
tidurnya dan waktu Subuh baru sahaja masuk. Melalui pandangan hatinya, sheikh
dapat melihat syaitan yang menyerupa sebagai kucing itu.
Sheikh bertanya: “Mengapa kau
kejutkan aku untuk Solat Subuh sedangkan kau sangat benci kepada orang yang
solat?”
Jawab syaitan: “Aku bimbang kau
akan terlewat bangun untuk solat subuh.”
Sheikh hairan lalu bertanya:
“Kenapa pula begitu?”
Syaitan menyambung: “Jika kau
terlewat bangun untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan solat subuh itu
dengan amalan lain yang lebih banyak dan lebih bersungguh-sungguh.”
Terus syaitan lagi: “Kau akan
bersedekah. Kau akan banyak membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama.
Kau akan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Kau akan lebih banyak membaca
al-Qur’an. Semata-mata untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Aku dan
kawan-kawanku akan menjadi bertambah susah. Kerja akan bertambah banyak dan
sukar. Oleh itu, lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya daripada kami
susah menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baik kamu itu.”
Begitulah kreatifnya syaitan dalam usaha menyesatkan manusia.
No comments:
Post a Comment