Seorang ulama telah mengajar di sebuah
madrasah selama 40 tahun tanpa jemu. Namun ketekunan ulama tersebut tidak pun
dihargai oleh sebahagian besar anak muridnya.
Seorang anak muridnya berkata:
“Dah lama kita belajar dengannya. Tidak ada sedikit pun terserlah perkara yang
luarbiasa.”
Tambah anak murid yang lain pula:
“Kalau kita bandingkan guru kita dengan guru-guru yang lain, guru kita ini
biasa-biasa saja. Aku ada dengar yang guru di kampung sebelah pernah
mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Kita ni dah tersalah guru
agaknya....”
Sungutan dan rungutan anak murid
akhirnya sampai juga ke pengetahuan guru mereka.
Guru bertekad untuk memberi
pengajaran kepada anak-anak muridnya itu.
Pada satu hari, guru mengajar dan
dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di papan hitam.
Namun yang
peliknya, kapur tidak jatuh sebaliknya terus menulis perkataan demi perkataan
yang hendak ditulis oleh ulama berkenaan.
Semua anak muridnya berdiri dan
melopong kehairanan. Mereka tidak sangka bahawa guru yang mereka pandang rendah
sebenarnya memiliki karamah yang tidak terduga.
Guru terus menepuk papan hitam
dengan kuat lantas berkata: “Kamu kagum melihat kapur ini menulis buat beberapa
ketika. Bagaimana dengan aku yang telah menul,is selama 40 tahun di papan hitam
ini?”
Istiqamah lebih hebat daripada
Karamah. Ramai orang yang diberikan Karamah akhirnya tersesat lantaran iman
yang tidak istiqamah.
No comments:
Post a Comment