Seorang paderi Kistian yang baru
tiba di sebuah kampung bertanya kepada seorang budak lelaki berkopiah.
Tanya paderi Kristian: “Boleh
kamu tunjukkan saya jalan untuk pergi ke rumah Ketua Kampung? Saya baru saja
tiba di sini”
Budak itu menjawab: “Boleh tuan. Tuan ikut jalan ini kemudian jalan lurus. Apabila tuan nampak serumpun pokok
buluh, tuan belok ke kanan. Sampai saja di tepi sungai, tuan seberang sungai
itu. Tuan jalan terus ke depan dan tuan akan ternampak rumah yang ada telaga di
sebelah kiri. Itulah rumah Ketua Kampung tuan..”
Paderi mengucapkan terima kasih
kepada budak itu. Lalu dia berkata: “Sebagai membalas budi baik kamu, mahukah
kalau saya tunjukkan jalan ke syurga?”
Tujuan si paderi itu tidak lain
tidak bukan adalah untuk menyampaikan ajaran Kristian kepada kanak-kanak
tersebut.
Budak Muslim itu bertanya:
“Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke syurga?”
Paderi menjawab: “Memang itulah
tugas saya setiap hari.”
Budak pintar menjawab:
“Bagaimana
tuan mahu menunjukkan jalan ke syurga kepada saya sedangkan tuan sendiri
bertanya kepada saya untuk pergi ke rumah Ketua Kampung?”
Hanya mereka yang telah berada
pada jalan kebenaran sahaja yang mampu membimbing orang lain ke jalan yang
benar.
No comments:
Post a Comment