Al-Qur’an
sebagai kitab rujukan dan sumber utama pengajaran Islam bukan sahaja menarik
minat pemikir Islam tetapi juga bukan Islam untuk mengkaji isi kandungannya. Selama
berkurun lamanya, umat Islam berpegang kepada tafsiran yang ma’thur iaitu
tafsiran ayat al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an, tafsir ayat dengan hadith,
tafsir ayat denga pandangan sahabat dan tafsir ayat al-Qur’an dengan pendapat
golongan tabi’in. Maksud tafsir bil ma’thur ialah tafsir ayat al-Qur’an dengan
sandaran yang kukuh seperti sandaran kepada Nabi Muhammad saw, para sahabat dan
tabi’in sahaja. Tafsir bil ra’yi yakni pandangan akal dalam mentafsirkan ayat
al-Qur’an diikat dengan peraturan yang ketat mengambilkira keilmuan serta
kefahaman para mufassir yang dikawal rapi dengan adab yang wajib diamalkan oleh
mereka. Golongan pentafsir terdiri daripada golongan salaf mahupun khalaf tidak
pernah mentafsirkan ayat al-Qur’an menggunakan logik akal semata-mata
lebih-lebih lagi mentafsirkan ayat al-Qur’an mengikut hawa nafsu mereka.
Akhir-akhir
ini, ada golongan yang mahukan supaya al-Qur’an ditafsirkan dengan metod baru
kononnya tafsiran terdahulu sudah tidak sesuai dengan perkembangan semasa.
Golongan ini tidak berpuashati dengan tafsiran yang sedia ada dan mahukan
perubahan. Sebenarnya ketidakfahama mereka ini disebabkan terpengaruh dengan
pemikiran liberalisme Barat yang ternyata menyesatkan.
Metod
yang dinamakan metod hermeneutika ini tidak pernah dijumpai dalam mana-mana
metod tafsir ulama Islam terkemuka bahkan ianya digunakan dalam menghuraikan
kitab Bible oleh pendeta Kristian. Sudah pasti ianya diambil dari budaya
penulis Barat yang cenderung menafikan unsur wahyu dalam penulisan mereka. Kemudahan
internet dan kegilaan manusia kepada mempercayai tulisan di alam maya
memungkinkan metod hermeneutika ini diterima oleh pembaca yang tidak mempunyai
asas ilmu yang kukuh. Lebih
membimbangkan beberapa penulis Indonesia menulis mengenai kepentingan
hermeneutika dalam tafsir ayat al-Qur’an.
Dari
aspek etimologi, perkataan “hermeneutika” berasal daripada perkataan Greek atau
Yunani hermeneuin yang bermaksud tafsir, penjelasan serta penterjemahan (Fahmi
Salim, 2010). Dari segi istilahnya pula, hermeneutika dikaitkan dengan pentafsiran
kata-kata dan teks dan dapat diterjemahkan kepada bahasa dan keadaan semasa
pembaca (Nashruddin Baidan, 2005).
Hermeneutika
sebagai modul analisis data, ia berkaitan dengan pengertian data teks terutama berkaitan dengan pemaknaan suatu
ungkapan teks.
Jelasnya
istilah Hermeneutika tidak berkaitan sama sekali dengan tafsir al-Qur’an. Istilah
hermeneutika ini merujuk kepada pentafsiran teks moden yang berbeza daripada
metod pentafsiran yang menjadi amalan para ulama silam Islam. Bahkan
Hermeneutika telah menjadi metod pentafsiran Bible kerana beberapa sebab
antaranya pakar Bible sendiri tidak
yakin dengan kesahihan teks terebut, tidak wujud sebarang laporan mengenai teks
Bible yang boleh diterima umum ditambah lagi dengan tiada kelompok manusia yang
menghafal teks Bible yang telah hilang (Adian dan Abdurrahman, 2007).
Metod
hermeneutika hanya sesuai dengan pentafsiran teks Bible sebagaimana tertera
dalam Ensiklopedia Britannica 1985 sebagai “kajian tentang kaedah-kaedah umum
untuk mentafsir Bible dan tujuan utama
hermeneutika dan metod-metod takwil Yahudi dan Nasrani sepanjang sejarahnya adalah unuk menyingkap kebenaran dan nilai Bible (Fahmi Salim, 2010).
No comments:
Post a Comment