LATARBELAKANG TANAH MELAYU
Kerajaan Melayu telah lama
bertapak di Nusantara iaitu Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan awal di
rantau sebelah sini ialah Kerajaan Langkasuka di Yan, Kedah, Kerajaan Gangga Negara
di Beruas, Perak, Kerajaan Hindu Srivijaya, Kerajaan Mataram di Majapahit serta
Kerajaan Melayu Melaka. Jelas, Alam Melayu dihuni dan dikuasai oleh orang
Melayu dengan bukti-bukti sejarah yang kukuh dengan tertubuhnya kerajaan Melayu
dan pembinaan tamadun gemilang sejak dahulukala.
KEDATANGAN PENJAJAH KE TANAH MELAYU
Kedatangan penjajah telah
menjejaskan perkembangan peradaban orang Melayu di Tanah Melayu. Penjajah
Portugis, Belanda, Jepun dan British silih berganti memerintah dan mengaut
hasil bumi. Kuasa Barat datang dengan misi 3G iaitu God, Gold and Glory. Kesan-kesan
penjajahan dapat kita saksikan dalam bidang politik, social, ekonomi dan
termasuk agama.
NASIONALISME DI TANAH MELAYU
Semangat kebangsaan atau
nasionalisme di Tanah Melayu mula wujud pada awal abad ke 20. Namun kebangkitan
nasionalisme tersebut lebih berasaskan kepada perjuangan sempit bangsa
masing-masing yang dikenali sebagai nasionalisme Melayu, Cina dan India akibat
daripada dasar pecah dan perintah British.
Perkembangan awal nasionalisme
mempunyai kaitan dengan perkembangan pendidikan dan menjaga kepentingan kaum
masing-masing. Kegiatan nasionalisme Melayu dipengaruhi oleh pemimpin
berpendidikan Islam, golongan berpendidikan Melayu dan juga mereka yang
menerima pendidikan Inggeris. Gerakan nasionalisme orang Cina dan India
berkembang dengan tujuan untuk menuntut hak dan menjaga kebajikan mereka di
Tanah Melayu.
Sebelum meletusnya Perang
Dunia ke 2, pemimpin-pemimpin Melayu telah menubuhkan persatuan-persatuan
Melayu di setiap negeri yang antara kegiatannya ialah mengadakan beberapa
sirikongres bagi menerangkan mengenai perjuangan orang Melayu.
UMNO DAN MALAYAN UNION
Penjajahan Jepun yang bermula
pada tahun 1941 telah membawa kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu. Mereka
telah menggubal perlembagaan dan dasar tersendiri kepada warga di sini. Pihak
British telah menubuhkan Malayan Planning Unit (MPU) bagi merampas semula Tanah
Melayu daripada penjajah Jepun selepas Perang Dunia ke 2.
Kekalahan tentera Jepun pada
bulan Oktober 1945 telah mengembalikan Tanah Melayu untuk terus berada di bawah
penjajahan British. British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA)
dan merancang untuk menubuhkan Gagasan Malayan Union sebagai usaha
menyeragamkan pentadbiran Tanah Melayu. Konsep protectorate diubah kepada crown
colony.
Pemimpin-pemimpin Melayu
menentang rancangan penubuhan Malayan Union. Gerakan penentangan bermula di
Batu Pahat diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar yang berusaha untuk mengadakan
Kongress Melayu ke 3. Akhbar-akhbar Melayu memainkan peranan membakar semangat
perjuangan orang Melayu.
Gabungan persatuan-persatuan Melayu yang berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.
Pemikiran Dato Onn Jaafar,
ikon kepimpinan politik Melayu ialah untuk menggerakkan perpaduan orang Melayu
yang tujuan akhirnya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu termasuk
bekerjasama dengan parti-parti politik lain.
JOHOR DALAM PEMBINAAN CITRA KENEGARAAN
Sejarah Negeri Johor yang unik
dan menarik membuktikan bahawa Johor telah memulakan ciri-ciri kenegaraan yang
akhrnya mempengaruhi citra kenegaraan di peringkat nasional atau persekutuan.
Antara ciri-ciri kenegaraan
Johor yang menjadi asas kepada pembinaan citra kenegaraan di peringkat nasional
ialah:
a) Johor
telah menandatangani siri-siri perjanjian yang mengesahkan kedaulatannya
b) Gerakan
penyatuan bangsa Melayu dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
bermula di Batu Pahat di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar.
c) Maharaja
Sir Abu Bakar telah mengasaskan perlembagaan dinamakan sebagai Undang-undang
Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.
d) Johor
telah mempunyai sistem pentadbiran moden dengan pembahagian bidang kuasa raja,
Majlis Jumaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor serta memartabatkan
sistem pentadbiran daerah dan system penghulu.
e) Johor
telah memartabatkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai agama
negeri.
f) Penubuhan
Johor Military Forces (JMF) dan Johor Volunteer Forces bagi menjaga keamanan
turut melatih pegawai-pegawai tadbir Johor (JCS) bagi menjalani latihan
ketenteraan.
g) Johor
mewajibkan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak berusia 7 tahun mulai tahun 1902. Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Johor dan Sijil Darjah Khas Agama menjadi penanda aras pencapaian tahap
pendidikan agama Islam. Slogan jati diri Johor “Johor mesti jadi Johor.”
h) Tagline
Johor ialah “Muafakat itu berkat” dan “Kepada Allah kita berserah.” Kini “JDT
Luaskan Kuasamu.”
i) Senibina Johor yang mempesonakan seperti
Bangunan Istana Besar Johor Bahru, Masjid Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan
Ibrahim.
j) Pelaksanaan Undang-undang Islam yang dibawa dari
Turki oleh Sultan Abu Bakar.
k) Sultan
Abu Bakar menggerakkan Bangsa Johor.
DATO ONN JAAFAR
Dato Onn Jaafar mempunyai gaya
kepimpinan luarbiasa walaupun berasal daripada keluarga ternama dan berada. Antara
citra kepimpinan beliau adalah seperti berikut:
a) Mengutamakan
pendidikan
b) Terlibat
dengan penulisan dan kewartawanan
c) Mempunyai
pemikiran kritis
d) Sanggup
menjadi rakyat biasa
e) Pernah
menjadi orang buangan di Singapura
f) Mempunyai
bakat karyawan
g) Tidak
suka berdendam dengan kawan atau lawan
h) Menurut
titah perintah raja
i)
Menjadi orang tengah pendamai antara pembesar
dengan raja
j)
Menggerakkan nasionalisme Melayu
k) Memperjuangkan
perdamaian antara kaum
l)
Falsafah perjuangan “susah senang bersama
rakyat.”
m) Mengutamakan
pendidikan luarbandar dan dan pendidikan.
n) Menggubal
perlembagaan PTM menggantikan Malayan Union.
o) Kesanggupan
untuk berkorban dalam perjuangan politik
p) Mengasaskan
penubuhan UMNO
q) Pemimpin
berjiwa besar
r) Lebih
mementingkan rakyat daripada keluarga sendiri
s) Matinya
tidak meninggalkan harta
UMNO DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Pemimpin UMNO sedari awal
telah menggerakkan usaha-usaha kerjasama politik antara kaum. Jawatankuasa
Perhubungan Antara Kaum telah ditubuhkan sebagai konsensus politik. UMNO telah
memperjuangkan Melayu-Islam agar termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
5 perkara utama yang masih
kekal dalam Perlembagaan Persekutuan:
a) Kedudukan
Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
b) Kedudukan
Islam sebagai agama Persekutuan
c) Kedudukan
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
d) Tanggungjawan
YDPA menjaga Hak Istimewa Orang Melayu
e) Pemberian
taraf kewarganegaraan kepada kaum pendatang
Kronologi perjuangan UMNO
dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu:
a) Mulai
1946, UMNO bergerak sebagai parti politik yang menyatukan perjuangan orang
Melayu
b) UMNO
terlibat dalam Pilihanraya majlis bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dan
Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1955
c) Rombongan
ke London bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
d) UMNO
menggerakkan pembangunan bangsa Melayu dan pembangunan negara.
KONTRAK SOSIAL
Tolak ansur antara 3 kaum
utama telah menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negara yang merdeka. Persetujuan
ini berasaskan kepada semangat dan prinsip Kontrak Sosial untuk menjayakan
kemerdekaan Tanah Air.
Kontrak Sosial ini telah
meletakkan 5 perkara utama yang tidak boleh dipinda melainkan mendapat
persetujuan bertulis daripada Majlis Raja-raja Melayu.
JOHOR DAULATKAN BAHASA MELAYU
Cendekiawan Johor merupakan
antara individu terpenting yang berjuang mendaulatkan Bahasa Melayu iaitu:
·
Dato Seri Amar Diraja Abd Rahman Andak
·
Dato Muhammad Said bin Sulaiman
·
Prof Diraja Ungku Aziz
·
Tan Sri Sye Nasir Ismail
Bukti Johor mendaulatkan
Bahasa Melayu
·
Penubuhan Balai Pustaka (kemudiannya Dewan
Bahasa dan Pustaka) di Negeri Johor
·
Kebanyakan Ketua Pengarah DBP berasal dari
Negeri Johor
·
Johor negeri pertama menubuhkan Maktab Perguruan
Bahasa
PERKARA 152
·
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 3 di
Johor Bahru – menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
·
Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa-apa pun tulisan sebagaimana yang diperuntukkan
dengan undang-undang oleh Parlimen (Perkara 152).
·
Bahasa Inggeris boleh digunakan seara rasmi
selepas 10 tahun merdeka.
·
Istilah Bahasa Melayu dari perspektif ilmu.
·
Istilah Bahasa Malaysia dari perspektif politik
untuk tujuan perpaduan, kemasyarakatan dan kebudayaan.
·
Takrifan UNESCO – bahasa rasmi ialah bahasa yang
digunakan dalam urusan kerajaan seperti perundangan, pentadbiran dan kehakiman.
·
Perkara 152 diperkukuhkan dengan Penyata Razak
1956 dan Akta Bahasa 1967/68.
PINDAAN PERLEMBAGAAN 23 FEBRUARI 1971
Tun Razak menitikberatkan
kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menegaskan mengenai
Kontrak Sosial. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan oleh kerajaan bagi
mencapai aspirasi perpaduan nasional.
PERKARA 153
·
YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
·
Antaranya perkhidmatan awam, biasiswa, system
kuota dan lessen perniagaan.
·
Tanah Rezab Melayu (Perkara 89).
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Kerajaan juga bersikap liberal
dengan melaksanakan sistem meritokrasi, membuka MRSM sebanyak 10% kepada bukan
Melayu, pengenalan Biasiswa Nasional, Model Ekonomi Baru dan pengantarabangsaan
IPTA.
KEDUDUKAN ISLAM
Dari segi pentadbiran, urusan
berkaitan agama Islam diletakkan di bawah Kerajaan Negeri. Sultan adalah Ketua
Agama dan adat istiadat kecuali negeri-negeri yang tidak beraja terletak di
bawah YDPA.
KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU
Raja-raja Melayu adalah Raja
Berperlembagaan. Institusi Raja merupakan balance of power kepada sistem
Parlimen. YDPA dipilih secara bergilir-gilir dari kalangan Raja-raja Melayu
setiap 5 tahun sekali.
HAK KERAKYATAN
Perlembagaan menetapkan bahawa
kerakyatan diberikan kepada penduduk negara ini yang lahir dan bermastautin dalam
satu tempoh tertentu. Hal kerakyatan tersebut menggunapakai Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kerakyatan merupakan indikator utama yang mengaitkan
seseorang dengan negaranya selaras dengan undang-undang antarabangsa. Konsep
rakyat adalah berbeza dengan konsep penduduk tetap.
No comments:
Post a Comment