Harapan menggunung kepada
sesiapa sahaja yang menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat ialah
sepertimana yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam surat terbukanya
kepada Presiden Barack Obama. Tun mewakili masyarakat antarabangsa yang
terjejas dengan dasar-dasar luar Amerika Syarikat.
Sembilan tindakan yang mesti
diambil oleh Obama ialah:
1. Berhenti
membunuh orang ramai yang tidak berdosa bagi mencapai matlamat kuasa besar.
2. Berhenti
menyokong Israel yang melakukan keganasan di Semenanjung Gaza dengan
menggunakan wang dan senjata Amerika Syarikat.
3. Berhenti
mengenakan sekatan kepada negara-negara yang bertentangan dengan kehendak
Amerika Syarikat.
4. Memberhentikan
saintis dan penyelidik Amerika Syarikat daripada terus mencipta senjata canggih
untuk membunuh ramai manusia.
5. Berhenti
mengeluar dan mejual senjata kepada dunia.
6. Tidak
memaksa seluruh dunia mengamalkan sistem demokrasi yang hanya sesuai dengan
Amerika Syarikat sahaja.
7. Berhenti
daripada meneruskan dana lindung nilai, terbitan dan perdagangan matawang. Juga
berhenti daripada memberikan pinjaman bank berbilion dollar daripada wang yang
sebenarnya tidak wujud.
8. Menandatangani
Perjanjian Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain.
No comments:
Post a Comment