David Ben Gurion |
Beberapa hari sebelum Tanah Melayu merdeka, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah menghantar surat mengucapkan tahniah kepada Tunku Abd Rahman bersempena dengan Perisytiharan Kemerdekaan yang akan dibuat oleh Tunku.
Moshe Sherett |
Sebelum itu, Moshe Sherett yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel kedua pula telah datang ke Tanah Melayu untuk berjumpa dengan Tunku Abd Rahman pada 14 Oktober 1956 dengan hasrat untuk membuka Kedutaan Israel di Kuala Lumpur. Tunku menolak cadangan tersebut.
Menteri Luar Israel telah meminta supaya sahabat baik Tunku iaitu Lim Kee Siong yang berada di Israel atas urusan Kejohanan Bolasepak Asia pada bulan Mei 1964 agar dapat memujuk Tunku namun semuanya telah ditolak oleh Tunku.
Passport Malaysia tidak memungkinkan rakyat Malaysia berkunjung ke Israel sehingga kini. Namun usaha untuk mengawal Malaysia tetap diteruskan. Siapakah boneka mereka?
Assalamualaikum, memang betul pasport kita tak membolehkan kita ke sana tapi oleh Kementerian Dalam Negeri, pihak Israel pula menerima sahaja kita untuk ke sana, mahal siap tawarkan untuk cop imigresen di atas kertas khas bukan di dalam pasport lagi...
ReplyDelete