|
Islam tidak disebarkan melalui peperangan namun peperangan wujud atas sebab tertentu |
Sayyidina Ali mempunyai sebuah pedang yang sangat terkenal. Pedang baginda yang bernama Zulfaqar sentiasa dibawa dalam setiap peperangan menentang musuh. Sayyidina Ali beraksi hebat dalam semua pertempuran baginda sehingga mencapai kemenangan.
|
Pedang Zulfaqar dipercayai tersimpan di Muzium Arab Saudi |
Seorang sahabat yang mendengar cerita mengenai kehebatan pedang tersebut tertarik untuk mencuba menggunakannya, Beliau berkata kepada Sayyidina Ali:
Bolehkah aku meminjam pedangmu wahai Ali? Aku sangat tertarik dengan cerita yang aku dengar maka aku berhasrat untuk meminjamnya supaya aku dapat merasai kehebatan pedangmu itu.
Sayyidina Ali pun meminjamkan pedangnya kepada sahabat yang meminta. Sahabat tersebut kemudiannya pergi berperang dengan pedang Sayyidina Ali.
|
Pedang Amru bin Al-As |
Setelah habis berperang, pedang tersebut dipulangkan kembali dan Ali bertanya:
Bagaimana dengan pedangku itu?
Jawapan yang diterima Ali:
Aku telah menggunakan pedang. Tetapi aku mendapati ianya hanyalah pedang biasa sama seperti pedang yang lain dan aku tidak nampak apa-apa kelebihan pedang ini. Tidak sepertimana cerita yang aku dengar sebelum ini.
Sayyidina Ali menjawab:
Kamu hanya meminjam pedangnya tetapi kamu tdak meminjam tangan yang menggunakan pedang tersebut.
|
Salah sebuah pedang yang digunakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah |
Begitulah juga dengan teknologi yang kita gunakan pada hari ini. Teknologi yang canggih hanyalah alat yang boleh digunakan untuk manfaat manusia sejagat. Sekiranya kita menggunakannya untuk kebaikan maka kita dapat berbakti kepada manusia lain namun jika sebaliknya yang berlaku, kemusnahan alam dan kehilangan nilai kemanusiaan pasti terjadi. Hakisnya nilai-nilai murni akibat kerakusan manusia menyalahgunakan teknologi.
No comments:
Post a Comment