Thursday, August 20, 2009

MASUK SYURGA

Anak saya yang masih kecil kalau nakal akan saya tanya kepadanya. Boleh tak lawan cakap ibubapa? Tak boleh jawabnya. Ustazah cakap kalau lawan cakap ibubapa nanti berdosa. Kalau berdosa nanti masuk neraka. Dengan cara itu, anak saya boleh dikawal dan terus peluk ibunya. Ibu boleh membawa anak ke syurga. Insya Allah.

Syurga adalah matlamat akhir setiap manusia Muslim. Ketua Penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok bila ditikam oleh Marjinah, hamba Ali Baba senyum..Ali Baba bertanya kenapa engkau senyum jawab Ketua Penyamun, Aku mati dalam imaaan...kalau mati dalam iman dapatlah masuk syurga...

Teringat saya kepada lagu Alleycat...Ku nanti mu di pintu syurgaaa.....entah pintu yang mana..pintu orang yang berpuasa dengan penuh keimanan ke....pintu yang ke sebelas kee..namun ku punya hati..ingin masuk syurga...

Semua mahu masuk syurga. Dan pelbagai jenama diberikan kepada syurga sebagai label alam penuh kenikmatan...Nirvana kata pengikut Buddha...dan lain-lain lagi..semua mahu masuk syurga...syurga sepertimana dalam ajaran Islam tidak boleh disamakan dengan syurga agama lain..nanti orang kata saya sesat pulak..bila tak faham..

Dalam Perang Siffin, apabila tentera Muawiah hampir kalah, ada di kalangan tentera Muawiah yang mengangkat senjata termasuk tombak dan diletak mashaf al-Qur'an di hujung senjata sambil menyeru supaya kembali kepada al-Qur'an. Kesannya, tentera Ali berpecah dua. Satu golongan berpendapat ini taktik pasukan yang nak kalah. Satu golongan lagi terkesan dengan seruan perdamaian. Lihat lah beberapa patah perkataan disertai dengan memegang al-Qur'an tidak kira ikhlas atau strategi telah berjaya memecahkan saf tentera Ali. Saidina Ali tahu ini taktik namun tetap akur dengan kehendak ramai. Berlaku lah Majlis Tahkim. Sejarah mencatatkan wakil Saidina Ali telah di'politik'kan oleh kebijaksanaan wakil Muawiah Amru bin Al-As. Peristiwa perselisihan antara Ali dan Muawiah tidak berani dihukum oleh semua ulamak lantaran kedua-duanya adalah sahabat Nabi s.a.w. Ali dijamin syurga sejak beliau kanak-kanak. Muawiah penulis wahyu lantikan Nabi s.a.w. Jasa Muawiah menubuh Kerajaan Bani Umayyah hingga kerajaan beliau berjaya melaksana janji Nabi s.a.w. merobek Kerajaan Rom melalui latihan ketenteraan yang berlatih perang pada musim sejuk dan musim panas hingga membawa kepada penubuhan Kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) mungkin nenek moyang Alberto dan Rossalinda memeluk Islam pada ketika itu. Ulamak sepanjang zaman tidak berani menghukum siapakah Tuah atau Jebat dalam peristiwa ini. Tuah dan Jebat tidak layak langsung dianalogikan dengan dua tokoh Islam ini cuma dari segi heroisme nya tidak pernah menjadi academic exercise ulamak dari mazhab mana sekalipun. Itu maksud saya. Kecuali Syiah yang terlalu menunjukkan simpati berlebihan hinggga membawa kepada masalah akidah. Siapa berani mengatakan Muawiah bersalah? Sesungguhnya sejarah adalah iktibar yang sepatutnya menggurui kita semua dalam mencari kebenaran di akhir zaman ini.

Pasti ada yang mengatakan. UMNO dan PAS sama hebat dengan Ali dan Muawiah ke? Juga akan mengatakan (agaknya) maksud kawe bukan UMNO tak masuk syurga...itu kiasan sahaja..yang melatah tu pasal ape...? Siapa makan cili rasa lah pedasnyo...Umat Islam bangsa Melayu makin diketawakan oleh orang lain..

Seorang guru berbangsa Cina mengatakan kepada saya...berilah anak mendiang Beng Hock anak yang sah taraf kerana kita Cina lain...engkau orang Muslim lain...jangan samakan kami dengan engkau orang...kita orang biasa buat dulu.... ada ulamak yang nak menghalalkan anak mendiang??? Kawe tanyo jah...wassalam..

No comments:

Post a Comment