Thursday, August 20, 2009

FIKIR DAHULU SEBELUM BERKATA

Manusia diberikan akal fikiran. Akal fikiran meletakkan manusia sebagai makhluk yang ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dalam kehidupan di dunia bagi dinilai di akhirat nanti. Akal terbatas dan tidak ke mana tanpa bimbingan wahyu. Kalau manusia tidak berakal maka manusia tidak diberikan wahyu. Haiwan tidak berakal justeru tidak perlu didatangi wahyu lewat Rasul. Manusia yang tidak berakal tidak diwajibkan melakukan ibadah tertentu. Untuk ibadah kena statusnya dikira berakal. Kalau tidak berakal tidak wajib dan tidak sah ibadah yang dilakukan. Manusia tidak boleh mendewakan akal semata-mata namun tanpa akal manusia tidak diwajibkan ibadah. Itu maksud penggunaan akal bukan akal yang menentukan nilai sesuatu. Akal guna untuk mensabitkan kebenaran wahyu bukan akal mengatasi wahyu.

Antara kegunaan akal ialah berfikir dahulu sebelum bercakap. Bukan bercakap dahulu kemudian baru difikirkan bagaimana untuk mempertahankan apa yang telah terlepas cakap. Mungkin seseorang boleh membuat decision making tree atau apa sahaja proses yang sama untuk membuat goresan apa akibatnya kalau mengeluarkan kata-kata.

Apa akibatnya kalau mengeluarkan sesuatu pernyataan terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara?







No comments:

Post a Comment