Tuesday, June 14, 2016

UMNO: SEJARAH, PERJUANGAN DAN IDEOLOG


LATARBELAKANG TANAH MELAYU


Kerajaan Melayu telah lama bertapak di Nusantara iaitu Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan awal di rantau sebelah sini ialah Kerajaan Langkasuka di Yan, Kedah, Kerajaan Gangga Negara di Beruas, Perak, Kerajaan Hindu Srivijaya, Kerajaan Mataram di Majapahit serta Kerajaan Melayu Melaka. Jelas, Alam Melayu dihuni dan dikuasai oleh orang Melayu dengan bukti-bukti sejarah yang kukuh dengan tertubuhnya kerajaan Melayu dan pembinaan tamadun gemilang sejak dahulukala.

KEDATANGAN PENJAJAH KE TANAH MELAYU

Kedatangan penjajah telah menjejaskan perkembangan peradaban orang Melayu di Tanah Melayu. Penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British silih berganti memerintah dan mengaut hasil bumi. Kuasa Barat datang dengan misi 3G iaitu God, Gold and Glory. Kesan-kesan penjajahan dapat kita saksikan dalam bidang politik, social, ekonomi dan termasuk agama.

NASIONALISME DI TANAH MELAYU

Semangat kebangsaan atau nasionalisme di Tanah Melayu mula wujud pada awal abad ke 20. Namun kebangkitan nasionalisme tersebut lebih berasaskan kepada perjuangan sempit bangsa masing-masing yang dikenali sebagai nasionalisme Melayu, Cina dan India akibat daripada dasar pecah dan perintah British.

Perkembangan awal nasionalisme mempunyai kaitan dengan perkembangan pendidikan dan menjaga kepentingan kaum masing-masing. Kegiatan nasionalisme Melayu dipengaruhi oleh pemimpin berpendidikan Islam, golongan berpendidikan Melayu dan juga mereka yang menerima pendidikan Inggeris. Gerakan nasionalisme orang Cina dan India berkembang dengan tujuan untuk menuntut hak dan menjaga kebajikan mereka di Tanah Melayu.

Sebelum meletusnya Perang Dunia ke 2, pemimpin-pemimpin Melayu telah menubuhkan persatuan-persatuan Melayu di setiap negeri yang antara kegiatannya ialah mengadakan beberapa sirikongres bagi menerangkan mengenai perjuangan orang Melayu.

UMNO DAN MALAYAN UNION

Penjajahan Jepun yang bermula pada tahun 1941 telah membawa kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu. Mereka telah menggubal perlembagaan dan dasar tersendiri kepada warga di sini. Pihak British telah menubuhkan Malayan Planning Unit (MPU) bagi merampas semula Tanah Melayu daripada penjajah Jepun selepas Perang Dunia ke 2.

Kekalahan tentera Jepun pada bulan Oktober 1945 telah mengembalikan Tanah Melayu untuk terus berada di bawah penjajahan British. British telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA) dan merancang untuk menubuhkan Gagasan Malayan Union sebagai usaha menyeragamkan pentadbiran Tanah Melayu. Konsep protectorate diubah kepada crown colony.

Pemimpin-pemimpin Melayu menentang rancangan penubuhan Malayan Union. Gerakan penentangan bermula di Batu Pahat diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar yang berusaha untuk mengadakan Kongress Melayu ke 3. Akhbar-akhbar Melayu memainkan peranan membakar semangat perjuangan orang Melayu.   

Gabungan persatuan-persatuan Melayu yang berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.

Pemikiran Dato Onn Jaafar, ikon kepimpinan politik Melayu ialah untuk menggerakkan perpaduan orang Melayu yang tujuan akhirnya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu termasuk bekerjasama dengan parti-parti politik lain.


JOHOR DALAM PEMBINAAN CITRA KENEGARAAN

Sejarah Negeri Johor yang unik dan menarik membuktikan bahawa Johor telah memulakan ciri-ciri kenegaraan yang akhrnya mempengaruhi citra kenegaraan di peringkat nasional atau persekutuan.

Antara ciri-ciri kenegaraan Johor yang menjadi asas kepada pembinaan citra kenegaraan di peringkat nasional ialah:

a)      Johor telah menandatangani siri-siri perjanjian yang mengesahkan kedaulatannya
b)  Gerakan penyatuan bangsa Melayu dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum bermula di Batu Pahat di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar.
c)    Maharaja Sir Abu Bakar telah mengasaskan perlembagaan dinamakan sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.
d)   Johor telah mempunyai sistem pentadbiran moden dengan pembahagian bidang kuasa raja, Majlis Jumaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor serta memartabatkan sistem pentadbiran daerah dan system penghulu.
e)  Johor telah memartabatkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai agama negeri.
f)      Penubuhan Johor Military Forces (JMF) dan Johor Volunteer Forces bagi menjaga keamanan turut melatih pegawai-pegawai tadbir Johor (JCS) bagi menjalani latihan ketenteraan.
g)   Johor mewajibkan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak berusia 7 tahun  mulai tahun 1902. Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan Sijil Darjah Khas Agama menjadi penanda aras pencapaian tahap pendidikan agama Islam. Slogan jati diri Johor “Johor mesti jadi Johor.”

h)  Tagline Johor ialah “Muafakat itu berkat” dan “Kepada Allah kita berserah.” Kini “JDT Luaskan Kuasamu.”
i)   Senibina Johor yang mempesonakan seperti Bangunan Istana Besar Johor Bahru, Masjid Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Ibrahim.

j)       Pelaksanaan Undang-undang Islam yang dibawa dari Turki oleh Sultan Abu Bakar.
k)      Sultan Abu Bakar menggerakkan Bangsa Johor.

DATO ONN JAAFAR

Dato Onn Jaafar mempunyai gaya kepimpinan luarbiasa walaupun berasal daripada keluarga ternama dan berada. Antara citra kepimpinan beliau adalah seperti berikut:

a)      Mengutamakan pendidikan
b)      Terlibat dengan penulisan dan kewartawanan
c)       Mempunyai pemikiran kritis
d)      Sanggup menjadi rakyat biasa
e)      Pernah menjadi orang buangan di Singapura
f)       Mempunyai bakat karyawan
g)      Tidak suka berdendam dengan kawan atau lawan
h)      Menurut titah perintah raja
i)        Menjadi orang tengah pendamai antara pembesar dengan raja
j)        Menggerakkan nasionalisme Melayu
k)      Memperjuangkan perdamaian antara kaum
l)        Falsafah perjuangan “susah senang bersama rakyat.”
m)    Mengutamakan pendidikan luarbandar dan dan pendidikan.
n)      Menggubal perlembagaan PTM menggantikan Malayan Union.
o)      Kesanggupan untuk berkorban dalam perjuangan politik
p)      Mengasaskan penubuhan UMNO
q)      Pemimpin berjiwa besar
r)       Lebih mementingkan rakyat daripada keluarga sendiri
s)       Matinya tidak meninggalkan harta

UMNO DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Pemimpin UMNO sedari awal telah menggerakkan usaha-usaha kerjasama politik antara kaum. Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum telah ditubuhkan sebagai konsensus politik. UMNO telah memperjuangkan Melayu-Islam agar termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

5 perkara utama yang masih kekal dalam Perlembagaan Persekutuan:

a)      Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
b)      Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan
c)       Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
d)      Tanggungjawan YDPA menjaga Hak Istimewa Orang Melayu
e)      Pemberian taraf kewarganegaraan kepada kaum pendatang

Kronologi perjuangan UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu:

a)      Mulai 1946, UMNO bergerak sebagai parti politik yang menyatukan perjuangan orang Melayu
b)      UMNO terlibat dalam Pilihanraya majlis bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dan Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1955
c)       Rombongan ke London bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
d)      UMNO menggerakkan pembangunan bangsa Melayu dan pembangunan negara.

KONTRAK SOSIAL

Tolak ansur antara 3 kaum utama telah menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negara yang merdeka. Persetujuan ini berasaskan kepada semangat dan prinsip Kontrak Sosial untuk menjayakan kemerdekaan Tanah Air.

Kontrak Sosial ini telah meletakkan 5 perkara utama yang tidak boleh dipinda melainkan mendapat persetujuan bertulis daripada Majlis Raja-raja Melayu.

JOHOR DAULATKAN BAHASA MELAYU

Cendekiawan Johor merupakan antara individu terpenting yang berjuang mendaulatkan Bahasa Melayu iaitu:

·         Dato Seri Amar Diraja Abd Rahman Andak
·         Dato Muhammad Said bin Sulaiman
·         Prof Diraja Ungku Aziz
·         Tan Sri Sye Nasir Ismail

Bukti Johor mendaulatkan Bahasa Melayu

·         Penubuhan Balai Pustaka (kemudiannya Dewan Bahasa dan Pustaka) di Negeri Johor
·         Kebanyakan Ketua Pengarah DBP berasal dari Negeri Johor
·         Johor negeri pertama menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa

PERKARA 152

·         Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 3 di Johor Bahru – menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
·         Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa pun tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen (Perkara 152).
·         Bahasa Inggeris boleh digunakan seara rasmi selepas 10 tahun merdeka.
·         Istilah Bahasa Melayu dari perspektif ilmu.
·         Istilah Bahasa Malaysia dari perspektif politik untuk tujuan perpaduan, kemasyarakatan dan kebudayaan.
·         Takrifan UNESCO – bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan kerajaan seperti perundangan, pentadbiran dan kehakiman.
·         Perkara 152 diperkukuhkan dengan Penyata Razak 1956 dan Akta Bahasa 1967/68.

PINDAAN PERLEMBAGAAN 23 FEBRUARI 1971

Tun Razak menitikberatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta menegaskan mengenai Kontrak Sosial. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan oleh kerajaan bagi mencapai aspirasi perpaduan nasional.

PERKARA 153

·         YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
·         Antaranya perkhidmatan awam, biasiswa, system kuota dan lessen perniagaan.
·         Tanah Rezab Melayu (Perkara 89).

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Kerajaan juga bersikap liberal dengan melaksanakan sistem meritokrasi, membuka MRSM sebanyak 10% kepada bukan Melayu, pengenalan Biasiswa Nasional, Model Ekonomi Baru dan pengantarabangsaan IPTA.

KEDUDUKAN ISLAM

Dari segi pentadbiran, urusan berkaitan agama Islam diletakkan di bawah Kerajaan Negeri. Sultan adalah Ketua Agama dan adat istiadat kecuali negeri-negeri yang tidak beraja terletak di bawah YDPA.



KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU

Raja-raja Melayu adalah Raja Berperlembagaan. Institusi Raja merupakan balance of power kepada sistem Parlimen. YDPA dipilih secara bergilir-gilir dari kalangan Raja-raja Melayu setiap 5 tahun sekali.

HAK KERAKYATAN

Perlembagaan menetapkan bahawa kerakyatan diberikan kepada penduduk negara ini yang lahir dan bermastautin dalam satu tempoh tertentu. Hal kerakyatan tersebut menggunapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kerakyatan merupakan indikator utama yang mengaitkan seseorang dengan negaranya selaras dengan undang-undang antarabangsa. Konsep rakyat adalah berbeza dengan konsep penduduk tetap.  









      






Wednesday, December 23, 2015

JAMBORI FARHANI DI PANGKOR











Sunday, April 19, 2015

PROFIL

























DOA PERASMIAN SEMINAR PERSURATAN MELAYU 2014



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau Maha Mengetahui, Kami berhimpun pada malam ini, bagi menyatakan rasa syukur kami pada Mu, atas limpah kurnia Mu mengizinkan kami melaksanakan Seminar Persuratan Melayu Johor bagi tahun 2014 dengan jaya. Tiada makna usaha kami tanpa restu Mu.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar,

Jadikanlah sepanjang hari berlangsungnya Seminar Persuratan Melayu ini, permulaannya rahmah, pertengahannya barakah, pengakhirannya maghfirah. Lantaran di bumi bertuah Johor yang indah, terakam dalam memori sejarah, pejuang bahasa, penggiat sastera, pencinta budaya, semakin resah, anak muda semakin tidak endah, persuratan Melayu disangka peninggalan penjajah, di zaman ICT yang menggugah, iman bisa semakin goyah..

Sedangkan dulunya dengan bahasa Melayu Islam tersebar, ulama Nusantara memang tersohor, Tun Jana Khatib berbahasa Melayu, Habib Noh wali Melayu.

Ya Allah Rabbiul Izzati

Kami mohon ke hadrat Mu Ilahi,
Engkau jadikan seminar ini
Sebagai wadah untuk kami bersatupadu,
Bekerjasama dan bantu membantu,
Membangun Negara dalam menghadapi alaf baru

Agar

Bahasa Melayu dapat diangkat,
Persuratan Melayu dimartabat,
Penulis dan masyarakat semakin rapat,
Pejuang terdahulu senantiasa diingat,
Rasa cinta kepada bahasa kian erat
Di bawah payung raja Melayu berdaulat

Ya Allah Ya Hannan Ya Mannan,

Lorongkan keimanan
Mantapkan kecekalan
Permudahkan urusan
Capaikan wawasan
Pancarkan kesungguhan
Demi kami bekerja untuk watan
Penutur Bahasa Melayu mendapat perlindungan
Dari mereka yang ingin menjahanamkan
Tulisan Jawi daripada penulisan
Kerana ia penyambung warisan.


Akhirnya Ya Allah,

Kami mohon pada Mu Tuhan
Agar Melayu tidak ketinggalan
Kuasa tetap dalam pegangan
Anak cucu dapat diselamatkan





Tuesday, January 13, 2015

DOA PERPISAHAN GURU BERPINDAH


Ya Allah Engkaulah Pengurnia kenikmatan dan kesejahteraan



Kami rafakkan kesyukuran atas izin dan inayah Mu , dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman Mu, kami dapat menghadiri Majlis sempena meraikan pertukaran Puan Zulaiha Paikon pada pagi yang berbahagia ini.



Ya Allah Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan,



Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keisafan bahawa kami hamba Mu tidak terlepas dari sunnah alam kurniaan Mu, kegelapan malam disulami dengan siang terang benderang, setiap pertemuan ada detik perpisahan, justeru dengan kudrat dan iradah Mu serta kuasa kun fayakun Mu, jadikan majlis bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang penuh keberkatan dan kasih sayang, perpisahan selepasnya, penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.



Ya Allah Tuhan seru sekelian alam,



Sesungguhnya Engkau amat menyayangi hamba Mu yang apabila melaksanakan tugasan dan amanah dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap cemerlang, oleh itu kurniakanlah kepada insan yangkami raikan, Puan Zulaiha Paikon, pejuang bahasa pendidik bangsa, penggiat sastera pencinta budaya untuk terus menyumbang bakti menabur jasa di tempat baru dengan penuh iltizam.



Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang,



Jadikan tangisan perpisahan sebagai benteng kami daripada api neraka kerana titisan air mata yang tumpah ke tanah lantaran eratnya ukhuwwah, kukuhnya mahabbah dalam suasana kerja penuh mawaddah sesungguhnya hidup bersaudara tersangat indah.



Ya Allah berilah bahagia kepadanya, hapuskan dukanya, berkatkan rezekinya, sihatkan jasmaninya, ikhlaskan hatinya dalam melalui denai kehidupan semakin mencabar, kerja guru menuntut sabar insya Allah ganjaran menanti daripada al-Jabbar.



Semoga hari-hari yang telah berlalu di SMK DMYS dengan segala kenangan suka duka, susah senang, pahit manis melalui kesatuan hati dan emosi, keserasian minda serta tindakan, mendapat ganjaan dari al-Rahman, kepada Allah kita berserah moga amalan mendapat berkah.



Ampunkan dosa kami, dosa ibubapa kami dan dosa sekelian Muslimin dan Muslimat walau di mana berada..