Empayar British merupakan
antara empayar terbesar dalam sejarah
dunia. Kesan penjajahan British banyak
mempengaruhi apa yang kita lihat pada hari ini. Wilayah penguasaan empayar
tersebut meliputi hampir satu perempat dunia serta mengawal lebih daripada 400
juta manusia melebihi satu perempat daripada penduduk dunia keseluruhannya.
Selepas berakhirnya Perang
Dunia ke 2, wilayah-wilayah utama milik British telah mencapai kemerdekaan. Ramai
yang beranggapan bahawa penjajahan British hanya berakhir apabila Hong Kong
dikembalikan kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997.
Dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti perdagangan, wang serta pengembaraan, penjajah British bermula dengan
kumpulan Elizabethans melakukan penjajahan Amerika Utara. Pemerdagangan hamba
menjadi asas kepada Empayar British di negara-negara Hindia Barat membuktikan
bahawa kemakmuran yang dibawa ke Britain adalah atas kesengsaraan manusia lain.
Namun, penjajahan di Amerika Utara berakhir apabila penduduk di sana enggan membayar
cukai dan akhirnya mendapatkan kembali kemerdekaan mereka. Kehilangan 13 koloni
pada tahun 1783 telah menjatuhkan keegoan empayar mereka.
Empayar British kemudiannya
telah mengalihkan fokus mereka daripada wilayah-wilayah sekitar Amerika Utara
kepada wilayah-wilayah di Pasifik, Asia dan Afrika. Kemenangan British
mengalahkan penguasaan Napoleon Bonaparte dari Perancis pada tahun 1815 memberi
peluang kepada Britain untuk menguasai wilayah-wilayah yang lebih besar di India
dan Afrika lantaran tidak wujud lagi saingan kuasa besar pada ketika itu. Ini
memberi peluang kepada Britain menjadi polis dunia serta memperkenalkan Pax
Britannica kepada seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment