Monday, July 1, 2013

KONSEP INSAN




1.       Insan ialah makhluk istimewa kerana boleh berfikir, menerima ilmu dan berkehendak.
2.       Asal kejadian manusia bermula daripada penciptaan Nabi Adam.
3.       Proses kejadian manusia

Nutfah (persenyawaan) - alaqah (segumpal darah) -  mudghah (seketul daging) -  tulang dan daging - janin (Allah tiupkan roh ketika berusia 4 bulan)

4.       Keistimewaan manusia

Ø  Memiliki akal fikiran untuk berfikir
Ø  Dilantik menjadi rasul untuk membimbing manusia
Ø  Berbudaya/bertamadun yang berusaha meningkatkan taraf hidup
Ø  Dilantik sebagai khalifah untuk memakmurkan alam
Ø  Mempunyai bentuk fizikal yang menarik berbanding makhluk lain

5.       Tanggungjawab manusia

a)      Kepada Allah

Ø  Menyembah Allah untuk memantapkan keimanan
Ø  Mentaati perintahNya seperti solat
Ø  Menjauhi laranganNya seperti tidak minum arak
Ø  Bersyukur atas nikmatNya dengan menggunakan nikmat dengan sebaiknya
Ø  Sentiasa mengingati Allah dengan cara berzikir

b)      Kepada sesama manusia

Ø  Memelihara hak-hak manusia seperti membantu jiran yang susah
Ø  Saling hormat-menghormati agar negara aman

c)       Kepada alam

Ø  Memakmurkan alam seperti membuat pembangunan secara terancang
Ø  Memelihara dan memulihara alam supaya tidak berlaku pencemaran

KONSEP KERASULAN




1.    Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak dikehendakki menyampaikannya kepada orang lain.

2.  Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendakki menyampaikannya kepada orang lain.

3.       Beza Nabi dan Rasul.

Nabi:
Ø  Diberi wahyu untuk dirinya.
Ø  Bilangannya ramai
Ø  Nabi tidak semestinya Rasul
Ø  Tidak diturunkan kitab
Ø  Tidak wajib mengetahui bilangan dan nama Nabi.

Rasul:
Ø  Diberi wahyu untuk diri dan wajib disampaikan kepada orang lain.
Ø  Bilangannya 313 orang.
Ø  Setiap Rasul ialah Nabi.
Ø  Menerima kitab dan suhuf
Ø  Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul.

4.       Rasul Ulul Azmi ialah mereka yang memiliki kesabaran yang amat tinggi ketika berdakwah.

5.       Rasul Ulul Azmi

Ø  Nabi Muhammad
Ø  Nabi Ibrahim
Ø  Nabi Musa
Ø  Nabi Isa
Ø  Nabi Nuh

6.       Sifat-sifat Rasul

Sifat wajib

Ø  Siddiq
Ø  Amanah
Ø  Tabligh
Ø  Fatanah

Sifat Mustahil

Ø  Kizbu
Ø  Khiyanah
Ø  Kitman
Ø  Baladah

Sifat Harus

Ø  Nabi hidup seperti manusia biasa.

7.       Peranan rasul

Ø  Menyeru manusia mentauhidkan Allah sebagai Tuhan Yang Esa
Ø  Mengajar perkara ghaib seperti syurga dan neraka
Ø  Menyampaikan berita gembira tentang balasan syurga untuk yang taat
Ø  Menyampaikan berita dukacita tentang balasan neraka untuk yang ingkar
Ø  Menyeru kepada kebaikan untuk kesejahteraan manusia
Ø  Membaiki akhlak manusia supaya berakhlak mahmudah
Ø  Mengajar manusia cara beribadat yang betul seperti cara solat

8.  Maksum ialah para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan dosa atau perkara yang mencacatkan kemuliaan mereka sebagai rasul.

9.       Sebab rasul perlu bersifat maksum

Ø  Untuk menjaga martabat mereka sebagai utusan Allah
Ø  Untuk menjadi contoh ikutan kepada manusia seperti cara bergaul serta bertingkahlaku.
Ø  Mereka membawa syariat yang besar sebagai peraturan hidup manusia.

10.   Cara beradab dengan rasul

Ø  Berselawat kepada rasul dengan hati yang ikhlas
Ø  Beriman dengan ajaran yang dibawa tanpa ragu-ragu
Ø  Mengamalkan sunnah rasul dalam hidup seharian
Ø  Mengasihi rasul melebihi makhluk lain
Ø  Mentaati ajaran rasul secara menyeluruh.

11. Mukjizat ialah perkara luarbiasa yang dianugerahkan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membulktikan kebenaran kenabian mereka dan melemahkan musuh.

12.   Perkara luarbiasa lain

Ø  Karamah: Perkara luarbiasa berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt.
Ø  Maunah: Perkara luarbiasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa diusahakan untuk mempelajarinya.
Ø  Sihir: Perkara luarbiasa yang boleh dipelajari dengan kuasa jahat seperti jin.
Ø  Irhas: Perkara luarbiasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah sebagai rasul.
ØIstidraj: Perkara luarbiasa yang berlaku kepada orang yang derhaka kepada Allah untuk menyesatkannya lagi.

TAUHID RUBUBIYYAH




ASAS PEMIKIRAN ISLAM

PELAJARAN 1 KONSEP KETUHANAN

1.       Rububiyyah ialah keyakinan dalam hati bahawa Allah yang mentadbir  semua perkara dan benda di alam ini.

2.       Konsep Rububiyyah

Ø  Allah pencipta, pemilik dan pentadbir alam
Ø  Allah berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya
Ø  Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi

3.       Uluhiyyah ialah mengakui hanya Allah sahaja yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.

4.       Konsep Uluhiyyah

Ø  Mengakui hanya Allah yang layak disembah dan ditaati
Ø  Paksi utama tauhid Uluhiyyah ialah dua kalimah syahadah
Ø  Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah dianggap sesat

5.       Asma’ Wa Sifat ialah Allah memiliki nama-nama yang indah dan mulia serta memiliki sifat-sifat yang sempurna.

6.       Asma’ul Husna ialah Allah memiliki nama yang indah dan mulia.

7.       Allah memiliki 99 nama, 41 sifat (20 sifat wajib, 20 sifat mustahil, 1 sifat harus).

8.       Fitrah beragama ialah naluri semulajadi manusia yang mengakui wujudnya Allah.

9.       Peranan agama dalam membina tamadun manusia

Ø  Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan Negara.
Ø  Mewajibkan umat Islam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan asas pembangunan.
Ø  Menggalakkan umat Islam berfikir secara kreatif dan inovatif supaya mampu mencipta sesuatu yang baru.
Ø  Mengatur peradaban dan akhlak agar hidup bahagia

TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM





1.        Memelihara alam bermaksud menjaga dan melindungi alam supaya tidak dirosakkan.

2.       Memulihara alam bermaksud mengembalikan alam kepada habitat asalnya.

3.       Cara memelihara alam

Ø  Mengawal penebangan hutan secara berleluasa supaya dapat mengekalkan keindahan
Ø  Merancang kawasan pembangunan dengan lebih berkesan supaya tidak berlaku bencana
Ø  Memelihara keindahan sungai dengan cara tidak membuang sampah
Ø  Mengawal penggunaan bahan galian supaya tidak tercemar
Ø  Mengawal habitat haiwan supaya tidak pupus

4.       Cara memulihara alam

Ø  Menanam semula pokok yang ditebang supaya mengekalkan keindahan
Ø  Menimbus semula lombong yang ditinggalkan untuk mengelakkan bahaya kepada orangramai
Ø  Membersihkan sungai yang kotor supaya airnya selamat digunakan
Ø  Melaksanakan amalan kitar semula bahan terbuang supaya dapat menjana ekonomi

5.       Sumbangan alam

Ø  Menyediakan keperluan manusia seperti makanan
Ø  Mengekalkan system semulajadi seperti kawasan tadahan hujan
Ø  Memudahkan pergerakan manusia seperti sungai untuk laluan perahu
Ø  Mengawal pencemaran udara melalui proses fotosintesis

6.       Punca kerosakan alam

Ø  Sikap rakus manusia dalam menguruskan alam sehingga mengabaikan keperluan menjaga alam
Ø  Manusia mengabaikan tanggungjawab menjaga alam seperti membuang sampah merata-rata
Ø  Kurang penguatkuasaan daripada pihak berkuasa untuk membenteras perbuatan mencemarkan alam.