Thursday, May 16, 2013

DOA HARI GURU 2013



Ya Allah Ya Rahman Ya Afwu,

Di pagi yang hening dan syahdu
Kami  mohon rahmat Mu
Kami dambakan keampunan Mu
Hinanya kami tanpa redha Mu

Ya Allah Ya Ilahi Ya Rabbi

Kami berhimpun di pagi ini
Menadah tangan pada Mu Ilahi
Berkati lah usaha kami
Mendidik anak murid tanpa ada rasa benci
Walau kekadang hati kami disakiti
Lapangkan hati kami untuk memaafi
Lantaran anak-anak kami masih belum mengerti

Ya Allah Ya Alim Ya Fattah

Guru terbaik baginda Rasulullah
Kami cuba menelusuri sirah
Ada kalanya guru pasrah
Rasa letih, penat dan lelah
Oleh itu Ya Allah berilah hidayah
Agar mampu kami menggalas amanah

Ya Allah Ya Hannan Ya Mannan

Anugerahkan kesihatan
Kesejahteraan juga keikhlasan dan kekuatan
Beri kecekalan serta kecerdasan
Agar lahir guru berwawasan

Jadikan kami guru bertaqwa
Segala rezeki kami redha
Tidak mengungkit segala cerita
Angkara fitnah musuh durjana

Pada Mu Allah kami berdoa
Supaya kami menjadi bijaksana
Dapat membeza kaca dengan permata
Kerana kami pendidik negara

Ya Allah Rabbil Izzati

Jadikan anak murid tetap di hati
Gurauannya pula penghibur hati
Nakalnya tidak kami ambil hati
Menjadi kenangan sampai ke mati

Ya Allah Ya Qadzial Hajat

Tetapkan kami dengan amanat
Kerja guru memakan kederat
Walau guru tidak berdarjat
Anak murid selalu hormat
Segala ilmu menjadi berkat
Pada Mu Allah kami mohon syafaat
Bahagia di dunia sejahtera di akhirat

Wahai Tuhan pemudah bicara
Jadikan perhimpunan kami terpelihara
Perpisahannya bebas dari segala dosa
Kita semua lemah dan hina
Moga bertemu di syurga Jannatul Makwa



Thursday, April 11, 2013

SAYA TETAP MENYOKONG DR SIDEK BABA



Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.
Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.
“Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.
Sidek meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab – masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.
Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
“Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).
“Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima,” katanya.
Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.
“Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.
“Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya,” katanya.
Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.
Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.
Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.
Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: “Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?” Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.
Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu.

Saturday, March 9, 2013

APA SUDAH JADI..



Isu pencerobohan lanun-lanun Sulu ke atas Sabah, adalah satu isu besar yang bukan sahaja menyebabkan kematian di kalangan lanun-lanun Sulu penceroboh itu, bahkan kepada dalangnya sama ada di Malaysia mahupun di Filipina. Beberapa usaha untuk mengalihkan isu tersebut, sebelum ini dilihat gagal sama sekali. Bahkan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari, si kepala lanun Sulu pula telah melakukan pelbagai kesilapan yang mendedahkan sebab sebenar pencerobohan tersebut termasuklah memanggil tentera-tentera Amerika Syarikat untuk menduduki Sabah. 

Menariknya, tindakan Jamalul Kiram III dan Nur Misuari tersebut hampir menyamai sejarah lebih 100 tahun silam apabila Sultan Sulu terakhir dari jurai Kiram, menjemput tentera Amerika Syarikat dan membunuh lebih 4000 rakyat Sulu semata-mata untuk memenuhi nafsunya sendiri.

Secara jelas, terang dan nyata, Anwar Ibrahim sudah terlalu tersepit. Dia gagal menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya berhubung kaitannya dengan lanun-lanun Sulu itu sehinggakan dia sanggup menyatakan secara terang-terangan 'YOU ULANG, I SAMAN YOU' apabila ditanya tentang perkara tersebut. Anwar cuba menutup mulut semua orang dengan ancaman saman. 

Dan semua orang tahu, saman Anwar pastinya melibatkan RM100 juta atau lebih!

Namun, Anwar tidak boleh menutup mata, telinga, hati dan akal keseluruhan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia semakin dapat melihat tembelang dan temberang sebenar Anwar Ibrahim. Kemasukan seorang lagi pegawai tinggi tentera ke dalam PKR yang kemudian diusung ke sana sini oleh Anwar Ibrahim untuk berceramah, juga gagal memberikan impak yang diharapkan. Bahkan kehadiran orang ramai yang mahu mendengar temberang dan putar belitnya, amat mengecewakan Anwar sehinggakan pada satu peringkat, Anwar Ibrahim mulai mengeluh memandangkan PELABURAN BESARnya tidak memberikan hasil yang diharapkan. 
Anwar cuba lagi mengalihkan isu berkenaan dengan kekecohan yang berlaku di Bukit Katil apabila dia menuduh UMNO menghantar samseng untuk membaling batu dan cuba membunuhnya. Anwar cuba mendapatkan simpati daripada rakyat Malaysia. 

Tetapi sekali lagi, cubaannya itu gagal. Kalaupun benar sepertimana tuduhannya bahawa dia telah diserang, pastinya disebabkan oleh kemarahan yang meluap-luap penduduk Bukit Katil terhadapnya apabila mereka mulai sedar bahawa yang datang bertandang ke kampung mereka untuk berceramah, menghasut dan menfitnah itu adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa-apa sahaja, hatta membunuh rakyat Malaysia semuanya semata-mata untuk dia bergelar Perdana Menteri Malaysia. 

Gagal dengan Tian Chua, bekas pegawai tentera, dan menarik simpati di Bukit Katil, Melaka, Anwar mencuba pula dengan 'peluru' yang diharapkan dapat memberikan impak besar iaitu BAPA SAIFUL BUKHARI. Azlan Mohd Lazim dalam sidang media tertutup pagi tadi, meminta maaf kepada Anwar Ibrahim dan menyatakan bahawa kes liwat anaknya itu merupakan konspirasi tertinggi UMNO dan Barisan Nasional untuk memalukan Anwar Ibrahim. 
Sebaik-baik sahaja sidang media tersebut selesai, menderu-derulah para pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim memenuhi laman Facebook dan TWITTER untuk menyebarkan berita tersebut. Namun sesuatu yang menarik ialah apabila Saiful Bukhari Azlan pula dalam satu kenyataan yang berasingan menyatakan 'BAPANYA TELAH DIPERGUNAKAN'. 
Sekaligus reaksi yang diberikan oleh Saiful Bukhari yang merupakan mangsa liwat Anwar Ibrahim, menjelaskan mengapa sidang media yang begitu penting itu tidak disertainya, sebaliknya hanya dibuat oleh bapanya yang tidak pernah rapat dengannya, hilang selama tiga minggu selepas membuat tuntutan kewangan dan mempunyai hubungan renggang dengan anak-anaknya. Dan lebih mencurigakan lagi ialah apabila sidang media berkenaan telah diatur oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, orang yang cuba menyamar sebagai P.Ramlee bagi membuktikan bahawa lelaki dalam klip video lucah membabitkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur China, adalah seorang pelakon semata-mata. 

Usaha Johari Abdul tidak sahaja gagal, bahkan dia ditempelak dan dimalukan dengan teruk sehingga dia perlu menutup mulut.

Dengan tempoh yang semakin mendekati tarikh PRU13, segala teori tentang penggunaan dana besar-besaran oleh Anwar Ibrahim bagi membeli alibi, semakin menjadi kenyataan. Perbelanjaan besar-besaran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, termasuklah membeli bapa Saiful Bukhari, dilihat sebagai tindakan terdesak setelah dia gagal menjawab berhubung kaitannya dengan lanun-lanun Sulu. 

Friday, March 8, 2013

TANYA SAMA SIAPA...




Tanya sama Najib
Kenapa Sabah goyang
Nanti jawab Najib
Tanyalah Anwar

Anwar nanti kata
Aku takda goyang
Tapi Tian Chua kata
UMNO yang goyang

Tanya sama kucing
Siapa curi makan
Tapi kucing kata
Anwar semua telan

Tanya sama parti PAS
Kenapa tak buat hudud
Nanti Karpal jawab
Langkah mayat aku dulu

Tanya orang Selangor
Kenapa pakai air perigi
Nanti Khalid Ibrahim jawab
Manifesto bukan janji

Tanya sama Najib
Anwar ke goyang Sabah
Nanti Najib jawab
Orang Filipina yg cerita

Tanya Pulau Pinang
Sekarang ke goyang Melayu
Singapura pun bilang
Tunggu Sabah hilang dulu

Tanya sama PAS pula
Kenapa jadi kuda
Dia kata hoi tu takpe
Asal dapat ke Putrajaya

Tanya M. Nasir sifu
Kenapa jadi begitu
Dia kata dia pun tak tahu
“Tanya sama itu Hud-Hud….”